Chemistry is about love when two people being together because of connection between them just like proton and electronAIRIS mengatur langkah menuju ke pejabatnya untuk mengambil purse miliknya yang tertinggal di sana. Setelah diberikan keizinan daripada kak Linda yang dia dapat ke kafe, dia segera menuju pejabatnya.
Dalam perjalanan ke pejabatnya semula, tiba - tiba Airis terlanggar seorang gadis yang sedang berjalan bertentangannya sambil memegang secawan kopi panas. Tidak semena - mena cawan tersebut jatuh berderai di atas lantai manakala air kopi tersebut terkena pada kulit tangan Airis tetapi gadis yang bernama Hannan itu tidak perasan akan kulit tangan Airis yang agak melecur kerana Airis menyorokkan tangannya. Semua staf berpaling ke arah mereka berdua sebaik sahaja bunyi cawan pecah itu bergema di ruang itu.
Hannan meminta maaf atas kesilapannya yang tidak melihat Airis yang datang dari arah bertentangan dengannya. Hannan segera mengutip serpihan - serpihan cawan itu. Airis tanpa berfikir panjang turut membantu Hannan mengutip serpihan - serpihan cawan tersebut.
Beberapa staf menuju ke arah mereka berdua. Semasa Airis sedang mengutip serpihan - serpihan cawan tersebut tiba - tiba jarinya terkena serpihan tersebut. Airis mengaduh sakit apabila berasa jarinya yang agak pedih. Hannan terkejut apabila melihat jari Airis yang berdarah.
" Airis ! Tangan awak berdarah tu ! " ujar Hannan. Hannan panik apabila melihat jari Airis yang terbelah dan mengeluarkan banyak darah. Airis baru perasan yang jarinya terbelah sikit.
" Patut la pedih semacam je jari. Berdarah rupanya " balas Airis tenang. Hannan segera mengambil first aid yang telah disediakan di hotel itu. Hannan berasa bersalah kerana semua yang terjadi ini berpunca daripadanya. Baru sahaja Hannan ingin membalut jari Airis tiba - tiba suara Mikael menghentikan perbuatannya.
" Kenapa ni ? " soal Mikael. Staf yang lain memberikan laluan kepada Mikael.
" Ya Allah ! " Mikael terkejut dengan apa yang dilihat di hadapannya itu.
Airis dan Hannan berpaling wajah ke arah Mikael sebaik sahaja melihat kelibat CEO mereka itu." Sara, jari kau berdarah tu ! Jom ikut aku pergi hospital " Mikael terkejut melihat jari Airis. Airis menggelengkan kepalanya.
" Is okay Tuan. Sikit je ni. Ni nak sapu iodin la ni. Kejap lagi ok la ni "
" Baik awak ikut Tuan Mikael, Airis. Saya risau la jari awak tu. Kena jahit tu. Bahaya nanti " ujar Hannan menyokong kata - kata Mikael. Serpihan - serpihan tadi telah siap dikemaskan Hannan.
" Tak nak ! Saya tak nak pergi hospital ! Tak boleh ke sapu iodin je ? Perlu ke jahit ? " balas Airis ketakutan. Sejak kecil lagi dia takut dengan jarum. Inikan menjahit. Lagi la dia takut. Tidak dapat bayangkan jarinya yang akan dijahit. Jarum yang masuk dan keluar dari kulitnya. Seram ! Mama ! Adik tak nak !
" Memang kena jahit pun Sara. Kau nak ikut aku atau kau nak aku dukung kau ? Which one you choose ? I prefer the second one " kata Mikael serius. Mikael risau dengan keadaan Airis. Dia terpaksa mengugut Airis, kalau dia tak ugut, Airis pasti tidak akan mendengar katanya.
" Ye la. Saya ikut ! " balas Airis geram. Nak ugut - ugut pulak. Semua staf hanya memandang mereka berdua seakan mereka berada di dalam dunia mereka sendiri tanpa menghiraukan staf yang lain.
" You're Hannan right ? Tolong balut jari Sara sekarang " arah Mikael. Hannan menganggukkan kepalanya lalu membuka kotak first aid dan membalut jari Airis. Hannan gembira apabila Mikael menyebut namanya. Hatinya berbunga - bunga. Siapa je yang tak berbunga bila lelaki pujaan bercakap dengan kita even satu patah perkataan.
YOU ARE READING
Paradise Love
Romance| 1ST ROMANCE | • WINNER OF AMAZING BOOKS AWARDS 2018 • COMPLETED ✓ Affan Mikael ? Siapa yang tidak kenal dengan jejaka terhangat ini. Dia merupakan pewaris lelaki tunggal Patinson Hotel iaitu syarikat perhotelan yang telah lama didirikan sejak zam...