PL | BAB 28 🐬

4.2K 160 16
                                    


Chemistry is about love when two people being together because of connection between them just like proton and electron

SUDAH lima hari Airis bercuti, maka tiba la masa untuknya kembali 'berperang' di Pattinson Hotel. Kaki melangkah masuk ke dalam hotel itu.
Semua staf memalingkan wajah kepada Airis sehingga membuatkan dia berasa tidak selesa.

Kenapa semua ni ? Pelik je. Monolog Airis.

Semua telah mengetahui bahawa Airis diculik baru-baru ini namun hanya sedikit sahaja yang mempedulikannya. Yang lain ? Hanya mendengar khabar dan mengendahkannya.

Namun, perkara itu berlaku sebelum Asma memberitahu hampir kesemua staf tentang identiti sebenar Airis Qaisara.

Langkah tetap diatur menuju ke lif walaupun mata-mata yang melihat menghala kepada Airis. Belum sempat dia menekan punat lif, tiba-tiba ada tangan yang meraih lengannya. Segera mata melihat kepada gerangan itu.

" Kenapa Asma ? " soal Airis. Lengannya yang dipegang Asma dilihat. Segera Asma melepaskannya.

" Maaf " Asma menundukkan wajahnya. Air mata tiba-tiba menitis.

" Hey, kenapa ni ? Kenapa awak menangis ? " bahu Asma disentuh membuatkan Asma mendongakkan wajahnya.

" Airis. Saya minta maaf. Saya minta maaf sebab..sebab saya dah hina awak..saya ejek awak.. Saya cakap awak perempuan murahan. Awak miskin. Saya minta maaf Airis " air mata kian laju menitis. Dia takut.

" Eh, tak ada apa la. Saya ok je. Saya dah maafkan awak " Airis menayangkan senyuman manis buat Asma. Dia tidak mahu Asma berasa bersalah.

Sememangnya dia terasa dengan setiap perlakuan negatif staf lain terhadapnya namun dia siapa untuk berdendam ? Dia hanya manusia biasa. Sedangkan nabi Muhammad SAW memaafkan umatnya. Dia ? Sepatutnya mencontohi sunnah Rasulullah itu.

" Saya minta maaf Airis " sekali lagi Asma mengucapkan kata-kata keramat itu.

Ada tiga ungkapan yang sukar untuk diucapkan iaitu terima kasih, minta maaf dan minta tolong, dan sekarang Asma menjatuhkan egonya untuk meminta maaf kepada Airis.

" Dah-dah. Saya dah maafkan awak la Asma. Nah, lap air mata awak tu " tisu dikeluarkan dari sling bag biru miliknya lalu dihulurkan kepada Asma.

" Terima kasih " Asma menyambut dan mengelap air mata.

" Saya minta maaf kalau awak terasa tapi kenapa tiba-tiba ya ? " bimbang juga sekiranya Asma terasa.

" Ermm.. Ada bukti yang menyatakan yang awak ni tak miskin seperti orang lain cakapkan "

" Bukti ? Apa bukti dia ? "

" Saya baru tahu yang awak ni anak kepada Dato' Mokhtar dan Datin Maria " Asma tersenyum nipis.

" Hah ? Siapa ? Siapa yang bagitahu awak ?! " terkejut Airis. Hanya Raiha yang mengetahui rahsia ini. Diakah yang bongkarkan ?

" Erm..hari tu-- " terhenti percakapan Asma apabila Airis mengangkat tangan kanan.

" Raiha mana ? " soal Airis ingin tahu. Mata melilau mencari kelibat Raiha namun tiada.

" Raiha ? Raiha cuti hari ni. Katanya ada emergency case "

" Ouh. Awak ada alamat dia ? " walaupun Raiha rapat dengan Airis namun Raiha tidak pernah memberitahu di manakah tempat tinggalnya.

" Ada. Kejap saya check " Asma mengeluarkan samsung J7 pro dari kocek seluarnya lalu dicari alamat rumah Raiha di dalam nota telefon.

Paradise Love Where stories live. Discover now