Akiyama Mio POV
Apabila matahari sudah muncul, aku bangun dan membersihkan diri ku. Seperti setiap pagi, selepas aku selesai mengurus diri ku, aku akan ke dapur melakukan kerja rumah. Aku mengambil pakaian kotor ku di dalam bilik lalu membawanya ke tempat dobi. Aku memasukkan semua pakaian ku ke dalam mesin basun lalu 'set timer' di mesin tersebut. Setelah selesai bahagian dobi, aku pergi ke peti sejuk membawa keluar beberapa bahan untuk menyediakan sarapan. Disebabkan hari ini merupakan hari Sabtu, jadi aku menyediakan sarapan pagi yang agak berat. Aku memasak nasi, miso sup dan tamagoyaki. Disebabkan aku gemar makanan yang mempunyai rasa pedas, jadi aku menyediakan sambal yang diimport dari Korea.
Setelah aku selesai menyediakan semua sarapan, aku pergi melihat Ian di dalam bilik. Di saat aku membuka pintu bilik, aku melihat Ian sudah sedar dari tidurnya. Dia duduk di atas katil sambil memegang kepalanya. Aku rasa mungkin dia berasa sakit kepala akibat daripada kesan alkohol semalam. "Selamat pagi, Takimachi." Ucapku kepadanya lalu membuka tirai tingkap supaya matahari menyinari bilik tersebut.
"Aku di mana?" Soal Ian.
"Di rumah aku." Jawab ku sambil membuka tingkap. Kemudian, aku berjalan menghampiri almari di dalam bilik itu. Aku membuka almari tersebut lalu mencapai sehelai tuala berwarna putih dan mencampak tuala tersebut ke muka Ian. "Apa kata kau mandi dahulu. Mungkin rasa sakit kepala kau boleh lega sikit." Kataku.
"Aku tiada baju salin." Balasnya.
"Jangan risau. Aku akan sediakan baju salin untuk kau. Bilik mandi di sebelah bilik ini. Apabila kau masuk bilik mandi ini, kau akan jumpa singki dan karbinet. Bertentangan dengan singki, ada sebuah lagi bilik untuk kau buang air besar dan juga mandi. Aku akan letak pakaian salin di sebelah singki." Kataku kepada Ian.
"Jangan layan aku macam budak kecil." Ian amat angkuh.
"Kau tidak tahu struktur rumah ini. Jadi, aku harus memberitahu kau. Sabun mandi, syampu, berus gigi dan alat-alat persiapan diri yang lain semuanya aku simpan di dalam karbinet. Kalau kau memerlukan, guna sahaja. Aku pergi mencari kau pakaian salin dahulu." Balasku lalu keluar dari bilik tersebut.
Setelah aku keluar dari bilik yang Ian berada itu, aku pergi ke bilik utama. Apabila aku tiba di bilik utama, aku menghampiri almari pakaian dan mencari baju bapa kandung ku yang aku simpan. Aku tidak pasti saiz baju Ian tetapi aku merasakan baju bapa ku muat untuk tubuhnya. Aku mengambil sehelai T-shirt dan sehelai seluar panjang dari almari pakaian itu. Pakaian itu kemudiannya aku letak di sebelah singki di dalam bilik mandi. Semasa aku meletakkan pakaian itu, aku mendengar bunyi shower. Aku tahu Ian sedang mandi.
Aku meninggalkan pakaian di dalam bilik mandi lalu pergi ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi buat Ian dan juga aku. Apabila Ian datang ke dapur, sarapan sudah pun disediakan. Hanya tangan ku sahaja sedang menuang air teh ke dalam cawan. "Kau masak semua ini?" Soal Ian yang sedang berdiri di sebelah meja makan.
"Ya. Duduklah." Aku mempelawakan dia untuk makan bersama ku.
"Aku tidak sangka yang kau mempunyai rumah seperti ini." Kata Ian.
Aku mengangguk. "Makan." Arahku. Ian tersenyum lalu mencapai penyepitnya dan menyepit Tamagoyaki. Kami berdua tidak berbual dan hanya menikmati sarapan di hadapan kami.
Takimachi Ian POV
Setelah aku selesai bersarapan, aku duduk di ruang tamu. Manakala, Mio pula sedang sibuk menyuci pinggan mangkuk di dapur. Aku melihat keadaan sekeliling ruang tamu rumah itu. Rumah ini kelihatan mewah dan simple. Di saat aku sedang melihat sekeliling ruang tamu, aku ternampak piala berbentuk piano di dalam sebuah karbinet cermin. Aku menghampiri karbinet cermin tersebut untuk melihat piala yang comel itu. Apabila aku memerhati piala tersebut, aku mendapati di piala itu terungkir nama 'Helen Mizuki, first place of Paris Musical Competiton Under 12 Years Old'. Di sebelah piala itu, terdapat sebuah lagi piala yang mengukir nama 'Mizuki Naoki, The Best Japanese Pianist'. Kemudian, aku melihat sebuah portrait model yang bertandatangan 'Angelia Mizuki' di gantung di sebelah karbinet cermin. Di sebelah portrait itu, terdapat sebuah portrait keluarga. Di dalam portrait keluar itu, aku melihat pasangan suami isteri dan juga seorang kanak-kanak perempuan. Aku merenung wajah kanak-kanak perempuan itu dan aku mendapati kanak-kanak itu ialah Mio. Aku memandang ke arah Mio yang sedang berjalan menghampiri ku.
Wajah Mio sayu sahaja apabila dia berdiri di sebelah ku sambil memandang portrait keluarga. "Mereka ialah keluarga sebenar aku. Bapa aku ialah Mizuki Naoki, pemain piano terkenal di Jepun dan juga antarabangsa. Ibu aku ialah Angelia Mizuki, model komensial di Jepun." Ujur Mio sambil matanya melihat portrait keluarga.
"Apa maksud kau yang mereka ialah keluarga sebenar kau?" Soalku untuk mengetahui lebih lanjut.
"I'm not belong to Akiyama Family. Keluarga Akiyama hanyalah keluarga yang menjaga aku setelah aku kehilangan keluarga kandung ku." mendengar penjelasan itu, aku sudah memahami status Mio di dalam keluarga Akiyama.
"Adakah keluarga kandung kau mempunyai pertalian dengan keluarga Akiyama?" Aku ingin mengetahui tentang diri Mio.
Mio menggelengkan kepalanya. "Keluarga Akiyama terhutang budi dengan ibubapa aku. Semasa aku berusia awal 13 tahun, Akiyama Group meminta bapa aku hadir untuk membuat persembahan piano. Manakala ibu aku menjadi model komersial untuk produk terbaru mereka. Hotel itu tiba-tiba terbakar dan pasangan suami isteri Akiyama terperangkap. Bapa aku yang sudah terselamat dari kebakaran itu masuk semula ke dalam hotel demi menyelamatkan pasangan suami isteri Akiyama. Pasangan suami isteri Akiyama terselamat tetapi bapa aku terperangkap. Ibu aku cuba menyelamatkan bapa aku. Malangnya, kedua-dua mereka gagal menyelamatkan diri. Mereka terkorban di dalam kebakaran itu di hadapan ku. Aku cuba untuk pergi ke arah mereka berdua tetapi pasangan suami isteri Akiyama memegang aku dengan erat dan menghalang aku daripada pergi kepada ibubapa ku." Aku melihat air mata Mio mengalir selepas dia memberitahu tragedi yang menimpa keluarganya. "Berita kematian ibubapa ku menjadi berita tergempak di Jepun. Ibubapa aku merupakan selebriti di Jepun. Demi mengelak aku ditemuramah oleh wartawan, keluarga Akiyama menyembunyikan aku. Mereka mengambil aku sebagai anak angkat. Ibubapa angkat aku amat baik dengan ku tetapi tidak Ryou. Ryou tidak mahu menerima aku sebagai adiknya. Disebabkan itu, kau melihat hubungan aku dan Ryou agak aneh." Tambah Mio. Kemudian, air matanya mengalir lebih deras.
Aku boleh merasakan kesedihannya. Tangan ku perlahan-lahan memeluk Mio. Aku menyangka yang hidup aku lebih sadis daripada Mio. Tetapi disebaliknya, hidup Mio lebih sadis daripada aku. Dia kehilangan orang terpenting di dalam hidupnya dan terpaksa hidup dengan identiti lain. Sekarang aku sudah faham kenapa Ayase kata yang Mio pernah beritahu dia bahawa nama Helen itu ialah satu anugerah yang berharga. Ternyata nama Helen itu merupakan nama yang ibubapanya beri kepada dirinya. Lahir sebagai Helen Mizuki tetapi dibesarkan sebagai Akiyama Mio..... aku tidak boleh membayangkan perasaan Mio.
"Helen...." Aku memanggil Mio dengan nama itu. Dia melepaskan pelukkan ku perlahan-lahan. Matanya merenung ku. Melalui matanya, aku merasakan yang Mio seperti bahagia sekali apabila aku memanggil nama itu. Bibirku tersenyum. "Jika kau ingin menyimpan nama itu, izinkan aku memanggil kau dengan nama Helen." Kataku sambil menyusap rambut Mio.
"Aku ingin menggunakan nama itu di alam realiti dan bukannya di alam hiburan atau alam muzik. Malangnya, identiti Helen Mizuki sudah ditanam bersama dengan pemergian keluarga Mizuki. Walau apa pun, aku amat menghargai kerana kau ingin memanggil aku dengan nama Helen. Sekurang-kurangnya, aku merasakan nama itu masih hidup di dunia nyata." Bisik Mio lalu memelukku kembali.
Helen Mizuki, aku pernah mendengar nama itu. Gadis comel yang kekadang menjadi model komersial bersama Angelia Mizuki. Dia pernah muncul di dalam televisyen beberapa kali tetapi tidak popular. Berita kematian Mizuki Naoki dan Angelia Mizuki, aku pernah lihat berita itu disiarkan di kaca televisyen tetapi aku tidak begitu ambil tahu. Setelah aku mengetahui Mio ialah Helen Mizuki, aku merasakan aku ingin tahu lebih banyak tentang dirinya.
YOU ARE READING
Kirai Demo Daisuki (Hate but I like you)
RomantizmAkiyama Mio - anak angkat keluarga Akiyama. Hidupnya penuh dengan tekanan dan juga ketakutan dari abang angkatnya, Ryou. Namun, tiada siapa pun mengetahui tentang itu. Disebabkan itu, Mio selalu menghabiskan masanya di luar rumah berbanding berada d...