Chapter 48: Bersama kita ke neraka

90 0 0
                                    

Akiyama Ryou POV

Nasib aku agak baik kerana Kenji ingin menyelamatkan aku daripada ancaman polis. Tetapi penggerakkan aku tidak bebas. Aku hanya boleh berada di dalam rumah kediaman Kenji sahaja. "Ryou, aku tidak pernah lihat kau kalah sebegini rupa di tangan Mio. Ryou, jika kau berkelakuan baik dengan Mio, aku tidak rasa yang Mio akan jatuh ke tangan Ian. Dia pasti akan jatuh ke dalam dakapan kau dengan mudah kerana dia akan menjadi seorang wanita bergantung kepada abang." Kata Kenji.

"Aku tahu kesilapan aku. Kau tidak perlu ungkit semua itu." Balasku.

"Helen sudah menjadi seorang jutawan, Ryou. Kau sudah tidak boleh menyentuhnya walaupun seurat rambut. Tetapi aku rasa kau boleh menangkap Helen dengan mudah untuk kali ini." Ujur Kenji.

"Apa maksud kau?" Soal ku.

"Date Suzuki merupakan wanita di bawah jagaan Helen. Kita boleh menculik Suzuki dan mengancam Helen." Cadang Kenji.

Aku terdiam seketika. "Pastikan rancangan kau berjaya." Balasku.

Di suatu petang, ketika Suzuki sedang berjalan, aku dan Kenji melihat Suzuki sedang berjalan dengan seorang lelaki. Lelaki itu, aku pernah lihat dia di dalam bilik mesyuarat. Dia orang kanan Helen. "Saya sangat risau keadaan Cik Helen." Aku secara tidak sengaja terdengar perbualan Suzuki dan lelaki itu.

"Kau tidak perlu risau. Helen pasti baik-baik sahaja. Apa yang penting, anak dalam kandungan kau." Kata lelaki itu.

"Encik Haruka, kenapa encik baik sangat dengan saya. Encik pun tahu yang saya bukan wanita suci lagi. tetapi encik melayan saya seperti saya ini isteri encik. Encik juga mengakui yang saya ini isteri encik di hadapan orang ramai. Encik tidak perlu melakukan semua itu untuk saya." Kata Suzuki.

"Suzuki, mulai hari ini panggil saya Haruka. Suzuki, kau tidak perlu berasa segan dengan semua itu kerana saya sememangnya merancangkan untuk menjadikan awak sebagai orang rumah saya." Balas lelaki tersebut dengan senyuman lebar.

"Saya tidak ingin membebankan en... maaf! Haruka." Kata Suzuki. Kemudian, aku melihat Haruka memegang kedua-dua belah pipi Suzuki lalu menciumnya.

"Saya juga tidak sempurna. Saya juga bukan lelaki baik. Saya tidak kisah siapa diri awak sebelum ini asalkan awak seorang wanita yang baik buat saya." Bisikkan Haruka kepada Suzuki membuatkan aku bertambah geram. Suzuki sepatutnya menjadi milik aku dan bukannya lelaki itu.

"Tetapi dalam kandungan saya, anak ini...."

Haruka menghentikan percakapan Suzuki. Tangannya menyentuh perut Suzuki yang mengandungkan anak aku. "Anak ini tidak akan tahu siapa bapanya. Jadi, biarlah saya yang menjadi bapa kepada anak ini. Sekurang-kurangnya, anak ini mempunyai seorang bapa." Kata Haruka kepada Suzuki.

"Saya...." Suzuki seperti teragak-agak untuk berkata-kata. Tetapi Haruka terus menyusap perut Suzuki.

"Anak ku, ini papa. Mulai sekarang, papa akan menjaga kau." Kata Haruka. Aku bertambah geram lalu keluar dari tempat persembunyian dan menumbuk Haruka. Kemudian, Kenji muncul dari belakang dan belasah Haruka sebelum Haruka sempat bertindak.

Dengan mudah, aku mengheret Suzuki dari situ. "Haruka! Haruka!" Jerit Suzuki sambil memberontak tetapi aku langsung tidak mempedulikan keadaan Suzuki dan meninggalkan Haruka yang tidak bermaya di tepi jalan.

Helen Mizuki POV

Aku mendapat tahu yang Suzuki diculik oleh Ryou daripada Haruka. "Aku tidak peduli. Aku akan memastikan yang Ryou terima padahnya." Kata Haruka sambil aku merawat kesan lebam di mukanya.

"Jangan ikut emosi kau. Kita tidak tahu keberadaan Suzuki. Jika kita tidak tahu keadaan Suzuki, ribuan samseng kau arah pun, tiada guna." Celah Hayden.

Kemudian Haruka bersandar di sofa sambil ketawa. "Hayden, kau tidak tahu keupayaan Yakuza. Jangan sewenang-wenangnya memandang rendah kepada kami." Kata Haruka.

Hayden menjeling ke arah Haruka dengan renungan maut. "Jangan terlalu bangga membesar dalam Yakuza kalau kau masih belum mengenali kekejaman dunia. Kau pun mengenali siapa aku, Haruka. Hidup di dalam dunia seperti kau tidak akan pernah menemui kebahagiaan. Membalas keganasan dengan keganasan mungkin sesuatu yang berbalot tetapi jika kau membalas segalanya tanpa menggunakan akal yang rasional, keadaan akan menjadi lebih terancam. Jika aku boleh pilih, aku ingin menjadi Hayden Mizuki daripada menjadi Yu Li Shang." Balas Hayden.

Semua orang tahu yang Hayden Mizuki bukan lagi seorang lelaki yang baik dan penyayang. Semenjak dia dibesarkan oleh kumpulan mafia, hidup Hayden berubah. Menjadi Yu Li Shang, pewaris mafia yang digeruni tidak menggembirakan hidup abang ku. jika dia boleh, dia ingin keluar dari kehidupannya sekarang tetapi dia tidak boleh melakukan itu kerana dia harus membalas jasa bapa angkatnya Yu Ren Liang. Disebabkan itu, setelah Hayden mendapat kuasanya, dia cuba mengubah budaya dalam organisasi mafia itu. Jika aku fikir aku sahaja yang bergelut dengan kehidupan, aku silap. Setiap orang bergelut dengan kehidupan mereka demi mencapai sesuatu yang abadi.

Ring! Ring! Ring! Telefon ku berbunyi. Aku menjawab panggilan itu. "Jika kau ingin Suzuki selamat, datang ke tempat yang aku emailkan." Sebaik sahaja aku mendengar suara itu, aku tahu suara itu ialah Ryou. Kemudian, aku melihat Ryou membuat panggilan video. Aku melihat Suzuki diikat di kerusi dalam keadaan bogel sambil seorang lelaki berjaket hitam meletakkan pisau di leher Suzuki. "Datang seorang diri dan bawa wang 2750600000 yen (RM 100 million). Kalau kau berani membiarkan sesiapa mengekori kau, Suzuki akan mati." Ancam Ryou lalu memutuskan panggilan antara aku dan dia.

Kemudian, aku menerima mesej daripada nombor misteri. Dia mengarahkan aku membawa keluar wang dari bank dan bawa wang itu di belakang bank. Di sana, aku akan menemui seorang lelaki di mana dia mengambil aku. "Apa dia kata?" Soal Haruka kepada aku.

"Dia ancam dia akan bunuh Suzuki jika aku tidak akan memberikannya sejumlah wang 2750600000 Yen. Dia mahu aku ke sana seorang diri." Kataku kepada Haruka dan juga Hayden.

"Abang boleh mengekori kau." Kata Hayden.

Aku menggelengkan kepala. "Dia akan bunuh Suzuki jika dia tahu aku membenarkan kamu semua ekori aku." Bisikku sambil memikirkan idea untuk memerangkap Ryou. Keadaan menjadi sangat tertekan.

"Pasti ada seseorang memerhatikan kau jika dia berani mengancam kau sampai tahap ini." kata abang ku. Bibir ku terdiam. Kemudian aku melihat telefon aku.

"Aku ada rancangan tetapi rancangan ini mungkin berisiko." Ujurku. Hayden dan Haruka memandang ke arahku. Manakala bibirku tersenyum. Rancangan ini mungkin aku dan Ryou sama-sama akan bertemu neraka. Namun, hanya cara ini sahaja yang boleh aku lakukan untuk menyelamatkan Suzuki. 

Kirai Demo Daisuki (Hate but I like you)Where stories live. Discover now