Akiyama Ryou POV
Aku tahu yang aku telah menghambakan Suzuki tetapi dia bukanlah wanita yang menjadi pilihan hati ku. Di dalam hati aku, hanya Mio sahaja wanita yang sempurna. Dalam soal Suzuki, aku tahu yang aku juga silap. Aku mempergunakan dia. Aku merosakkan dia. Aku merampas maruah kewanitaan dia dan aku juga menukar dia menjadi wanita kotor. Tetapi semua itu masa silam. Apabila bapa aku bersetuju menerima Mio sebagai menantu mereka walaupun dengan cara kotor, aku mencampak Suzuki jauh dari hidup ku. Tetapi siapa sangka setelah aku mencampaknya, dia punya hamil anak aku.
Aku tidak ingin mengecewakan bapa aku untuk kedua kalinya. Jika bapa aku tahu yang Suzuki menghamilkan anak aku, bapa aku pasti akan membunuh ku. Disebabkan itu, aku harus berbincang dengan Suzuki untuk menggugurkan anak itu. Anak itu tidak boleh wujud. Kewujudan anak itu hanyalah membawa bencana kepada aku. "Ryou, terima kasih kerana ingin berjumpa dengan aku. Ryou, aku hamil." Kata Suzuki yang baru sahaja tiba di apartment, tempat di mana kami berpeluang berdua-duaan. Aku tidak berkata apa-apa lalu menghulurkan wang sebanyak 3000000 yen (bersamaan RM 100000). "Ryou, apa maksud kau?" Soal Suzuki sejurus melihat cek di atas meja.
"Gugurkan anak itu." Ujur ku.
Suzuki terus mengamuk lalu mencurah air ke muka ku. "Itu tidak akan berlaku. Aku tidak akan menggugurkan anak ini. Jika kau tidak ingin terima anak ini, tidak mengapa. Tetapi sebagai manusia, aku tidak ingin menyembunyikan anak ini daripada pengetahuan bapanya. Aku hanya ingin memberitahu kau yang kau akan menjadi seorang bapa." Tengking Suzuki.
Aku tidak bercakap banyak lalu menampar Suzuki. "Anak itu akan membawa masalah kepada aku kelak." Balas ku.
"Ryou, aku tahu yang kau menyukai wanita lain. Di hadapan mata kau, aku hanyalah hamba yang mampu memuaskan nafsu kau. Tetapi itu tidak bermaksud kau boleh melayan aku seperti seorang manusia yang keji. Kau yang membuat aku begini. Kau yang mengubah aku. Kau membuat aku menjadi pelacur kepada kau!" Tengking Suzuki.
Tangan ku dengan pantas mencekik leher Suzuki. "Wanita seperti kau tidak layak meninggikan suara kepada aku. Suzuki, jangan lupa. Kau yang menandatangani kontrak itu demi wang. Itu bermaksud kau yang menggadaikan diri kau kepada aku." Ancam ku. Suzuki tidak berkata apa-apa. Dia seperti menahan kesakitan. Reaksi wajahnya mengingatkan aku kepada Mio. Reaksinya sama dengan Mio apabila aku menyakitinya. "Reaksi kau amat aku benci." Bisik ku lalu menolak Suzuki ke atas katil.
Kemudian, aku melangkah menghampiri Suzuki. "Ryou, apa yang kau nak buat?" Soal Suzuki.
Aku memegang dagu Suzuki. "Tidak kira apa pun alasan kau, aku ingin anak itu digugurkan. Selepas kau gugur anak itu, aku ingin kau tinggal jauh dari Tokyo dan jangan pernah muncul lagi. Aku akan menyara kau." Kataku kepada Suzuki. Suzuki mengalir air matanya.
"Aku tidak akan menggugurkan anak ini. Itu keputusan aku." Suzuki terus berkeras. Disebabkan kedegilan Suzuki, aku menamparnya lalu mengikatnya di katil.
"Aku tidak ingin menyeksa kau tetapi kau yang membuat aku ingin menyeksa kau. Kau yang pilih jalan ini. Jangan risau." Bisik ku sambil menyusap rambut Suzuki. Aku boleh merasakan yang seluruh tubuh Suzuki bergetar. Tetapi aku tidak menghiraukannya. Aku mencapai satu suntikan dadah lalu menyuntik ke dalam tubuh Suzuki. "Lima minit lagi, Kenji akan tiba di sini. Malam ini, Kenji akan membuat malam kau menjadi malam indah." Bisik ku lagi lalu meninggalkan Suzuki di dalam bilik. Apabila Kenji tiba, aku melangkah keluar dari apartment itu dan membiarkan mereka berdua berseronok.
Helen Mizuki POV
Di pagi hari, di dalam perjalanan ke tempat kerja, seorang wanita melintas jalan. Aku terpaksa menekan brek agar tidak melanggar wanita itu. Dari dalam kereta, aku melihat wanita itu rebah di atas jalan. Aku keluar dari kereta dan berlari ke arah wanita itu. "Kau okay?" Soalku. Wanita itu menangis lalu menggenggam tangan ku.
"Tolong bawa aku ke hospital. Aku ingin tahu sama ada anak ku selamat atau tidak." Jawabnya. Aku mengangguk. Semasa aku membantu wanita itu, aku melihat tubuhnya terdapat beberapa kesan lebam. Aku tidak ingin menyoalnya tetapi renungan matanya aku boleh lihat kekecewaan wanita tersebut.
Di dalam perjalanan, wanita itu tidak sedarkan diri. "Cik, cik tak apa-apa?" Aku agak panik. Jadi, aku menyoal keadaannya tetapi wanita itu tidak memberi sebarang respon. "Cik, jangan risau. Saya akan membawa cik ke hospital dengan segera." Kata ku lalu memandu kereta ku ke hospital sepantas yang boleh.
Apabila tiba di hospital, wanita itu dibawa masuk ke dalam wad kecemasan. Aku tidak mengenali wanita tersebut. Oleh itu, aku terpaksa membuka beg tangannya untuk mencapai kad pengenalan diri. Di kad itu, tertulis nama Date Suzuki. Aku memberi kad pengenalan diri wanita itu kepada pihak hospital untuk mendaftarnya.
Kira-kiranya dalam masa sejam, doktor memberitahu aku tentang keadaan wanita malang tersebut. "Wanita tersebut tidak mengalami kecederaan yang teruk. Tetapi dia agak menerima tekanan yang mendalam. Keadaan itu agak bahaya buat kandungannya. Dari hasil rawatan kami, kami merasakan yang wanita ini mungkin melakukan hubungan seks yang ganas sebab kami boleh melihat kesan luka di bahagian virgina. Cik cuba berbual dengan wanita itu. Jika kami mendapati yang dia diperkosakan, kami akan cuba untuk membantu wanita ini." Jelas doktor. Aku hanya diam sahaja lalu pergi ke wad di mana wanita itu berada.
Aku menunggu wanita itu sehingga sedar. Disebabkan dia tiada relatif atau kawan, aku tidak sampai hati meninggalkannya bersendirian. Pada jam 6 petang, wanita itu mula memberi respon. Dia mula sedar dari koma. Kepalanya menoleh ke arahku sambil tersenyum. "Terima kasih kerana membantu saya. Bagaimana kandungan saya?" Soal wanita itu. Aku boleh merasakan naluri seorang ibu melalui wanita tersebut.
"Kandungan kau baik-baik sahaja. Tetapi kau tidak boleh tertekan sebab tekanan akan merbahayakan kandungan kau." Balasku.
Wanita itu tersenyum. "Syukurlah anak ku selamat. Saya rasa saya melalui malam yang panjang." Ujur wanita itu.
"Jika tidak keberatan, cik boleh cerita kepada saya. Saya sedia mendengarnya." Balasku.
Dengan wajah tersenyum, dia membalas, "Panggil saya Suzuki. Maafkan saya kerana menyusahkan cik. Tetapi saya amat berterima kasih kepada cik. Kerana cik, anak saya selamat." Tambahnya.
"Apa sudah berlaku?" Soalku.
"Saya diperlakukan seperti binatang oleh bapa kepada anak saya. Saya tidak sangka yang dia akan melacurkan saya kepada sahabatnya. Satu malam tubuh saya terpaksa bergelut dengan lelaki lain. Saya tidak tahu berapa kali tubuh ini diseksa. Seluruh tubuh saya berasa sakit. Alangkah baiknya jika saya dilahirkan sebagai orang kaya seperti cik. Jika saya ada wang dan kuasa, saya akan memastikan Akiyama Ryou musnah selengkapnya." Aku terkejut apabila wanita itu menyebut nama Akiyama Ryou. Apa hubungan wanita ini dengan Ryou?
"Akiyama Ryou? Adakah dia ialah bapa kepada anak kau?" Soalku. Aku pura-pura tidak mengenali siapa Akiyama Ryou.
Wanita itu mengangguk. "Dia memusnahkan hidup saya. Saya ingat pemberiannya ikhlas tetapi ternyata dia mengubah saya menjadi wanita jijik. Dia memaksa saya menandatangani kontrak untuk menjadi perempuan simpanannya. Jika saya tidak menandatangani kontrak itu, saya terpaksa membayar wang yang telah dia berikan. Saya tiada apa-apa melainkan menggadaikan tubuh saya kepadanya. Dia melakukan saya seperti hamba seks. Saya tidak kisah jika dia tidak ingin menerima anak ini tetapi jangan memaksa saya untuk menggugurkan anak ini. Anak ini ialah anugerah yang tidak ternilai buat saya. Saya tidak boleh menerima apabila dia melacurkan saya kepada sahabatnya sendiri. Saya merasakan maruah saya dipijak. Saya ingin mati tetapi saya juga ingin anak di dalam perut ini. demi anak, saya harus hidup walaupun hidup saya pahit bagaikan hempedu." Kata wanita itu dengan air mata yang mengalir.
Siapa sangka yang Ryou sememangnya syaitan. Aku ingat hanya aku yang menderita disebabkannya tetapi siapa sangka ada wanita lain menderita sebabnya. Setelah mendengar cerita wanita itu, aku bersimpati kepadanya. Aku tidak sampai hati menggunakannya sebagai senjata untuk menghancur Ryou.
YOU ARE READING
Kirai Demo Daisuki (Hate but I like you)
RomanceAkiyama Mio - anak angkat keluarga Akiyama. Hidupnya penuh dengan tekanan dan juga ketakutan dari abang angkatnya, Ryou. Namun, tiada siapa pun mengetahui tentang itu. Disebabkan itu, Mio selalu menghabiskan masanya di luar rumah berbanding berada d...