Chemistry is about love when two people being together because of connection between them just like proton and electron__________
PLAY THE MEDIA
__________
MIKAEL yang hanya dalam persalinan kemeja hitam dan seluar slack hitam itu sedang duduk di hadapan tok kadi. Dia memang sengaja tidak memakai sepersalinan baju melayu putih seperti yang diminta Clara semalam sebaik sahaja gadis itu menghantar satu mesej kepadanya.
Hari ini merupakan hari yang paling malang buatnya kerana perlu menikahi gadis yang sememangnya bukan pilihan hatinya. Demi keselamatan isteri tercinta, dia terpaksa menikahi Clara.
" Kamu dah bersedia ? " tanya tok kadi itu. Mikael mengangguk lemah. Betul ke apa yang bakal dilakukannya ini ?
Airis yang juga berada di situ hanya memandang Mikael dengan perasaan sedih yang menimpa dirinya. Sebaik sahaja Mikael memasuki ruang yang akan menjadi saksi pernikahannya dan Clara itu, wajah Airis yang menjadi santapan matanya.
Wajah isterinya itu kelihatan agak pucat dengan mata yang sembap. Ingin sekali dia memeluk tubuh kecil itu untuk menyalurkan sedikit kekuatan tetapi apakan daya, dia tidak boleh. Clara telah mengupah beberapa orang untuk menjaga ruang itu bagi memastikan akad nikah tersebut berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan.
Clara yang duduk bersebelahan Airis itu menguntumkan sebuah senyuman manis kerana hari ini merupakan hari yang bersejarah dalam hidupnya.
Doktor Mazlan dan Puan Maznah turut berada di situ. Kedua-dua ibu bapa Clara itu hanya menuruti kata-kata Clara. Mereka mendapat mesej daripada Clara semalam bahawa hari ini dia dan Mikael bakal disatukan dengan satu ikatan yang halal.
Clara meminta Doktor Mazlan untuk turut hadir sebagai wali bagi pernikahan mereka itu. Jika tidak, dia mengugut untuk mencederakan diri. Ibu bapa mana yang sanggup melihat anaknya cedera ? Bahkan calar pun tidak sanggup.
" Pengantin perempuan sudah bersedia ? " soal tok kadi itu kepada Clara pula. Clara mengangguk malu.
Airis hanya berdiam diri.
Adakah penceraian adalah jalan yang terbaik baginya ? Adakah Mikael cinta syurganya ? Semua itu sudah tertulis di Luh Mahfuz iaitu kitab terpelihara yang hanya makhluk tertentu sahaja yang dapat melihatnya.
Tok kadi menghulurkan tangannya kepada Mikael. Mikael melihat tangan tok kadi lama sebelum menyambut tangan tua itu
" Affan Mikael bin Khalid "
Mikael menelan air liurnya yang seakan-akan tersekat di kerongkong itu sebelum mengiyakan namanya.
" Saya "
" Aku nikahkan kau dengan Clara Qashia binti Mazlan dengan mas kahwin sebanyak RM1,000 tunai "
" Aku terima nikahnya Airis.. "
Airis terus memandang belakang suaminya. Air mata menitis di pipi diiringi dengan perasaan sebak yang menjerat jiwanya.
Beberapa saksi yang lain tercengang. Clara pula mendengus geram. Macam mana boleh tertukar nama ni ?
" Salah nama tu. Nama pengantin perempuan Clara Qashia..bukan Airis " tegur tok kadi. Mikael menggangguk.
" Sekali lagi "
" Aku nikahkan kau dengan Clara Qashia binti Mazlan dengan mas kahwinnya sebanyak RM1,000 tunai "
Mikael menarik nafas lama lalu menghembuskannya.
YOU ARE READING
Paradise Love
Romance| 1ST ROMANCE | • WINNER OF AMAZING BOOKS AWARDS 2018 • COMPLETED ✓ Affan Mikael ? Siapa yang tidak kenal dengan jejaka terhangat ini. Dia merupakan pewaris lelaki tunggal Patinson Hotel iaitu syarikat perhotelan yang telah lama didirikan sejak zam...