Chemistry is about love when two people being together because of connection between them just like proton and electronNAMA Airis meniti di bibir Mikael. Puan Sri Hasnita kebingungan. Siapakah gadis itu ? Dia tidak pernah dengar nama gadis itu. Ingatkan Clara yang menjadi pilihan Mikael, namun sangkaannya meleset.
" Airis Qaisara ? " soal Puan Sri Hasnita.
" Ya.. Adik Aysar " jelas Mikael.
" Ya Allah, adik Aysar rupanya..mommy tak pernah tahu pun yang Aysar ada adik "
" Dia baru balik dari oversea "
Baru ke? Rasanya dah nak dekat setahun balik. Aiyooo..
" La ye ke.. Jadi korang ni selalu berjumpa and then you guys love to each other? "
Erkk
Sama - sama suka ? Aku je yang suka dia, tapi dia...
Dia suka Fayyadh. Keluh Mikael.
" Mika cintakan dia, mommy " ujar Mikael perlahan. Dia malu sebenarnya. Sebelum ini, tidak pernah dia berbicara mengenai perempuan di hadapan keluarganya. Kalau Aisha tahu, mahu digelaknya nanti.
" Jadi sekarang ni Mika nak mommy dan daddy pinang Airis untuk jadi suri hati la ? " usik Puan Sri Hasnita.
Nasib baik mommy tak tanya lebih - lebih. Lega hati Mikael.
" Erkk..y..ya " ujar Mikael seraya menundukkan kepala.
Puan Sri Hasnita ketawa perlahan melihat kelakuan anak sulungnya itu. Malu - malu kucing konon.
" Mika.. Mika.. Boleh je. Nanti kita bincang dengan daddy " Puan Sri Hasnita memberi kata putus. Beliau meneruskan kerjanya yang tergendala sebentar tadi.
Mikael pula masih duduk di situ. Fikirannya melayang entah ke mana. Dia risau. Risau memikirkan Airis. Bagaimana kalau dia pinang Airis nanti ? Airis akan terima dia ke ? Sekali lagi Mikael mengeluh.
*****
SETELAH diberi green light daripada kedua - dua ibu bapanya, Mikael meminta diri untuk naik ke bilik tidur. Jam sudah menunjukkan pukul 11.24 malam. Perbualan mereka berpanjangan. Sudah lama mereka tidak berbual - bual sebegini. Jika ada Aisha pasti lebih meriah. Namun, Aisha masih berada di luar negara; menyambungkan pelajarannya di sana.
Mikael mengambil keputusan untuk tidur. Dia berhajat untuk bangun pada pukul 3 pagi bagi menunaikan solat sunat. Sebelum tidur, sempat dia membuka laman Instagram miliknya.
Dia membuka laman explore pada instagram.
Scroll down
Dia ternampak gambarnya sendiri lalu ditekan.
YOU ARE READING
Paradise Love
Romance| 1ST ROMANCE | • WINNER OF AMAZING BOOKS AWARDS 2018 • COMPLETED ✓ Affan Mikael ? Siapa yang tidak kenal dengan jejaka terhangat ini. Dia merupakan pewaris lelaki tunggal Patinson Hotel iaitu syarikat perhotelan yang telah lama didirikan sejak zam...