PL | BAB 27 🐬

4.3K 152 4
                                    


Chemistry is about love when two people being together because of connection between them just like proton and electron

Dyan dan Hani yang masih berada di rumah keluarga Airis itu cuba mengetuk pintu bilik Airis berulang-kali. Namun, tiada tanda-tanda bahawa Airis bakal membuka pintu itu.

" Macam mana ni Hani ? " soal Dyan resah. Sejujurnya, dia pun baru sahaja mengetahui bahawa Mikael adalah bakal suami Airis. Begitu juga Hani.

" Cuba lagi sekali " kemudian Hani mengetuk pintu sekali lagi.

" Airis Qaisara !
Do you wanna build a snowman
Come on lets go and play
I never see you anymore
Come out the door
It's like you've gone away
We used to be best buddies
And now we're n-- " tidak sempat Hani meneruskan nyanyian yang tidak seberapa merdu itu kerana Airis membuka pintu biliknya kemudian menarik tangan Dyan dan Hani untuk masuk ke dalam bilik. Pintu ditutup kembali dan dikunci dari dalam.

" Korang nak apa ? " tanya Airis mendatar lalu dia duduk bersila di atas katil begitu juga dengan Hani yang duduk bersebelahannya. Dyan pula menarik kerusi dan meletakkan kerusi tersebut berhadapan dengan dua gadis itu lalu dia duduk.

" Hang kenapa perangai tak semegah ni ? Cuba hang habaq kat aku " ujar Dyan menggunakan dialek penang.

" Aku..aku tak suka bila my own parents aturkan perkahwinan aku. Aku yang nak kahwin kau tahu tak ? Kenapa mesti dia orang nak sibuk hal aku ? Aku tak suka ! " balas Airis kurang matang.

" Weh Airis ! Kau dengar aku nak habaq kat kau ni. Aku ingat lagi ada sorang ustazah ni cakap yang restu Allah terletak pada restu ibu bapa dan keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa.

Kau faham apa maksud dia ? Tak pe. Meh aku bagitahu kau. Cuba la kau fikir. Kalau kau kahwin dengan si Mikael tu, papa dan mama kau restu so do Allah. Kau nak ke kahwin tanpa restu dia orang ? Sedalam mana pun cinta kau kat bakal suami pilihan kau tu tapi tanpa restu ibu bapa, it's nothing. Percaya la cakap aku yang hidup kau tak akan bahagia. Dyan, sambung ! " Hani menyerahkan kepada Dyan pula untuk menasihati Airis.

" Airis, ibu bapa mana yang tak nak tengok anak-anak dia bahagia ? No ! Tak ada. Semua nak tengok anak-anak dia bahagia. Aku yakin yang papa dan mama kau tahu apa yang terbaik untuk kau. Cuba kau cakap kat aku, kenapa kau tak nak Mikael tu as your husband to be ? " soalan cepumas keluar dari mulut Dyan.

Airis terkelu seketika. Dia tiada jawapan untuk soalan itu. Sepanjang dia kenal dengan Mikael, dia tidak pernah lagi melihat sisi gelap Mikael. Tiada !

" Aku.. aku .. "

" See ! You can't answer me. Am I right ? Try to ask yourself. Ask Allah and ask your heart. Buat solat sunat istikharah. Mintak petunjuk dari Allah. Dia tahu segala-galanya. Aku yakin kau akan dapat petunjuk dariNya. Kalau tak ada apa-apa, aku keluar dulu. Jom Hani " ajak Dyan. Hani mengangguk seraya mengikuti langkah Dyan.

Sebelum Dyan keluar, dia sempat memberitahu sesuatu kepada Airis.

" Aku yakin yang dia mampu jaga kau. Kau tengok la siapa yang selamatkan kau dari Haris tak guna tu ? " kemudian Dyan keluar.

Airis terkedu buat kali kedua. Dia bingung, seolah-olah mindanya kosong. Kemudian dia menjatuhkan badannya ke atas katil itu. Siling putih dipandang.

Patut ke aku dengar cadangan dia orang tu ? Ikut kata hati ? Ikut kata papa dan mama ? Minta pentunjuk dari Allah ? Ahh ! Jerit hati kecil Airis.

*****

Airis menuruni tangga. Jam dinding dikerling. Pukul 8 pagi. Dia diberi cuti oleh Mikael selama lima hari bagi memberi peluang untuknya berehat.

Paradise Love Where stories live. Discover now