Chemistry is about love when two people being together because of connection between them just like proton and electronJARUM jam baru menginjak pukul 6.45 pagi. Mikael mengambil keputusan untuk keluar berjoging sementara menunggu waktu bekerjanya yang bermula pada pukul 8.30 pagi.
Seluar track Nike dan baju putih menjadi pilihan. Tuala kecil turut diambil. Sudah lama sebenarnya dia tidak keluar berjoging semenjak dia berkahwin. Gym juga jarang dia pergi.
Sejak beristeri ni, selalu nak berkepit je. Tapi, itu dulu. Sekarang isterinya itu sudah tinggalkan dia tanpa mendengar apa-apa penjelasan pun. Dia reda dan hanya mengikut sahaja permintaan Airis. Dia yakin, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.
Mikael meletakkan tuala kecil itu pada lehernya. Kemudian dia keluar dari rumah banglo itu. Destinasinya hanya ke taman rekreasi berdekatan rumahnya.
Salah satu keistimewaan taman perumahan ini adalah telah disediakan kemudahan seperti taman rekreasi, taman permainan, padang, pondok pengawal keselamatan dan sebagainya.
Mikael berjoging sambil menghirup udara pagi yang segar untuk sampai ke taman tersebut. Kawasan itu masih sunyi. Namun, tidak memberi kesan pun buat jejaka bernama Mikael ini.
*****
Apabila pintu utama dibuka, tiba-tiba kedengaran sesuatu dari arah dapur. Bunyi itu jelas kedengaran apabila dapur semakin dihampiri. Yang pasti bunyi itu seperti sudip berlaga dengan kuali.
Siapa pulak kat dapur ni ?
Langkah semakin laju menuju ke dapur. Mikael terus menghentikan langkahnya sebaik sahaja dia melihat seseorang sedang berdiri sambil menghadap ke arah dapur gas.
" Who-- "
Orang itu terus memusingkan badannya dan sejurus itu kedua-dua mata milik mereka saling bertatapan antara satu sama lain.
" Sara "
Mikael segera menghampiri Airis.
" Sara, abang-- "
Airis menghulurkan sticky note putih kepada Mikael. Terus terdiam Mikael apabila membaca isi yang ditulis pada kertas itu.
Saya tahu awak akan terkejut. Jangan risau, saya ada je dekat rumah ni. Saya tidur bilik bawah. Saya nak minta tolong dengan awak. Tolong jangan bercakap dengan saya dan tolong ingat balik permintaan saya. Mulai dari hari ini, saya akan gunakan benda ni untuk berkomunikasi dengan awak. Enjoy your food.
Airis mencedok nasi goreng kampung yang berada di dalam kuali itu lalu dimasukkan ke dalam bekas nasi yang bersaiz sederhana. Bekas itu diletakkan di atas bar kaunter bersama pinggan dan cawan.
Setelah itu, nasi yang berada di dalam bekas itu diambil lalu diletakkan ke atas pinggan. Teko berisi teh juga dituang di dalam cawan. Mikael hanya memerhati tingkah laku Airis sehinggalah kelibat isterinya itu hilang dari pandangan.
Dia mengeluh sesaat sebelum mengambil tempat di atas kerusi bar. Dia tidak risau sangat walaupun Airis tidak mahu bercakap dengannya kerana sekurang-kurangnya dia tahu keberadaan Airis dan Airis berada tidak jauh dengannya.
YOU ARE READING
Paradise Love
Romance| 1ST ROMANCE | • WINNER OF AMAZING BOOKS AWARDS 2018 • COMPLETED ✓ Affan Mikael ? Siapa yang tidak kenal dengan jejaka terhangat ini. Dia merupakan pewaris lelaki tunggal Patinson Hotel iaitu syarikat perhotelan yang telah lama didirikan sejak zam...