PL | BAB 42 🐬

4.3K 138 5
                                    


Chemistry is about love when two people being together because of connection between them just like proton and electron

KEADAAN mereka kembali seperti biasa setelah hampir dua minggu berada di kampung Opah Yah. Kerja, kerja dan kerja. Pertama kali mereka menjejakkan kaki di Patinson Hotel sebagai sepasang suami isteri, semua staf di sana memandang mereka dengan senyuman terukir pada wajah.

Sekarang, tiada lagi yang berani menghina dan mencaci Airis setelah mengetahui perkara yang sebenar, lebih-lebih lagi Airis ialah isteri kepada CEO of Patinson Hotel.

Mikael pula perlu ke Berlin, Germany selama seminggu kerana perlu merasmikan cawangan hotelnya yang baharu sahaja dibuka beberapa bulan yang lepas. Namun, pemergiannya itu dihalang oleh Airis.

" Perlu ke abang pergi sana ? Tak boleh ke abang suruh daddy je yang pergi ? "

" Hey, mana boleh la sayang. I am the CEO, so it should be me to go there. Papa dah tak masuk campur "

" Tapi--" jari telunjuk segera diletakkan ke bibir Airis untuk mendiamkan bibir mungil itu dari terus berbicara.

" Sara ni kenapa tiba-tiba tak nak abang pergi sana ? Ada apa-apa ke ? Takut rindu eh ? "

Airis mengambil jari telunjuk Mikael dan terus menggengam tangan Mikael.

" Sara rasa tak sedap hati. Sara takut kalau jadi apa-apa dekat abang " tutur Airis lemah.

Wajah itu segera memandang lantai. Dia pun tidak tahu kenapa. Sejak Mikael memberitahu dia bakal ke luar negara, dia berasa kurang senang.

Mikael mengangkat dagu Airis agar wajah itu memandangnya.

" Insya-Allah abang tak ada apa-apa. Sara kena la doakan pemergian dan kepulangan abang supaya abang selamat. Abang pergi kejap je. Tak lama pun. Nanti setiap malam kita buat video call. Ok, sayang ? Dah tak nak muram-muram macam ni. Senyum sikit " kedua-dua belah pipi Airis dicubit manja. Perlahan-lahan wajah itu mengukirkan sebuah senyuman.

Dia bukan tidak mahu ikut sama tetapi tugasnya sebagai akauntan tidak membenarkan dia ikut serta. Walaupun dia isteri kepada Mikael, pekerja tetap pekerja. Nanti apa pula staf lain pandang dirinya. Bukan setakat pandang serong, mengata pun boleh jadi.

" Abang kena janji yang every night kena buat video call " jari kelingking digerakkan depan belakang tanda berjanji.

" Ya, sayang. Insya-Allah " jari itu disambut Mikael.

*****

CLARA
Jumpa aku dekat stor tingkat dua. Right now !

Azyan dan Luna bergegas ke stor tingkat dua sebaik sahaja mendapat mesej daripada Clara yang dihantar melalui group whatsapp mereka.

" Kau kenapa nak jumpa kita orang ? " soal Azyan pelik. Tiba-tiba ajak berjumpa dekat tempat gelap ini.

Clara memandang di sekelilingnya untuk memastikan bahawa tiada siapa yang dengar perbualan mereka nanti. Bilik stor itu juga sudah dikunci dari dalam.

" Aku ada plan " percakapannya yang terhenti sejenak itu membuatkan Azyan dan Luna ternanti-nanti.

" Plan apa ? " soal Luna dengan kerutan pada dahi.

Paradise Love Where stories live. Discover now