Chemistry is about love when two people being together because of connection between them just like proton and electronHARI jumaat ini, Aysar dan Melissa akan dinikahkan di kampung halaman nenek Aysar dan Airis. Setelah mengenali Melissa, rupa - rupanya ibu bapa Melissa juga tinggal di kampung yang sama dengan nenek Aysar, jadi mereka membuat keputusan untuk dinikahkan di kampung tersebut. Kampung Gertak Kechupu di Kelantan.
Airis sekeluarga akan berangkat ke kampung 3 hari sebelum hari pernikahan Aysar bagi membantu buat persiapan sebelum hari bermakna tersebut.
Mana Airis ni ? Dah lambat ni. Tanya hati Aysar. Dia sudah memberitahu neneknya di kampung yang dia akan sampai ke sana sebelum Asar. Kalau lambat sampai, masaklah dia nanti. Siapa suruh berjanji ? Mama dan papanya telah berangkat ke sana beberapa jam yang lalu. Hanya tinggal Aysar dan Airis yang belum berangkat. Adrian sekeluarga pula telah tiba di kampung sejak semalam lagi.
Aysar yang bersandar di kereta memasuki semula ke dalam rumah. Dia cukup geram sekarang ni. Dia segera mengatur langkah ke bilik Airis. Dia mengetuk pintu berkali - kali namun tiada sahutan dari dalam. Dia memulaskan tombol. Nasib baik tak berkunci.
Hatinya sekarang ini tunggu masa untuk meletup sahaja apabila melihat Airis yang sedang lena tidur.
" Airis Qaisara ! " tempik Aysar dengan perasaan yang sebal. Airis yang sedang tidur itu terjaga sebaik mendengar tempikan seseorang. Dia menggosok matanya untuk melihat gerangan yang bertempik itu. Angah rupanya.
" Angah ni dah kenapa menjerit ? Airis nak tidur pun tak senang " Airis tidak berpuas hati apabila tidurnya dikacau. Baru je tadi dia bermimpi jumpa prince charming. Baru nak tengok muka prince tu, tiba - tiba ada orang menjerit. Rupanya - rupanya Aysar, abangnya.
" Adik tanya kenapa ? Adik tahu tak hari ni kita kena balik kampung ? Pergi bersiap sekarang ! Angah tunggu kat dalam kereta. Sebelum keluar, pastikan semua kunci. Semua suis off. I give you 15 minutes only. You lambat, I tinggal. I'm serious " Aysar keluar dari bilik Airis. Airis terpinga - pinga. Memang dia lupa yang hari ini dia akan balik ke kampung. Banyak makan nasi la ni buat dia mudah lupa.
Lepas ni, kena kurangkan makan nasi. Eh - eh tak boleh la. Nanti kurang tenaga. Nasi kan karbohidrat yang boleh bekalkan tenaga. Kurang tenaga, letih la.
Airis mengerling ke arah jam dinding. Alamak ! Angah bagi masa 15 minit je. 5 minit sudah berlalu. Airis menyambar tuala yang tersidai elok di penyidai lalu masuk ke dalam bilik air.
*****
Setelah selesai bersiap, dia turun bersama luggage. Dia main sumbat je pakaian. Dah lambat, tak sempat nak memilih. Dia segera mengunci semua tingkap dan pintu. Semua suis pula ditutup. Sebaik keluar dari rumah, dia melihat kereta Aysar sudah tiada.
Kurang ajar Angah ! Dia tinggal aku ? Kalau aku tahu dia nak tinggal aku, aku sambung tidur je tadi. Boleh tengok muka prince charming tu.
Dia menuju ke arah keretanya. Dia membuka but kereta dan meletakkan luggage ke dalamnya. Nasib baik dia tahu jalan ke kampung neneknya itu, lagipun dia dah biasa pandu kereta papanya ke sana. Kalau Dato Mokhtar letih, dia la orang yang menggantikan papanya memandu. Kalau hendak ke kampung, papanya tidak menggunakan khidmat Pak Man. Papanya itu tidak mahu menyusahkan Pak Man menghantar kemudian balik semula ke Kuala Lumpur.
Airis memandu keluar dari halaman rumah. Lagu Wolves daripada Selena Gomez dan Marshmello yang berkumandang di corong radio mengisi kesunyiannya. Lagu yang sedang meningkat naik ini adalah lagu kegemarannya.
YOU ARE READING
Paradise Love
Romance| 1ST ROMANCE | • WINNER OF AMAZING BOOKS AWARDS 2018 • COMPLETED ✓ Affan Mikael ? Siapa yang tidak kenal dengan jejaka terhangat ini. Dia merupakan pewaris lelaki tunggal Patinson Hotel iaitu syarikat perhotelan yang telah lama didirikan sejak zam...