PL | BAB 49 🐬

6K 184 12
                                    


Chemistry is about love when two people being together because of connection between them just like proton and electron

__________

PLAY THE MEDIA
__________


BUNYI loceng yang berdering  memberhentikan mereka semua daripada meneruskan perbualan. Airis ingin bangun untuk melihat siapakah gerangan yang menekan loceng dan berada di luar rumah itu namun, Mikael menggelengkan kepala lalu dia pula yang bangun.

" Assalamualaikum..."

Salam diberi sebaik sahaja pintu rumah dibuka oleh Mikael.

" Mama, papa...waalaikumussalam"

Tangan dihulurkan untuk bersalam dengan kedua-dua ibu bapa Airis itu.

" Jemputlah masuk..biar Mika angkatkan beg tu "

" Eh tak apa ke ? Berat ni " Datin Maria bertanya.

" Eh tak ada apa lah..Mama dan papa masuk lah dulu.. mommy dan daddy pun ada dekat dalam "

" Kami masuk dulu ya..Terima kasih Mika "

" Alright..sama-sama "

Lalu pasangan tua itu masuk ke dalam rumah. Dua beg yang berada di atas lantai itu kemudiannya diambil oleh Mikael.

*****

" Mama..adik rindu dekat mama " rengek Airis manja sambil memeluk erat Datin Maria dari tepi.

" Mama je ? Papa ni tak rindu ke ? " soal Dato' Mokhtar kedengaran agak cemburu.

Tan Sri Khalid dan Puan Sri Hasnita ketawa. Gembira melihat kemesraan antara Airis dan kedua-dua ibu bapanya itu.

Airis yang berada di antara kedua-dua ibu bapanya itu kemudiannya turut memeluk papanya.

" Mestilah rindu "

Mikael turut tersenyum.

Abang ni, Sara tak rindu ke ?

Namun, ayat itu hanya terluah di dalam hati. Dia tidak sanggup lagi sebenarnya mengalami situasi sekarang ini. Walaupun Airis berada dekat dengannya, tetapi hati mereka jauh. Jauhnya itu ibarat bumi dengan bulan.

*****

" Kami masuk dulu ya. Kalau ada apa-apa, bagitahu Mika. Selamat malam, assalamualaikum "

Sebaik sahaja selesai solat Isyak berjemaah di bilik solat, Mikael menarik tangan Airis untuk sama-sama masuk ke dalam bilik mereka.

" Tak payah la tarik..saya boleh jalan sendiri " tiba-tiba suara Airis kedengaran.

Nasib baik ketika itu mereka sudah berada di luar bilik solat. Jadi, kedua-dua ibu bapa mereka tidak dapat mengesan hubungan mereka yang agak retak.

" La..boleh bercakap rupanya. Ingatkan dah tak nak bercakap dengan abang " sindir Mikael.

Airis melepaskan tangan Mikael yang memegang pergelangan tangannya itu lalu beredar pergi.

" Sara ! " Mikael menyaingi langkah Airis.

" We need to talk "

" Saya penat. Saya nak tidur "

Dalam sedar tak sedar, mereka sudah berada di hadapan bilik tidur. Airis kemudiannya masuk ke dalam bilik begitu juga dengan Mikael. .

Telekung dicabut dan disidai pada penyidai. Mikael pula mencabut songkok lalu diletakkan di atas meja night stand.

Dia melabuhkan punggungnya di atas katil manakala Airis sedang berada di meja solek sambil sibuk menyapu losyen pada lengan

Paradise Love Where stories live. Discover now