PL | BAB 17 🐬

4.3K 165 26
                                    


Chemistry is about love when two people being together because of connection between them just like proton and electron

PERTEMUAN Airis dan Fayyadh di majlis resepsi Aysar mengundang perasaan cemburu dalam diri Mikael. Mikael hanya mampu berdiam diri sahaja. Dia yang mencintai Airis tetapi Airis ? Mungkin tidak ? Sakit matanya melihat betapa rapatnya Airis dan Fayyadh namun hatinya lebih sakit. Mungkin dia patut berundur diri ? Airis tidak akan pernah nampak kewujudannya apabila berada di sisi Fayyadh. Mereka kelihatan gembira apabila bertemu antara satu sama lain. Mungkin cinta syurga Airis ialah Fayyadh ? Siapa yang tahu kan ?

Selepas majlis resepsi Aysar, Mikael tinggal di rumah Nek Wan selamat dua hari. Tidak perlu dia tinggal di situ lama - lama. Airis pula sering kali meluangkan masa bersama Fayyadh kerana dua orang kawan baiknya telah pulang ke Kuala Lumpur selepas majlis resepsi Aysar. Mereka perlu bekerja keesokan harinya.

Mikael duduk di pangkin sambil menghirup udara segar. Terasa nyaman berada di kampung itu. Malas pula hendak pulang ke Kuala Lumpur esok.

Aysar yang melihat Mikael di pangkin segera menuruni tangga dan menyarungkan selipar. Dia berjalan menuju ke arah Mikael.

" Woitt " Aysar menepuk bahu Mikael.

" Terkejut aku..bagi la salam dulu " rengus Mikael.

" Assalamualaikum " ujar Aysar lalu duduk di sebelah Mikael.

" Waalaikumussalam..ni kenapa datang sini ? Wife tercinta pergi mana ? " perli Mikael. Ya la. Sejak bernikah ni, Aysar dan Melissa selalu berkepit. Dah macam belangkas. Di mana ada Melissa, di situ la Aysar.

" Wife aku tengah tolong kat dapur. Well, Mrs Aysar memang rajin " sempat Aysar memuji isterinya.

" Ermm..ya la.. " balas Mikael pasrah.

" Ni kau ada nampak Airis tak ? Dah pukul 11 ni.. Tak nampak lagi batang hidung dia ni "

" Entah..aku tak tahu " balas Mikael ringkas kemudian memandang sawah padi yang terbentang di hadapannya. Mikael sudah malas untuk mengambil tahu tentang Airis.

" Ni dah kenapa pulak ? Tak kan dah give up kot ? Aku tahu kau sebenarnya cemburu kan ? Airis dengan Fayyadh tu memang rapat pun. Diaorang kawan sejak kecil lagi " ujar Aysar. Dia nampak sebenarnya betapa rapatnya Airis dan Fayyadh ketika di majlis resepsinya semalam.

" Ermm.. Aku faham " ujar Mikael malas.

" So sekarang kau nak putus asa la ? Kau belum mula lagi..tak kan la dah nak give up..sia - sia je la usaha kau " kata Aysar memberi semangat kepada Mikael. Mikael mengeluh.

" Aku..ermm...aku..entah la, aku rasa macam nak berhenti je..Sara.. Fayyadh.. Arghhhh ! I don't know " Mikael menutup mata dan memicit perlahan kepala.

" You can't give up, bro. You chose to be like this. You chose to love her. Just go on. Try to win her heart. Fayyadh is no one. He is not Airis's husband. He is just Airis's bestfriend. Just remember this words, best man win ! " Aysar menepuk bahu Mikael perlahan sebelum bangun untuk meninggalkan Mikael bersendirian. Dia mahu memberi ruang kepada Mikael.

" Kau nak pergi mana ? " jerit Mikael kepada Aysar.

" Aku nak pergi kat Mel kejap " kemudian Aysar masuk ke dalam rumah.

Mikael menggelengkan kepala. Tak boleh nak berpisah langsung. Makin menjadi perangai kau sekarang Aysar.

*****

AIRIS melangkah masuk ke dalam rumah setelah Fayyadh menghantarnya pulang tadi. Sebaik berjalan menuju ke biliknya, dia melihat Mikael sedang duduk sambil menongkat kepala di atas pemegang sofa manakala telefonnya berada di sebelah Mikael. Dia pergi berhampiran Mikael.

Paradise Love Where stories live. Discover now