Chemistry is about love when two people being together because of connection between them just like proton and electronWAJAH seorang gadis sering menghantui dirinya sejak dia bertemu dengan gadis tersebut buat kali pertama. Kenapa bila aku dekat je dengan dia, jantungku berdegup laju ? Kenapa ? Sebelum ni aku dah jumpa banyak perempuan tapi kenapa wajah perempuan itu jugak yang lekat kat otak aku ni ? Astaghfirullah ! Tak boleh, aku tak boleh ingat kat perempuan tu. Mikael segera mengusir perasaan yang cukup janggal bagiku itu.
" Weh Mika ! " sergah Izmeer yang sejak tadi tercegat di hadapan Mikael. Dari tadi dia melihat Mikael. Izmeer terus duduk di atas kerusi berhadapan Mikael.
" Hahh ? Apa ? " soal Mikael
" Dari tadi lagi aku tengok kau berangan. Kau berangan apa ? Aku panggil kau, kau tak dengar. Tak nak share dengan aku ke ? Sharing is caring, right ? "
" Tak de papelah. Aku ok " tipu Mikael.
" Kau tak payah nak tipu aku la. Aku bukan kenal kau semalam. Aku kenal kau dari zaman sekolah rendah lagi "
" Aku ok la " nafi Mikael. Dia masih tidak mahu memberitahu Izmeer.
" Baik kau cakap sekarang. Kalau tak..lepas ni, tak payah la ajak aku keluar.. Ajak je si Aysar tu.. Well, aku bukan siapa - siapa nak share rahsia kau dengan aku, kan ? " ugut Izmeer. Izmeer bangun dari duduknya untuk beredar meninggalkan Mikael.
" Aku... " Mikael berhenti sejenak.
" Ermm.. Aku... Macam mana eh nak cakap ? " dia menyambung semula ayatnya yang tergantung.
" Cakap je la. Aku sedia mendengar " Izmeer berpaling ke arah Mikael. Tidak jadi untuk keluar. Acah je tu.
" Macam ni..." Mikael mula bercerita kepada Izmeer tentang masalah yang dihadapinya itu. Tentang pertemuannya dengan gadis tersebut. Bermula dari A hingga Z. Tiada sikit pun yang tertinggal. Cukup details.
" Serious ah weh ! Kau biar betul ? " soal Izmeer tidak menyangka hal itu yang menggangu Mikael.
" Betul la ni. Aku pun tak tahu kenapa aku rasa macam ni. Aku rasa nak je dekat dengan dia " ujar Mikael kemudian dia bersandar pada kerusi.
" Habistu kau dah cakap kat Aysar yang kau suka adik dia ? "
" Bila masa pulak aku suka adik dia ? Aku teringat je kat dia..tak de la sampai suka.. Common la tu, kan ? "
" Kau ni, kalau aku cakap bongok, kau marah. Buat apa belajar sampai ke oversea tapi fail bab cinta " sindir Izmeer
" Sindir aku nampak " Mikael mengecilkan mata memandang Izmeer.
" Sindir tak sindir, sekarang ni kau kena bagitahu si Aysar tu yang kau dah berkenan dengan adik dia. Melalui pemerhatian dan kisah dari kau ni, aku boleh kerat jari la yang kau tu suka adik Aysar. Apa nama perempuan tu ? "
" Airis Qaisara " jawab Mikael.
" Nice name. Lawa sangat ke adik dia sampai kau berangan macam tadi tu ? "
" Kalau lawa tahap artis Hollywood tu tak la tapi..dia lebih menjurus kepada comel gitu " ujar Mikael ikhlas.
" Agak kronik masalah kau ni. Ok macam ni, apa kata kau buat solat sunat istikharah. Minta petunjuk daripada Allah sebab dia yang lahirkan perasaan cinta kat dalam diri manusia ni. Kalau betul la dia jodoh kau, buat la macam mana sekali pun, dia milik kau.
Aku kalau boleh tak nak la kawan aku ni terjerat dalam permainan syaitan. Bila kau ingat kat dia, kau cuba usir. Aku tak nak kau selalu fikir pasal dia. Tak boleh bro. Zina ni ada banyak jenis.
YOU ARE READING
Paradise Love
Romance| 1ST ROMANCE | • WINNER OF AMAZING BOOKS AWARDS 2018 • COMPLETED ✓ Affan Mikael ? Siapa yang tidak kenal dengan jejaka terhangat ini. Dia merupakan pewaris lelaki tunggal Patinson Hotel iaitu syarikat perhotelan yang telah lama didirikan sejak zam...