Chemistry is about love when two people being together because of connection between them just like proton and electronPASANGAN pengantin masih berada di dalam bilik. Majlis resepsi bakal bermula beberapa minit sahaja lagi. Warna putih sekali lagi menjadi tema perkahwinan mereka.
Airis dalam persalinan peplum putih bertatahkan berlian itu sedang duduk di hadapan cermin sambil disolek oleh Juliana iaitu jurusolek yang ditempah khas oleh Datin Maria.
Solekan pada wajah Airis itu tidak terlalu tebal kerana Airis tidak gemar bersolek tebal. Kalau ada bedak dan lip balm sudah memadai baginya, tapi apakan daya, ini adalah perkahwinan mereka. Perkahwinan hanya sekali seumur hidup.
" Ok, siap ! " ujar Juliana tiba-tiba. Dia melihat wajah Airis itu melalui biasan cermin. Cantik ! Sungguh cantik wanita itu !
" Cantik betul Airis ni kan ? Untung Tuan Mikael dapat Airis " puji Juliana. Airis sekadar senyum.
Dia juga tidak percaya apabila melihat wajahnya itu. Sungguh berbeza. Waktu akad nikah pun tidak seperti ini kerana solekan pada waktu itu adalah solekan nipis.
" Akak keluar dulu ya ? Nanti cakap dekat Tuan Mikael cepat sikit. Tadi mama Airis pesan suruh turun cepat-cepat bila dah siap semuanya. Katanya orang ramai dah datang " beritahu Juliana. Sebelum dia berjumpa dengan Airis, Datin Maria terlebih dahulu memesan kepadanya agar memberitahu Airis tentang hal itu.
" Ok kak. Nanti saya dan Mikael turun cepat-cepat ya "
" Bye ! " ujar Juliana sebelum hilang dari bilik itu.
Airis terus bangun dan mengetuk pintu bilik air.
" Abang, are you there ? Cepat sikit. Semua dah tunggu tu " laung Airis dari luar bilik air.
" Ya, dah keluar " Mikael terus membuka pintu apabila suara Airis kedengaran pada gegendang telinganya. Sebenarnya dia siap mandi sudah lama. Hanya tunggu Juliana untuk keluar dari bilik itu sahaja dan akhirnya Juliana keluar juga.
Airis terkejut apabila melihat suaminya itu memakai singlet putih dan masih berlilitkan tuala. Terus dia memandang dinding putih bilik itu. Malu !
" Abang pergi pakai baju cepat. Nanti lambat " arah Airis yang masih belum memandang Mikael.
" Kenapa pandang sana ? Pandang kat suami awak ni la. Apa dinding tu lagi kacak daripada suami awak ni ke ? "
" Eii..perasan betul. Dah-dah pergi pakai baju " arah Airis lagi dan memandang suaminya dengan tidak rela. Dia menolak badan suaminya itu agar beralih tempat menuju ke almari yang di dalamnya terdapat sut hitam milik Mikael.
" Wah, I'm impressed. Dah makin berani sentuh abang sekarang. Selalu abang je yang sentuh Sara dulu " ujar Mikael nakal sambil menjongketkan sedikit keningnya.
Airis sekadar menjeling suaminya lalu menuju ke birai katil dan membuka iPhone 7 miliknya. Malas untuk melayan Mikael. Makin layan makin lambat mereka turun ke dewan nanti.
YOU ARE READING
Paradise Love
Romance| 1ST ROMANCE | • WINNER OF AMAZING BOOKS AWARDS 2018 • COMPLETED ✓ Affan Mikael ? Siapa yang tidak kenal dengan jejaka terhangat ini. Dia merupakan pewaris lelaki tunggal Patinson Hotel iaitu syarikat perhotelan yang telah lama didirikan sejak zam...