Chemistry is about love when two people being together because of connection between them just like proton and electronSETELAH selesai solat Isyak berjemaah, Airis terus membaringkan badannya yang keletihan itu di atas katil. Hari yang sungguh memenatkan baginya. Mikael memerhati isterinya itu sebelum turut melakukan hal yang sama.
" Penat " keluh Airis sambil mata masih dipejamkan.
" Penat sangat ke ? Tak nak makan ? " soal Mikael dan menghadapkan badannya ke arah Airis.
" Tak nak " balas Airis. Mata dibuka sebelah untuk memandang suaminya itu.
" Okay then. Sleep tight " Mikael menggosok kepala Airis. Airis pula menyentuh tangan Mikael itu dan menepuk perlahan sebelum matanya betul-betul tertutup.
Mikael tersenyum nipis. Sesungguhnya Airis tidak menyedari bahawa dia melakukan perkara itu kerana dia terlalu penat.
Setelah memastikan Airis lena tidur, Mikael turun dari katil untuk ke dapur. Perutnya sedari tadi berkeroncong.
*****
" Hai, tak tidur lagi ke ? " soal Aisha apabila melihat kelibat abangnya yang sedang enak mencicah biskut ke dalam air milo. Waktu yang sebegini tidak mengizinkan dia untuk makan nasi. Maklum la, nak jaga badan.
" Tak. Ni kenapa datang sini ? "
" Dahaga " Aisha membuka pintu sejuk untuk mengambil air masak di dalam botol. Gelas dicapai dan dia terus duduk di atas kerusi berhadapan dengan abangnya itu.
" Kak Airis dah tidur ke ? " Mikael mengangguk kepala bagi menjawab soalan itu.
" Abang " ujar Aisha perlahan secara tiba-tiba. Mikael terus memandang adiknya itu.
" Apa ? "
Aisha memerhati sekeliling sebelum memberitahu Mikael.
" Tadi kan..Aisha jumpa Clara dekat hall. Aisha perhati je perempuan tu. Macam tak puas hati pun ada. Abang baik hati-hati. Aisha takut kalau-kalau perempuan tu ada niat buruk kat abang dengan Kak Airis "
" Biar je la dia " Mikael malas untuk mengambil tahu tentang gadis itu. Sedikit pun dia tidak rasa tercabar.
" Jangan cakap macam tu. Perempuan tu nampak macam psiko pun ada. Bahaya tau. Baik abang hati-hati "
Mikael mengeluh seketika.
" Ya la. Abang hati-hati "
" Abang nak tanya boleh ? "
" Apa ? " suara Mikael jelas yang dia malas untuk melayan adiknya itu.
" Abang bahagia tak dengan Kak Airis ? " soal Aisha tiba-tiba.
" Mestilah bahagia "
" Aisha suka tengok abang dengan Kak Airis. Romantik. Comel pun ada. Kak Airis tu dah la cantik, comel, pandai.. Abang pulak handsome, bijak, baik. Saling melengkapi gitu. Wah ! " puji Aisha sambil menepuk tangan. Mikael tersenyum.
" Aisha puji-puji ni sebenarnya ada apa-apa kan ? Tell me " dia sudah dapat menghidu tingkah laku Aisha.
" Untung Aisha dapat abang memahami macam ni. Hehe. Sebenarnya kan.. Aisha.. Ermm.. Aisha dah ada boyfriend " perkataan terakhir itu sengaja diucapkan perlahan.
" Apa Aisha ?! " terkejut Mikael. Biskut yang dipegang itu diletakkan di atas piring kecil.
" Sorry " ucap Aisha perlahan. Dia takut untuk melihat wajah abangnya itu.
YOU ARE READING
Paradise Love
Romans| 1ST ROMANCE | • WINNER OF AMAZING BOOKS AWARDS 2018 • COMPLETED ✓ Affan Mikael ? Siapa yang tidak kenal dengan jejaka terhangat ini. Dia merupakan pewaris lelaki tunggal Patinson Hotel iaitu syarikat perhotelan yang telah lama didirikan sejak zam...