PL | BAB 47 🐬

5.1K 181 29
                                    


Chemistry is about love when two people being together because of connection between them just like proton and electron

SEPANJANG perjalanan mereka ke rumah, Airis hanya berdiam diri. Dia tidak mahu bercakap dan juga tidak mahu mendengar. Cukup lah tadi dia mendengar sesuatu yang perit. Fakta yang sampai bila-bila pun tidak akan berubah.

Airis memandang langit biru menerusi tingkap kereta. Suara Mikael sedikit pun dia tidak hiraukan. Sengaja dia mengesot badannya mendekati pintu kereta kerana dia tidak mahu berada dekat dengan Mikael.

Memang perkara itu tidak sepatutnya dilakukan oleh sang isteri namun hatinya terlalu sakit. Lebih sakit apabila Mikael ingin menjelaskan perkara tadi kepadanya.

" Sara.. tolong dengar apa yang abang nak cakap ni.. pandang abang " suara Mikael sedikit tegas apabila menyebut ayat yang terakhir itu.

Airis masih tidak berganjak. Statik seperti tadi.

Mikael terus memberi signal ke kiri untuk memberhentikan keretanya di tepi jalan.

" Sara " Mikael menyentuh bahu Airis. Airis menepis sentuhan itu.

" Pandang abang " Mikael memegang bahu Airis dan memusingkan badan kecil itu agar memandangnya.

Mikael menarik nafas panjang dan menghembuskannya.

" Ya, abang mengaku. Memang betul apa yang Fayyadh cakap tu. Abang hanya -- "

" Stop " Airis mengangkat tangan kanan supaya Mikael menghentikan kata-katanya.

" Saya tak nak dengar apa-apa. Keep driving. Hantar saya balik rumah awak atau hantar saya balik rumah mama papa. You've finished your words, so please " Airis tidak lagi memandang ke tepi sebaliknya dia memandang ke hadapan. Pandangan itu sungguh tajam seperti mahu menembusi cermin kereta.

Perit untuknya menelan apa yang dikatakan Mikael itu. Dia tahu sepatutnya dia mendengar kata-kata Mikael itu sehingga habis tetapi dia tidak sanggup. Mungkin kebenaran yang bakal dikatakan itu lebih perit berbanding apa yang dikatakan oleh Fayyadh di hospital tadi.

Mikael pula terkaku. Airis tidak lagi bahasakan dirinya sebagai Sara malah panggilan untuknya juga sudah berubah. Marah sungguh Airis kepadanya.

Malas untuk bertengkar di dalam kereta, Mikael menyambung pemanduannya ke rumah mereka. Dia tidak mahu keluarga Airis tahu bahawa mereka ada masalah.

Tadi pun Aysar dan Izmeer sudah mengesyakinya. Nasib baik, Airis hanya beriak biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku. Fayyadh pula hanya menayangkan wajah yang tidak bersalah. Ingin sahaja dia menumbuk lelaki itu hingga lunyai.

*****

" Sara memang tak nak cakap dengan abang ke ni ? " soal Mikael sambil menongkatkan dagunya di atas bar kaunter.

Dari tadi dia melihat Airis ke bergerak ke sana ke sini hanya kerana ingin menyediakan makan malam buat mereka. Walaupun Airis marah terhadapnya tetapi tanggungjawabnya sebagai isteri tidak dilupakan.

" Sayang "

Masih sama. Tiada suara yang menyahut.

" Okay then " Mikael turun dari kerusi lalu menuju ke ruang tamu.

Airis memandang pemergian suaminya itu dengan lirikan mata. Sekejap sahaja sebelum dia kembali menyambung aktivitinya yang terhenti tadi.

*****

" Ceraikan saya. Saya dah tak sanggup tinggal dengan awak. Awak hanya berpura-pura cintakan saya. Dalam tak sedar, saya diperbodohkan oleh orang bodoh seperti awak. Let me go. " setitik demi setitik air mata jatuh ke pipi. Hidung sudah kemerahan akibat menangis.

Paradise Love Where stories live. Discover now