PL | BAB 6 🐬

5.8K 200 0
                                    


Chemistry is about love when two people being together because of connection between them just like proton and electron

AIRIS tersedar dari tidur setelah mendengar bait - bait azan subuh yang berkumandang di masjid yang berhampiran rumahnya. Jam di sebelahku lihat. Sudah pukul 6.15 pagi. Dia segera bangun untuk membersihkan diri.

Setelah selesai, Airis melipat semula telekung. Dia keluar dari bilik tidurku. Nak tolong mama buat breakfast la.

" Mama ! " sapa Airis apabila melihat kelibat Datin Maria yang sedang memotong sawi.

" Haihh.. Awal anak dara mama sorang ni turun ke dapur " balas Datin Maria. Pelik kerana Airis selalunya lepas subuh je, dia sambung buat peta dunia dia atas katil.

" Saja. Takkan la nak tidur selalu. Kena la tolong mama jugakkan ? Ni mama nak buat apa untuk breakfast ? "

" Mama nak buat biasa je hari ni. Nasi goreng kampung. Dah lama tak makan "

" Wahh ! Bestnyerr.. Nak tolong ! " dah lama Airis tidak makan nasi goreng yang dibuat oleh mamanya.

" Memang kena tolong pun. Takkan nak tengok je " dah kenapa orang dalam rumah ni suka sangat menyindir aku. Getus hati Airis.

*****

SEMUA ahli keluarganya dah berkumpul di meja makan. Setelah itu, Datin Maria mencedok nasi untuk suaminya. Airis dan Aysar turut menghulurkan pinggan mereka meminta untuk diisi. Datin Maria membiarkan mereka berdua lalu mula untuk makan. Adrian yang duduk di samping Humaira hanya menggelengkan kepala melihat kerenah adik - adiknya itu.

" Yang lain mohon layan diri la ya. Mama kamu ni layan papa je " ujar Dato' Mokhtar.

" Sedihnya hati ini. Mama dah tak sanggup nak layan kita berdua ngah " Airis membuat muka sedih lalu mencedok nasi ke dalam pinggannya.

" Alahai. Sedihnya. Bergembira lah kamu, wahai Dato' Mokhtar ! " Aysar melayankan aje drama yang dimulai Airis. Humaira ketawa perlahan melihat gelagat adik - adik iparnya. Pandai eh korang ni.

" Dah, tak payah nak berdrama kat sini. Tak de orang nak ambik korang berlakon pun " ujar Adrian yang sejak tadi lagi berdiam diri.

" Kalau nak join jom la. Tak payah nak buat suara latar la masa kitaorang tengah berlakon. Along dengki la tu, kan angah ? " kata Airis tidak berpuas hati.

" Aah memang dengki pun. Dah makan. Tak payah nak cakap banyak pulak " balas Adrian.

Aysar hanya mengangkatkan bahunya tanda tidak mahu bergaduh sekali. Sorry adik, angah dah matang. Angah tak nak gaduh. Kalau cari gaduh dengan along, jawabnya angah kalah tanpa bertanding la.

Alongnya itu umur je meningkat, tapi perangai macam budak - budak. Bila la nak matang sepenuhnya.

" Dah - dah makan. Depan rezeki tak baik bergaduh. Allah tarik nanti rezeki baru tahu " ujar Datin Maria.
Mereka jika berjumpa ada sahaja perkara yang mahu digaduhkan. Benda kecil pun nak diperbesarkan. Dari kecil sampai sekarang. Masih tidak berubah.

" Along tu mula dulu " Airis menyalahkan Adrian.

" Kenapa Along pulak, adik la yang mula dulu " Adrian pula menyalahkan Airis.

" Along "

" Adik "

" Along la " Airis tidak berpuas hati lalu menjelingkan mata ke arah Adrian yang duduk di hadapannya itu. Awak ingat awak sorang je boleh jeling mata macam tu, Along pun boleh la. Monolog Adrian.

Paradise Love Where stories live. Discover now