Helen Mizuki POV
"Helen, kau harus menonto video ini!" Haruka datang ke pejabat ku tiba-tiba. Di dalam Genius Global, hanya Haruka sahaja yang bebas keluar masuk. Haruka datang ke pejabat ku sambil menunjukkan sebuah video yang terpapar di skrin Ipadnya. Aku mengambil Ipad itu dan menonoton video yang sedang disiarkan. Sesetangah orang yang berada di tempat ku, mungkin akan cuak dan takut jika orang menyebarkan sesuatu tentang kita. Namun, perasaan takut dan cuak itu, hati ku tidak mampu merasakannya. Tambahan pula, aku sudah duga yang Ryou pasti akan menggunakan jalan ini.
Aku meletakkan Ipad tersebut di meja ku. "Biarkan dia melakukan itu. Aku sememangnya ingin dia memulakan permainan." Kataku kepada Haruka sambil menyandarkan badan di kerusi. Haruka merenung aku dengan pandangan kurang memuaskan. "Haruka, kau tidak mengenali Ryou. Ryou seorang yang mudah berasa takut kepada sesuatu jika perkara itu melibatkan dia. Aku belum berbuat apa-apa. Aku hanya bermain dengan psikologinya dengan tidak mengakui aku ini Mio. Untuk membuat aku mengakui diri aku ini Mio, Ryou pasti akan menggunakan cara ini. Dia mengadakan press conference dan kemudian berpura-pura ingin mencari adiknya. Setakat masalah ini, ianya belum cukup untuk menakutkan aku." Tambah ku lagi.
"Tetapi orang awam pasti akan beranggapan yang kau seorang anak derhaka sebab kau sanggup meninggalkan keluarga kau. Perkara seperti ini akan memberi kesan kepada kerjaya kau sebagai model." Haruka merisaukan keadaan aku.
"Jangan risau. Jika wartawan menemui aku, aku tahu apa yang aku akan lakukan. Lagipun, aku tidak kisah jika ada orang tahu aku ini Akiyama Mio. Semakin ramai orang mengetahui identiti aku, semakin senang untuk aku membongkar semua kejahatan Ryou. Segala bukti, masih lagi aku simpan di suatu tempat yang selamat." Balasku.
Haruka menghembuskan nafas kegelisahan. "Aku takut jika kau kehilangan sesuatu." Ujur Haruka.
"Haruka, aku sudah tiada apa-apa untuk hilang." Balasku.
"Tetapi Genius Global ialah asset yang kau miliki. Kau akan kehilangannya jika kau tidak berhati-hati. Jangan kata yang kau sudah kehilangan segalanya. Kau harus berdiri dan mempertahankan Genius Global." Haruka meninggikan suaranya.
"Aku tidak akan kehilangan Genius Global. Aku tahu apa yang aku lakukan." Balasku kepada Haruka lalu mencampak sekeping fail di atas meja. "Jika dia berani memusnahkan Genius Global, Akiyama Group akan musnah seluruhnya." Tambah ku.
Haruka mengambil fail tersebut dan membacanya. "Kau menjadi pemiutang kepada Akiyama Group? Akiyama Ryou meminjam wang yang begitu banyak daripada kau untuk menghasilkan produk baru. Bagaimana dia masuk ke dalam perangkap ini?" Soal Haruka.
"Drama Corporation di Itali ialah milik Mizuki Naoki. Disebabkan aku menemui bukti bahawa Hayden masih hidup, aku memberitahu peguam Izumi untuk mentadbir syarikat itu sementara Hayden Mizuki hilang. Dengan kata lain, syarikat itu ialah milik Hayden Mizuki. Ryou tidak pernah tahu yang aku mempunyai seorang abang."
"Wait! Peguam Izumi mempunyai kuasa penuh ke atas Drama Corporation. Drama Corporation sekarang ini milik Hayden Mizuki. Sementara Hayden Mizuki masih hilang, Peguam Izumi diberi kuasa penuh untuk mengurus Drama Corporation. Peguam Izumi menjadi pemiutang kepada Akiyama Group dengan menggunakan kuasa yang diberikan kepadanya dalam Drama Corporation. Setiap bulan Akiyama Group kena membayar hutang tersebut. jika tiga bulan Akiyama Group tidak membayar hutang, bank akan merampas semua asset Akiyama Group sebagai pembayaran hutang. Sementara kau pula menarik ramai pelabur Akiyama Group untuk melabur ke dalam Genius Global." Haruka berhenti berkata-kata dengan wajah keliru. Kemudian wajahnya kembali tenang. "Helen, aku tidak sangka yang kau sekejam ini." Kata Haruka.
"Aku masih belum cukup kejam. Sebab itulah aku membiarkan Ryou bersama Akiyama Group. Jika ikut kemampuan ku, aku boleh menghancurkan dia sekelip mata. Namun, jika aku hancurnya begitu sahaja, Akiyama Ryou tidak akan merasakan kesakitan yang aku alami. Walau apa pun, melihat tindakan Ryou, aku menyedari sesuatu. Membantunya ibarat melepaskan anjing yang tersepit. Aku telah menolongnya tetapi dia masih menggigit aku. Tetapi tidak mengapa kerana aku akan menggigitnya kembali kelak." Balasku. Haruka tidak berkata apa-apa. Matanya terus memandang ke arahku dengan wajah yang tegang. Namun, aku langsung tidak menghiraukannya.
YOU ARE READING
Kirai Demo Daisuki (Hate but I like you)
RomanceAkiyama Mio - anak angkat keluarga Akiyama. Hidupnya penuh dengan tekanan dan juga ketakutan dari abang angkatnya, Ryou. Namun, tiada siapa pun mengetahui tentang itu. Disebabkan itu, Mio selalu menghabiskan masanya di luar rumah berbanding berada d...