Chemistry is about love when two people being together because of connection between them just like proton and electronPADANG yang hijau itu menjadi santapan mata Airis dan juga Mikael. Airis tidak menyangka bahawa masih ada tempat sebegini di bumi Malaysia lebih-lebih lagi padang ini tersorok di sebalik air terjun. Sesuatu yang menarik.
" Abang, cantik. Cantik sangat " mata melilaukan ke arah padang itu.
" Kan..memang cantik. Dulu masa kecil-kecil, abang selalu main dekat sini dengan Faz "
" Faz ? " kening Airis berkerut mendengarkan nama itu.
" Yup. Faz. Fazura nama dia "
" Perempuan ke ? " nada cemburu kedengaran.
" Mesti la perempuan..ada ke nama laki Fazura ? " Mikael ketawa kecil.
" Ok "
Airis membelakangi Mikael. Perasaan cemburu cuba dikawal sebaik mungkin.
" Cantik kan padang ni ? "
Mikael tiba-tiba berdiri di sebelah Airis dan memaut bahu isterinya.
Airis terkejut. Dia menepis perlahan tangan suaminya." Sayang, look at me "
Mikael memegang bahu Airis dan menarik tubuh kecil itu untuk berdiri berhadapan dengannya. Mikael kemudiannya mengangkat dagu Airis supaya memandangnya.
" Are you jealous ? "
Airis diam.
" Abang tengah bercakap dengan batu ke sekarang ni ? "
Tiada jawapan.
" Sara.... " sengaja nama itu dileretkan.
Kedua-dua belah pipi Airis diusap sayang.
" Abang hanya cintakan Sara. Faz tu bukannya sesiapa pun. Dia hanya kawan abang masa kecil-kecil dulu. Lagipun, bukannya abang main dengan dia je. Fattah pun ada sekali. Lofa pun "
" Habis tu kenapa abang sebut nama dia je tadi ? Kenapa tak sebut semua ? Cakap la main sekali dengan Faz, Fattah, Lofa "
" Sengaja. Sebenarnya nak tengok yang isteri abang ni cemburu ke tak "
Dada Mikael terus dipukul Airis.
" Auchh. Sakit la sayang " dada dipegang. Pura-pura sakit.
" Padan muka ! " lidah dijelirkan kepada suaminya.
Airis mengundur ke belakang untuk melarikan diri daripada Mikael. Belum sempat dia melarikan diri, dia telah hilang imbangan kerana terpijak batu yang agak besar di situ.
Nasibnya baik apabila Mikael sempat memaut pinggang ramping itu." Tengok tu. Allah bayar cash. Jangan buat macam tu lagi " hidung Airis ditarik hingga kemerahan.
" Sorry "
Mikael merapatkan lagi jarak antara mereka.
" Abang "
YOU ARE READING
Paradise Love
Romansa| 1ST ROMANCE | • WINNER OF AMAZING BOOKS AWARDS 2018 • COMPLETED ✓ Affan Mikael ? Siapa yang tidak kenal dengan jejaka terhangat ini. Dia merupakan pewaris lelaki tunggal Patinson Hotel iaitu syarikat perhotelan yang telah lama didirikan sejak zam...