Chemistry is about love when two people being together because of connection between them just like proton and electronNOMBOR telefon Airis ditekan berkali-kali tetapi tiada jawapan. Sebaik sahaja Mikael bangun dari tidur tadi, dia memeriksa telefonnya dan mendapati bahawa Airis telah menelefonnya beberapa kali sehingga meninggalkan missed call.
Pick up the phone please
Mikael menjadi resah. Jam di telefon dilihat. Sudah pukul 6.45 petang. Sekejap sahaja lagi waktu maghrib bakal masuk.
Baharu sahaja kaki ingin melangkah masuk ke dalam bilik air, tiba-tiba telefonnya berdering. Segera telefon yang berada di atas meja itu diambil.
011-××××××××
Walaupun nombor itu tidak dikenali, dia tetap menggesek butang hijau pada telefon.
" Kau datang sini sekarang ! " sergah orang itu tanpa memberi salam.
" Kau ni siapa ? Salam tak bagi, tiba-tiba suruh aku datang " balas Mikael tidak berpuas hati. Sudahlah sekarang dia bimbang tentang Airis yang belum pulang itu.
" Aku Fayyadh. Kau jangan banyak tanya. Kau datang sini cepat ! Ni semua salah kau ! " panggilan itu terus ditutup. Ayat terakhir daripada Fayyadh itu membuatkan Mikael jadi bingung. Apa salah dia ? Kenapa Fayyadh memarahi dia ?
Satu mesej diterima daripada Fayyadh. Mesej itu dibuka. Fayyadh menghantar sebuah lokasi kepadanya.
Kenapa ni ?
*****
Mikael memberhentikan keretanya di belakang kereta Accord biru milik Fayyadh. Kaki melangkah keluar. Kelihatan kereta isterinya turut berada di situ. Dia turut melihat figura Fayyadh dan seorang wanita yang cukup asing baginya. Mereka berdua dihampirinya.
Sebaik sahaja Fayyadh melihat wajah Mikael di situ, dia menghampiri Mikael lalu menghadiahkan sebuah tumbukan yang agak kuat. Terteleng kepala Mikael apabila ditumbuk oleh Fayyadh. Dia bingung. Kenapa dia ditumbuk ? Apa salah dia ?
Fayyadh ingin menumbuk sekali lagi wajah Mikael itu tetapi Zya sempat menahan kelakuan Fayyadh.
" Please, Fayyadh. You jangan buat kecoh kat sini. Control yourself. Kalau you tumbuk muka dia sampai pecah pun, Airis wouldn't be back " ayat yang dikeluarkan oleh Zya itu telah mengejutkan Mikael.
" Kenapa dengan Airis ? Mana dia ? Mana isteri aku ? Apa yang kau dah buat ? " soal Mikael yang masih tidak tahu apa-apa. Kereta Airis dihampiri. Pintu kereta itu dibuka. Tiada sesiapa di dalam kereta itu. Hanya sling bag Airis yang ada.
Sling bag itu pula digeledah. Ternyata isi dalam beg itu masih elok. Mikael keluar dari kereta dan kembali mendekati Fayyadh.
" Mana isteri aku ?! " tengking Mikael penuh dengan rasa marah yang meluap-luap.
" Sekarang ni kau nak salahkan aku ?! Sepatutnya aku yang tanya kau. Apa yang kau buat ?! Airis call kau, kau tak angkat. Kau buat apa ?! Ke kau keluar dengan betina lain ? " penuh sinis kata-kata yang diucapkan oleh Fayyadh itu.
Mikael tanpa berfikir panjang terus melayangkan satu tumbukan pada wajah Fayyadh. Fayyadh tidak berdiam diri sebaliknya dia turut membalas perbuatan Mikael itu.
" Stop it ! " laung Zya kuat seraya menghentikan pergaduhan antara dua lelaki itu.
" Bergaduh tak boleh selesaikan masalah. Jangan jadi lelaki yang tak matang, bergaduh sana sini. Sekarang ni kita kena fikir, apa yang patut kita buat " jelas Zya penuh matang.
YOU ARE READING
Paradise Love
Romance| 1ST ROMANCE | • WINNER OF AMAZING BOOKS AWARDS 2018 • COMPLETED ✓ Affan Mikael ? Siapa yang tidak kenal dengan jejaka terhangat ini. Dia merupakan pewaris lelaki tunggal Patinson Hotel iaitu syarikat perhotelan yang telah lama didirikan sejak zam...