PL | BAB 10 🐬

5.1K 193 7
                                    


Chemistry is about love when two people being together because of connection between them just like proton and electron

MIKAEL teringat kembali kisahnya dan Airis di hospital beberapa hari yang lalu. Makin lama, dia semakin tertarik dengan Airis. Sikap dia, wajahnya and everything about her. Peristiwa di hospital terimbas kembali di benak fikirannya.

" Tuan Mikael ni dah kenapa ?! " soal Airis geram sebaik sahaja mereka keluar dari bilik doktor Ramlah.

" Kenapa apa ? " tanya Mikael pura - pura tidak tahu. Dia tahu Airis akan memarahinya. Airis ni berlainan jika ingin dibandingkan dengan wanita di luar sana. Wanita lain akan gembira tahap sampai nak meletup jantung jika Mikael mengakui bahawa mereka sebagai isterinya. Isteri kepada CEO hot and successful businessman. Who doesn't want ? It's only Airis Qaisara binti Dato' Mokhtar yang tidak mahu.

" Saya balik sendiri. Terima kasih hantar saya " ujar Airis hanya beberapa patah dan berlalu pergi meninggalkan Mikael di situ. Hatinya cukup geram apabila Mikael mengakui dirinya sebagai isteri Mikael. Dia belum kahwin lagi ok ? Tak pasal - pasal dapat title 'isteri' . Kalau hensem tak pe la jugak. Ini sangat - sangat hensem. Apa kes ? Getus hati Airis. Mikael mengejar Airis yang telah jauh meninggalkannya.

" Ok - ok. Aku minta maaf eh ? Lain kali aku buat lagi. Sorry " ujar Mikael yang berjalan bersebelahan Airis. Airis sekadar mengangguk tanda 'ok'. Kemudian dia memalingkan wajahnya ke arah Mikael. Buat lagi ? Eh - eh Tuan Mikael ini. Ini dah dianggap melampau.

" Buat la lagi. Tak pasal - pasal muka Tuam yang tak berapa hensem tu jadi makanan penumbuk saya ni. Nak ke ? Kalau nak, buat la lagi. Dah lama tangan saya ni terliur nak tumbuk orang. Lebih - lebih lagi orang yang macam Tuan ni. Lelaki pujaan wanita di luar sana lagi " sempat Airis menyindir Mikael dalam kegeraman.

" Ya la. Aku minta maaf " balas Mikael.

" Maaf diterima. Cepat la hantar saya balik office " arah Airis. Mikael yang bos atau dia ni ? Lagak macam dia dah lama jadi boss Mikael. Padahal baru je kerja dengan Mikael. Pekerja lagi. Tak sampai sehari pun.

" Tadi cakap nak balik sendiri. Ni nak balik dengan aku pulak " Mikael hanya melayan kerenah Airis. Mikael di hadapan Airis sekarang ni adalah new Mikael bukan old Mikael. Perubahan sikap yang amat ketara. Dia sukar untuk bercakap dengan kaum Hawa inikan mengusik. Wanita yang paling dia rapat pun hanya Nadya, Aisha Melina dan Puan Sri Hasnita. Sesungguhnya Airis Qiasara adalah wanita yang beruntung.

" Kalau tak sudi hantar, tak apa la " Airis berura - ura untuk meninggalkan Mikael.

" Eh, aku gurau je la. Jom " Mikael menuju ke keretanya yang telah terparking elok di tempat letak kereta yang telah disediakan pihak hospital manakala Airis hanya mengikut setiap jejak langkah Mikael dari belakang.

Bunyi ketukan pintu mengembalikan Mikael ke dunia nyata. Mikael mengatur langkah untuk membuka pintu.

" Nak apa kacau orang ni ? " soal Mikael apabila melihat gerangan yang berada di hadapannya.

" Mommy suruh turun bawah. Dinner " balas Aisha iaitu adik kepada Mikael.

" Cakap kat mommy, abang kena keluar kejap lagi. Ada kerja " Mikael tiada mood untuk makan malam.

Dia sudah tahu siapa yang berada di bawah. Petang tadi dia terdengar perbualan Puan Sri Hasnita melalui telefon dengan Puan Maznah. Puan Sri Hasnita mengajak Puan Maznah sekeluarga ke rumahnya untuk makan malam bersama. Kalau ada Puan Maznah, confirm ada Clara. Well, her daughter.

Paradise Love Where stories live. Discover now