Chemistry is about love when two people being together because of connection between them just like proton and electronSETELAH hampir 5 tahun berada di bumi New York bagi melanjutkan pelajaran di Columbia University dalam bidang akaun, akhirnya Airis Qaisara binti Dato' Mokhtar akan pulang ke tanah air untuk selama-lamanya.
Yeay! No books, no assignments and the most important is no study anymore. Lama gila kot tak balik Malaysia. Asyik - asyik skype je dengan mama, papa. Tak feel gitu. Desis hati Airis.
"Mama, adik dah sampai airport ni" kata Airis sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam pintu masuk utama John F Kennedy International Airport sambil menelefon mamanya dengan iPhone 7. Dia baru sahaja mendapat telefon itu daripada papanya beberapa minggu yang lalu bersempena hari jadinya yang genap 25 tahun.
"Flight adik pukul berapa?" Nanti mama suruh Pak Man ambik adik kat KLIA " kata Datin Maria dengan terujanya menantikan kepulangan puteri bongsunya dari New York. Beliau amat merindui puteri bongsunya itu dan teringat kembali kenangan lalu di mana Airis memberitahunya tentang tawaran kemasukannya ke Columbia University.
"Mama!" raung Airis Qaisara dari tingkat atas rumahnya sambil memegang telefon lalu menuju ke dapur untuk memberitahu berita gembira yang baru sahaja didapatinya melalui telefon sebentar tadi.
"Kenapa menjerit ni Airis Qaisara? Tak malu ke dengan jiran sebelah rumah? Apa nak jadi la anak dara sorang ni" keluh Datin Maria yang sedang menghidang makanan di ruang makan untuk lunch nanti.
"Erkk..sorry ma... Adik nak sampaikan berita gembira ni mama sebab itu terjerit - jerit. Hehehe" Airis tersengih menayangkan gigi putih miliknya.
"Ya la..hah? Apa berita gembira tu?" soal Datin Maria ingin tahu.
"Berita...." sengaja Airis meleretkan. Datin Maria pula mengangkatkan kening menunggu jawapan daripada Airis.
"Straight forward boleh tak? Mama nak siapkan lunch ni. Kejap lagi angah dan papa nak balik, lunch kat rumah. Along pun datang" ujar Datin Maria
"Kak Hani dengan Darwish pun datang ke ma?" soal Airis terlupa untuk memberitahu berita gembira itu sebaik sahaja Datin Maria memberitahu kedatangan Qhalif Adrian, alongnya.
"Ya..datang"
"Datang? Yeayy!" sorak Airis gembira seperti kanak - kanak ribena. Datin Maria menggelengkan kepala melihat telatah anak bongsunya itu.
"Tadi cakap ada berita gembira. Apa berita gembira tu?" soal Datin Maria.
"Hehehe...lupa nak bagitahu. Sebenarnya tadi adik dapat panggilan daripada Puan Suhana. Dia bagitahu yang adik dapat scholarship tajaan daripada JPA ma! Dia tawarkan adik untuk further study kat Columbia University" kata Airis dengan terujanya. Tidak sia - sia dia belajar bersungguh - sungguh selama ini. Akhirnya, dia dapat straight A+ dan scholarship. Bukan calang - calang orang yang boleh scholarship. Hanya mereka yang tertentu sahaja, lebih - lebih lagi sekarang ini sudah tidak banyak tajaan scholarship untuk pelajar lepasan SPM menyambungkan pelajaran ke luar negara.
Airis terlalu menginginkan scholarship ini kerana dia tidak mahu menyusahkan kedua - dua ibu bapanya mengeluarkan wang yang banyak bagi menampung pembelajarannya di sana walaupun mereka terlebih mampu untuk melakukan hal tersebut.
"Betul ke nik dik?"
"Ya ma... Betul"
"Alhamdulillah.. Syukur padaMu ya Allah"
YOU ARE READING
Paradise Love
Romance| 1ST ROMANCE | • WINNER OF AMAZING BOOKS AWARDS 2018 • COMPLETED ✓ Affan Mikael ? Siapa yang tidak kenal dengan jejaka terhangat ini. Dia merupakan pewaris lelaki tunggal Patinson Hotel iaitu syarikat perhotelan yang telah lama didirikan sejak zam...