Chemistry is about love when two people being together because of connection between them just like proton and electronSEBAIK sahaja Nadya memberitahu Mikael tentang rancangan Clara itu, Mikael terus mengambil emergency flight untuk pulang ke Malaysia. Dia tidak kesah sekiranya tiket flight yang dikenakan itu mahal, asalkan Airis selamat di sampingnya.
Dia risau sekiranya Clara bakal mengapa-apakan isterinya. Lagipun, urusannya di Berlin sudah hampir siap. Encik Zharfan iaitu pengurus hotel di sana boleh menguruskan hal-hal yang selebihnya.
Setelah hampir 15 jam berada di dalam kapal terbang, akhirnya Mikael tiba juga di tanah air. Dia tidak perlu menyusahkan sesiapa sahaja untuk mengambilnya kerana dia telah memarkir keretanya di airport basement sebelum ke Berlin.
Tepat pukul 3.24 pagi, dia tiba di rumah. Kunci rumah sudah berada dengannya, jadi dia tidak perlu mengejutkan Airis semata-mata untuk membuka pintu buatnya. Airis juga tidak tahu akan kepulangannya hari ini.
Mikael melangkah masuk ke dalam rumah. Kelihatan hanya ruang tengah dan ruang dapur disimbahi dengan lampu. Lif diguna untuk menuju ke bilik tidur.
Apabila pintu bilik dibuka, perlahan-lahan wajahnya melorek sebuah senyuman. Sungguh dia rindukan Airis, padahal baharu beberapa hari dia tinggalkan isterinya itu bersendirian.
Dia memasuki ruang itu. Bagasi diletakkan berhampiran almari dan dia segera menghampiri isterinya yang nyenyak tidur itu. Dia berlutut di atas lantai vinyl untuk memudahkannya melihat wajah Airis. Pipi mulus itu kemudiannya digosok perlahan.
" I miss you, sayang. I'll make sure that no one can harm you, Insya-Allah "
Setelah selesai melepaskan rindu, Mikael kemudiannya bangun untuk menuju ke bilik air. Badannya melekit, jadi dia mengambil keputusan untuk mandi supaya dia dapat tidur dengan lena selepas ini.
*****
Bunyi alarm daripada telefon mengejutkannya daripada tidur. Segera tangan menggesek telefon untuk menutup alarm itu. Tidak menyangka yang dia tidur lena semalam. Selepas Mikael berangkat ke luar negara, sukar untuknya tidur malam. Tiba-tiba sahaja dia mendapat insomnia. Manja betul dia sejak bersuami ni.
Dia merasakan ada tangan yang melingkar di pinggangnya. Sungguh erat pelukan itu.
Siapa ni ?
Mata dibuka luas. Dia melihat tangan yang melingkar itu.
Tangan ni.
Segera dia memusingkan badan untuk memandang gerangan yang memeluknya dari belakang itu. Walaupun sukar untuk berpusing, tetapi dia tetap juga berbuat demikian.
Wajah melorekkan senyuman manis.
" Abang..I miss you so much " tuturnya agak manja.
Sekarang dia pulak yang memeluk Mikael. Perbuatannya itu telah membuatkan Mikael terjaga dari tidur.
" Sayang " suara serak basah Mikael kedengaran. Mata digosok sebelum memandang Airis dengan senyuman yang terukir pada wajah.
" Abang balik bila ? Kenapa tak cakap nak balik ? " soal Airis. Pelik juga dia apabila melihat suaminya tiba-tiba ada di depan mata.
YOU ARE READING
Paradise Love
Romance| 1ST ROMANCE | • WINNER OF AMAZING BOOKS AWARDS 2018 • COMPLETED ✓ Affan Mikael ? Siapa yang tidak kenal dengan jejaka terhangat ini. Dia merupakan pewaris lelaki tunggal Patinson Hotel iaitu syarikat perhotelan yang telah lama didirikan sejak zam...