PL | BAB 11 🐬

4.7K 206 2
                                    


Chemistry is about love when two people being together because of connection between them just like proton and electron

ORANG ramai di Aeon menyukarkan Mikael untuk mencari adiknya, Aisha. Dia sudah mencari di merata tempat tetapi masih tidak menjumpai adiknya. Dia mengeluarkan iphone 6 dari kocek seluarnya lalu menekan nombor Aisha. Dia mencuba berkali - kali tetapi setiap kali itu juga nombornya ditolak.

Confirm budak ni merajuk lagi. Reject pulak tu call aku.

Tiba - tiba dia berasa haus. Dia segera menuju ke Ice Bucket yang hanya beberapa langkah dari tempatnya berdiri. Dalam perjalanan ke sana, dia ternampak wajah yang amat dikenalinya.

Sara ? Siapa budak kecil tu ? Yang depan dia tu bukan Aisha ke ? Pelbagai persoalan yang bermain di mindanya.

" Aisha ! " laung Mikael. Aisha dan Airis sama - sama berpaling ke arah suara itu. Betul la Aisha dan Sara ! Tekaannya tepat. Tengok dari belakang sudah tahu itu Aisha. Mikael mengatur langkah ke arah mereka.

" Aisha, abang minta maaf eh ? Abang tak sengaja. Abang tak tahu Aisha terasa. Abang minta maaf " ujar Mikael. Airis yang berada di hadapan mereka berdua masih kebingungan.

Abang ? Perempuan ni kekasih dia ke ? Ke wife dia ? Tiba - tiba terbit rasa cemburu dalam diri Airis apabila melihat mereka.

" Tak pe, dah biasa " balas Aisha lalu menjeling mata ke arah Mikael.

" Ala, sorry la. Abang belanja Aisha kasut baru eh ? " Mikael hanya mempunyai satu cara untuk memujuk adiknya itu.

" Tak payah rasuah. Memang Aisha datang sini nak suruh abang belanja Aisha pun " seloroh Aisha.

" So, Aisha dah maafkan abang la ni ? " Aisha mengangguk perlahan. Nak marah lama - lama buat apa ? Kang tak pasal - pasal tak dapat kasut baru. Merana babe ! Mikael tersenyum lebar.

" Erkk.. Hai Sara ! " sapa Mikael. Dia baru teringat Airis masih berada di hadapannya sejak tadi.

" Hai " sapa Airis kembali

" Jari kau macam mana ? Dah ok ? " soal Mikael lalu melihat jari Airis.

Walaupun dia bekerja satu bumbung dengan Airis, tetapi sudah lama dia tidak bertemu Airis. Hanya Linda yang berurusan dengannya selama ini. Airis tiada kaitan kerana Airis masih dalam proses belajar. Kalau dia jumpa dengan Airis pun sekejap sahaja. Tidak sempat nak berbual.

" Alhamdulillah. Semakin baik " jawab Airis. Aisha di sisi Mikael hairan.

Abang kenal eh dengan kakak ni ? Mesra je. Ke kekasih hati ?

" Abang kenal ke akak comel ni ? " soal Aisha kepada Mikael.

" Kenal. Dia akauntan kat hotel kita " jawab Mikael.

" Ouh. Ingatkan kekasih. Lagipun abang dengan akak sesuai. Boleh la buat balik kakak ipar kat Aisha nanti. Aisha dah lama nak merasa ada kakak ipar ni. Mummy pun mesti suka ni " seloroh Aisha.

Airis terkaku seketika. Kakak ipar ? Jadi perempuan ni adik dia la ? Ouh begitu rupanya. Kata - kata Aisha yang menginginkan Airis menjadi kakak iparnya tidak diambil pusing sedikit pun oleh Airis. Dia tahu Aisha sekadar bergurau. Dia dengan Mikael ? Bagai langit dengan bumi. Tak boleh - tak boleh. Nanti kena serang dengan fans club dia.

" By the way, Aisha nak panggil akak apa ? Kalau panggil Sara jugak boleh tak ? " soal Aisha teruja.

" Tak boleh ! Panggil Airis je " potong Mikael tiba - tiba. Dia mahu hanya dia sahaja yang memanggil Airis dengan panggilan Sara. Hanya dia sahaja. Only him !

Paradise Love Where stories live. Discover now