Chemistry is about love when two people being together because of connection between them just like proton and electronBalai Polis Bandar Baru Bangi
" Adik ! " jerit Datin Maria apabila melihat susuk tubuh milik Airis di dalam balai polis itu. Badan gadis itu dipeluk erat. Air mata kedua-dua perempuan itu jatuh ke pipi. Rindu. Terlalu rindu.
Dyan dan Hani yang berjalan di belakang sudah mengukirkan senyuman paling manis apabila melihat adegan itu. Siapa tidak gembira kan ?
" Mama " rengek Airis di dalam pelukan itu ibarat bayi kecil.
" Ya sayang " Datin Maria menggosok perlahan rambut Airis.
" Adik rindu mama " Airis ketatkan lagi pelukan itu. Tidak dapat dia bayangkan jika dia tidak berkesempatan untuk bertemu lagi dengan ahli keluarganya lebih-lebih lagi mamanya yang tersayang ini.
" Mama pun, sayang. Mama rindu sangat dekat adik " Datin Maria meleraikan pelukan. Air mata yang berada di pipi Airis diseka. Perkara itu turut dilakukan Airis kepada mamanya.
Beberapa minit telah berlalu dan Airis baru sahaja menyedari kehadiran dua orang kawan baiknya itu. Segera dia memeluk mereka berdua.
" Syukur Alhamdulillah, kau tak ada apa-apa " ujar Dyan. Hani hanya tersenyum.
" Airis. Siapa yang selamatkan kau ? " tanya Dyan ingin tahu. Dia mahu berterima kasih kepada orang itu kerana telah menyelamatkan sahabat dunia dan akhiratnya ini.
" Affan Mikael, Qhalif Aysar dan Muhammad Izmeer " balas Airis sambil tersenyum.
Mereka bertiga yang mendengar balasan yang keluar dari mulut Airis itu terkejut. Macam mana ?
" Nanti Airis cerita "
" Mana mereka bertiga ? " soal Datin Maria mencari-cari kelibat tiga lelaki tampan itu.
" Angah pergi hospital dengan abang Iz. Ada luka sikit. Ermm. Kalau Mikael.. Airis tak pasti dia pergi kat mana. Dia tak cakap pulak tadi "
" Ouh. Tak pe la kalau macam tu. Airis dah selesai bagi maklumat kepada pihak polis ? "
" Dah "
" Kalau macam tu, kita balik la "
" Ok. Jom ! " kata Airis, Dyan dan Hani serentak. Mereka memandang sesama sendiri lalu ketawa. Tidak sangka bahawa mereka ini terlalu banyak kimia ! Ahaks !
*****
BANG
" Argh ! " kini Haris pula jatuh menyembah lantai. Belum sempat dia menembak Mikael dan Airis kerana dia terlebih dahulu ditembak oleh pihak polis.
Namun perkara itu tidak membantutkannya. Dia masih gagah mengacukan pistol ke arah Mikael tetapi sekali lagi dia ditembak oleh polis dari arah belakang. Kepalanya jatuh di atas lantai.
Mikael yang memejamkan matanya segera membuka mata apabila tiada sebarang kecederaan berlaku terhadap dirinya. Automatik pelukan pada badan Airis dilepaskan.
YOU ARE READING
Paradise Love
Romance| 1ST ROMANCE | • WINNER OF AMAZING BOOKS AWARDS 2018 • COMPLETED ✓ Affan Mikael ? Siapa yang tidak kenal dengan jejaka terhangat ini. Dia merupakan pewaris lelaki tunggal Patinson Hotel iaitu syarikat perhotelan yang telah lama didirikan sejak zam...