PL | BAB 14 🐬

4.6K 180 17
                                    


Chemistry is about love when two people being together because of connection between them just like proton and electron

PERASAAN takut mula menyelubungi Airis. Dia cukup terlupa untuk memberi surat cuti kepada Mikael. Sebelum dia ke sini pun, dia lupa yang dia akan balik ke kampung. Baju pun dia sumbat - sumbat je dalam luggage. Inikan surat. Adoiii. Dah la dia kerja kat hotel Mikael baru je 6 bulan. Ni dah buat hal.

" Saya lu..pa..Tuan " perlahan suara Airis. Jantung berdegup kuat tanda dia cukup takut. Macam mana kalau aku kena pecat ? Apa aku nak jawab dengan papa ? Confirm kena marah dengan angah ni. Mati la aku !

" Ermm.. Lupa ? Senang je kau cakap lupa eh ? Kau tak baca ke kertas peraturan yang aku bagi hari tu ? Sesiapa yang melanggar arahan, dia akan dipecat serta - merta. Salah satunya, tak inform kat aku, bila ambik cuti. Kalau aku pecat kau pun ok jugak, boleh ke Airis Qaisara ? " ujar Mikael tegas.

Aku baca la kertas tu tapi ada ke dia cakap kalau tak bagi surat bila bercuti terus kena pecat ? Macam melampau je. Sumpah melampau ! Syarikat papa pun tak macam kau lah ! Kata hati Airis.

" Hoi ! Kau dengar tak aku cakap ni ? Kalau pecat, pun ok gak, kan ? " Mikael mengulangi soalan tadi.

" Pp..pecat ? Tuan tanya kan boleh ke tak ? Saya jawab tak boleh ! " balas Airis.

" Kenapa tak boleh pulak ? " soal Mikael tarik tali.

" Erkk...sebab..ermm.. Tuan tak kesiankan saya ke ? Saya minta maaf eh ? Saya janji saya tak buat dah macam tu. Saya betul - betul lupa. Sorry... Tuan " Airis mengangkat tangan kanan tanda bersumpah dan membuat muka kesian. Semoga dia termakan dengan muka kesian aku ni.

Mikael melihat wajah Airis yang comel itu. Aish kenapa kau muka macam tu Sara ? Kau tak tahu ke aku ni dah suka kau 30%, sekarang dah jadi 60%. Desis hati Mikael.

" Aku boleh maafkan tapi ada syarat "

" Syarat ? " Airis mengerutkan dahi.

" Ye, syarat " balas Mikael.

" Syarat apa ? " soal Airis lagi.

" Bawa aku jalan - jalan kat area ni "

" Jalan - jalan je ? Eleh, kacang hijau je. Bukan setakat kacang hijau, kacang panjang, kacang goreng lah. Mudah je tu " Airis tersenyum lebar. Setakat jalan - jalan, mudah je weyh ! Setelah itu, dia kembali melihat sawah padi yang terbentang di hadapan.

" Tunggu apa lagi, jom la ! " Mikael yang sudah berada 5 langkah jauh dari Airis itu menjerit ke arah Airis.

Airis terkejut dengan laungan itu. Mak aihh, sekarang ke ? Jam tangan dikerling. 10.50 pagi. Awal lagi. Airis segera mengatur langkah ke arah Mikael.

*****

Mereka berdua berjalan beriringan di sekitar sawah padi. Cukup cantik. Kelihatan orang - orang yang terletak elok di tengah sawah padi berfungsi untuk menghalau burung yang akan merosakkan padi. Beberapa penduduk kampung sedang menanam anak padi.

" Cantik kampung ni " suara Mikael memecahkan kesunyian. Airis tersenyum lebar.

" Ermm..cantik. Tenang je. Dengan suasana macam ni, sawah padi yang hijau....cukup menenangkan " ujar Airis.

" Angah kau cakap, atuk kau ada kilang beras, betul ke ? " soal Mikael dan memandang Airis. Airis turut memandang Mikael, kemudian memandang ke arah sawah padi. Mukanya berbahang merah. Malu weyh ! Mikael turut melakukan hal yang sama.

" Ya " jawab Airis sepatah.

" Ni sawah padi atuk kau ke ? " soal Mikael lagi lalu menunjukkan ke arah sawah padi di tepi. Dia cukup berminat untuk mengetahui tentang itu.

Paradise Love Where stories live. Discover now