Chemistry is about love when two people being together because of connection between them just like proton and electronAIRIS melangkah masuk ke dalam Patinson Hotel. Hari ini merupakan hari pertama dia bekerja. Jam tangan dilihatnya. Lagi 30 minit sebelum waktu bekerja bermula. Masih awal. Dia segera menuju ke kafe di hotel tersebut. Tadi dia tidak sempat untuk breakfast.
Sebaik sahaja dia duduk di kerusi, beberapa gadis memandang aneh ke arahnya. Dia juga mendengar setiap kata - kata yang keluar daripada mulut gadis - gadis tersebut.
" Aku dulu bukan main payah nak kerja kat sini. Dia senang - senang je dapat "
" Aku rasa dia goda Tuan Mikael, tu yang dapat kerja kat sini "
" Muka tak de la lawa. Aku lagi lawa ohh "
" Kampung girl babe ! Baju dia tu ntah Tuan Mikael yang sponsor. Tak pun sugardaddy. Murahan ! "
Airis tidak betah lagi untuk duduk di situ, segera dia beredar dari situ. Dia agak sedih dengan setiap tuduhan daripada gadis - gadis tersebut.
Baru first day, kau dah ada musuh Airis. Aku kenal Mikael tu pun gitu - gitu je. Korang tuduh aku goda dia. Dah la tak breakfast lagi. Kacau mood je.
Airis menuju ke kaunter pertanyaan.
" Sorry miss. Saya Airis Qaisara. Pekerja baru kat sini " ujar Airis.
Gadis yang bertag nama Raiha itu memandang Airis dengan pandangan yang tajam. Dia pun tergolong dengan perempuan - perempuan tadi ke ? Dia pun nak mengata aku jugak ke ? Soal hati Airis.
" Hai ! Saya Raiha " balas Raiha ceria. Raiha menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Airis. Dia ingatkan Raiha pun mahu mengatanya namun sangkaannya meleset. Airis menyambut huluran Airis.
" Mesti awak ingat saya nak marah awak kan ? Tak pun mengata awak macam yang lain ? Menjadi tak lakonan saya tadi ? Susah tau nak buat pandangan macam tu. Orang tertentu macam saya je boleh buat. Kalau saya masuk industri lakonan ni, confirm - confirm dah boleh berlakon dengan Zul Arifin. Watak heroin lagi " gurau Raiha. Sikap Raiha yang peramah dan mulutnya yang murai itu membuatkan ramai yang ingin berkawan dengannya. Raiha tidak sedikit pun membenci Airis namun menganggapnya sebagai kawan baru.
Airis tergelak dengan gurauaun Raiha. Ya, dia mudah terhibur.
" Sorry " Airis mengapitkan kedua belah tangannya tanda maaf.
" Is okay. By the way, awak boleh naik tingkat 11 sekarang. Jumpa kak Nad. Ask her on what should you do today " slang yang digunakan Raiha menghairankan Airis.
Bukan nak mengata tapi kenapa Raiha boleh jadi receptionist je ? Dia punya slang dah macam orang putih. Mesti budak bijak ni. Nanti - nanti la aku tanya.
" Ok, saya pergi dulu. Bye Raiha " Airis melambaikan tangannya lalu menuju ke lif. Raiha membalas lambaian Airis itu. Raiha menghantar setiap langkah Airis dengan pandangan matanya.
*****
Airis menuju ke arah meja yang menempatkan Nadya.
" Assalamualaikum kak " sapa Airis apabila melihat Nadya yang baru sahaja ingin membuka tekan butang on pada komputernya. Nadya berpaling wajahnya ke arah gadis kecil molek yang berada di hadapannya.
" Waalaikumussalam Airis " balas Nadya. Macam mana dia tahu nama Airis ? Absolutely from Mikael.
Nadya melihat Airis atas bawah. Kenapa budak ni comel hah ? Macam budak sekolah menengah je aku tengok. Agak - agaknya umur dia berapa eh ?
YOU ARE READING
Paradise Love
Storie d'amore| 1ST ROMANCE | • WINNER OF AMAZING BOOKS AWARDS 2018 • COMPLETED ✓ Affan Mikael ? Siapa yang tidak kenal dengan jejaka terhangat ini. Dia merupakan pewaris lelaki tunggal Patinson Hotel iaitu syarikat perhotelan yang telah lama didirikan sejak zam...