PL | BAB 29 🐬

4.1K 157 4
                                    


Chemistry is about love when two people being together because of connection between them just like proton and electron

" BALIK Faliq, saya tak nak jumpa awak " halau Raiha kepada Faliq. Raiha berada di halaman rumahnya manakala Faliq dan Airis masih berada di luar pagar.

" Please sayang, I'm sorry. Yes, I admit it was fault. Please, I want you. I want the old of us " rayu Faliq. Pagar rumah Raiha dipegang.

" Tolong jangan buat saya macam ni. I'm begging you too to leave me. Leave us " tangan Dania di sebelah dipegang erat. Dania kebingungan. Siapa lelaki ni ?

" Saya-- " belum sempat Faliq mengungkapkan kata itu kerana Airis cepat memintas.

" Dah-dah la tu buat drama kat sini. Penat aku tengok korang ni. Kalau nak bincang, bincang kat dalam la. Kita selesaikan masalah ni hari ni, dekat sini ! " ujar Airis berani dan penuh selamba. Penat dia memerhati tingkah laku suami isteri itu. Malu la sikit dengan anak tu.

" No ! Aku tak nak. Suruh dia balik Airis. Aku tak nak tengok muka dia " Raiha masih berkeras kepala untuk tidak berbincang dengan Faliq.

Peristiwanya dihalau masih segar dalam benak fikirannya. Luka yang lama lembali berdarah apabila melihat wajah lelaki itu.

" Please sayang, I'm begging you "

" Raiha... Cuba dengar cakap aku. It is the best solution "

Raiha melihat wajah Airis kemudian Faliq. Mata suaminya jelas menunjukkan bahawa dia cukup menyesal dengan perlakuannya beberapa tahun yang lalu.

" Ok then. Aku buat benda ni sebab kau eh Airis. Bukan sebab dia ! " jari telunjuk terhala kepada Faliq. Pintu pagar dibuka.

" Masuk la " Airis dan Faliq dipelawa masuk ke dalam rumah.

*****

" Abang menyesal. Abang menyesal sebab tak percayakan Raiha. Abang nak kita bersama semula. Please, sayang " rayu Faliq.

Dia sudah tahu bahawa Chris yang bersalah. Helena iaitu kawan baik Raiha yang memberitahunya. Kebetulan pada waktu itu dia terdengar Chris bercakap dengan John bahawa Chris mahu ke rumah mereka.

Kenapa pula terlalu lama untuknya mencari Raiha ? Dia sudah menggunakan pelbagai alternatif untuk mencari Raiha namun masih tidak dapat menjumpainya sehingga la suatu hari dia pulang ke Malaysia dan tergerak hati untuk melawat rumah anak-anak yatim yang didiami oleh Raiha dulu. Di situ la dia terjumpa Raiha. Namun, Raiha selalu mengelak daripada berjumpanya. Jadi, hari ini dia mengambil keputusan untuk datang sendiri ke rumah Raiha.

Back to the story

Airis yang duduk di sebelah Raiha itu sedikit terkesan dengan rayuan Faliq. Dia sudah tahu cerita sebenar.

Dalam hal ini jelas menunjukkan bahawa semuanya salah Faliq kerana tidak mempercayai isterinya sendiri. Kepercayaan dalam rumah tangga amat penting.

Namun, manusia. Tidak pernah lari daripada membuat kesilapan dan itu adalah kesilapan Faliq.

" Raiha. Jom ke dapur. Aku nak cakap sikit dekat kau " ajak Airis. Dia perlu berbincang dengan Raiha mengenai hal ini.

" Nia sayang, awak duduk dengan papa ya ? " rambut Dania diggosok.

" Papa ? " soal Dania pelik.

Paradise Love Where stories live. Discover now