Chemistry is about love when two people being together because of connection between them just like proton and electronAIRIS POV
AKU mengerling jam disebelahku. Alamak ! Dah pukul 12.45 tengah hari ! Mati la aku. Tak pernah - pernah aku bangun lambat macam ni. Tadi lepas solat subuh je aku sambung balik tidur. Mengantuk sangat. Semalam aku tidur pukul 3.30 pagi. Ni semua salah drama ' The K2 '. Disebabkan cerita kau best sangat, aku tidur lewat. Tak guna punya cerita !
Aku segera masuk ke bilik air untuk menyiapkan diri. Bersiap sedia lah kau Airis. Confirm kena bebel dengan mama nanti.
Aku mengatur langkah menuju ke dapur. Breakfast dulu ! Sekarang ni perut aku tengah buat konsert. Kejap lagi aku nak pergi shopping dengan angah. Yeay ! Tak sabarnya.
" Hah anak dara ! Baru bangun ke ? Matahari dah tegak atas kepala baru bangun ! Ni dah mandi ke belum ? " sergah Datin Maria dari pintu dapur. Baru balik bergosip dengan jiran sebelah la tu.
" Eh, mama. Adik dah mandi la "
" Ni kenapa bangun lambat ? Cerita korea mana pulak adik tengok kali ni ? Nasib baik papa dah pergi kerja. Kalau tak, lagi teruk adik kena " bebel Datin Maria. Mama ni tahu - tahu je aku layan drama korea semalam.
" Ma. Adik tengah lapar ni. Nanti sambung bebel kejap lagi eh. Mama masak apa breakfast ni ? "
" Mama masak nasi lemak hari ni. Tu bawah saji ada sikit. Nasib baik angah tak de. Kalau tak, tak merasa la adik BREAKFAST " perkataan breakfast ditekan oleh Datin Maria tanda menyindir anaknya itu. Eh - eh mama ni dah pandai menyindirkan sekarang ni. Ni mesti angah yang ajar ni. Tapi kejap, angah tak de ?
" What ! Angah tak de ? Angah pergi mana ma ? "
" Entah la. Baru je tadi angah keluar. Tak cakap apa - apa pun "
" Tapi semalam angah cakap angah nak teman adik shopping hari ni kat Pavi ma "
" Tu la sape suruh bangun lambat. Dah - dah pergi breakfast. Nanti menangis pulak perut tu " kata Datin Maria lalu meninggalkan aku bersendirian di dapur.
Aku duduk di kerusi lalu membuka tudung saji. Wah ! Bestnya. Aku mencedok nasi dan meletakkan ke atas pinggannya. Tiba - tiba iPhone 7 milikku berdering di dalam kocek seluar meminta untuk diangkat.
ANGAH
Hah, panjang pun umur. Baru je sebut tadi. Aku segera menekan tanda hijau pada telefonnya.
" Angah ! Angah kat mana ? Kenapa keluar tak bagitahu adik ? Sampai hati angah tinggalkan adik kat rumah. Semalam cakap nak teman adik shopping " tembakku tanpa memberi peluang untuknya bercakap.
" Waalaikumussalam warahmatullah hiwabarokatu adikku " sindir Aysar.
" Hehehe. Lupa nak bagi salam. Ni semua salah angah la ni "
" Apa pulak salah angah. Adik yang bangun lambat. Ni kalau mak mertua adik tahu adik bangun lambat ni, confirm dah kena reject "
" Suka hati la. Ni angah call dah kenapa ? "
" Angah nak cakap kat adik yang angah kat Pavi sekarang ni "
" What ! " jeritku agak kuat. Agak - agak jiran sebelah dengar tak ? Tak kot.
" Sa..kittt la telinga angah ! Tak payah jerit boleh tak ? " Eh - eh budak ni, boleh pekak telinga aku nanti. Dah la bercakap kat telefon. Boleh pecah gegendang telinga aku dibuatnya. Bisik hati Aysar.
YOU ARE READING
Paradise Love
Romance| 1ST ROMANCE | • WINNER OF AMAZING BOOKS AWARDS 2018 • COMPLETED ✓ Affan Mikael ? Siapa yang tidak kenal dengan jejaka terhangat ini. Dia merupakan pewaris lelaki tunggal Patinson Hotel iaitu syarikat perhotelan yang telah lama didirikan sejak zam...