Chemistry is about love when two people being together because of connection between them just like proton and electronKELIBAT isterinya dicari. Selesai sahaja solat Subuh berjemaah tadi, Mikael terus merebahkan badannya di atas katil. Penat semalam masih belum hilang. Bila dia bangun, partner tidurnya sudah tiada.
" Sara ? "
Dia masuk ke bilik air untuk membasuh muka dan menggosok gigi terlebih dahulu. Sebaik sahaja dia keluar bilik, bau sesuatu menusuk ke hidungnya. Bunyi suara-suara dari dapur membuatkan dia turut ke sana.
" Ha, bangkit dah pon. Mai makan sekali " kata Opah Yah seraya melabuhkan punggung di atas kerusi.
Airis pula menyusun pinggan di atas meja manakala Aisha sibuk dengan telefonnya. Dari tadi lagi tersenyum-senyum.
" Jom abang makan " Airis menarik kerusi supaya suaminya itu duduk di situ.
Mikael akur lalu duduk di atas kerusi bersebelahan Airis.
" Aisha ! " panggil Mikael. Aisha terus memandang abangnya itu.
" Off the phone " Aisha termalu sendiri. Segera telefon ditutup dan dimasukkan ke dalam kocek seluar.
Airis mencedokkan nasi ke dalam pinggan Mikael. Air teh juga dituang ke dalam cawan. Mikael kurang gemar minum kopi. Katanya kopi ada kafein yang tidak bagus untuk kesihatan. Minum kadang-kadang boleh la. Tapi untuk jadi tabiat tu, tidak.
" Ni bini hang yang masak "
" Betul ke sayang ? Patut la sedap je " puji Mikael.
" Eh, opah la yang masak. Sara tolong sikit-sikit je " Airis tersengeh.
" Tak pe. Tolong pun dah kira memasak jugak. Tak macam orang tu, main telefon je kerja dia " masih sempat Mikael menyindir Aisha.
Aisha mengecilkan mata sambil memandang ke arah Mikael.
" Aisha tolong la ! Kan opah ? " Aisha memandang Opah Yah untuk meminta Opah Yah back up dia.
" Hang tolong apa dia ? Dari tadi dok main telefon ja " ujar Opah Yah selamba.
Airis dan Mikael ketawa apabila Opah Yah berkata selamba. Aisha pula memuncungkan mulutnya. Merajuk !
" Makan. Tak payah nak merajuk sangat. Bukannya lawa pun " ujar Mikael lalu memasukkan nasi ke dalam mulut.
Aisha menjeling abangnya tajam.
" Jangan risau, Aisha lawa. Tak payah dengar cakap abang awak ni. Dah, makan " ujar Airis untuk melembutkan hati Aisha yang sedang membara itu.
Aisha tersenyum manis kepada kakak iparnya.
Kak Airis is the best !
Jelingan tajam sekali lagi diberikan kepada Mikael. Mata dijegil sedikit.
Abang isn't the best !
*****
" Sayang, jom keluar " ajak Mikael.
Tubuh kecil milik Airis dipeluk dari belakang. Terbantut seketika aktiviti membasuh pinggan akibat terkejut. Namun, beberapa saat kemudian dia kembali membasuh pinggan.
Mikael pula melabuhkan wajahnya di bahu Airis.
" Sayang..dengar tak ni ? Jom la keluar " ajak Mikael sekali lagi apabila Airis tidak memberi sebarang jawapan.
" Sara dengar la abang. Jangan la buat macam ni. Malu la kalau opah atau Aisha tengok nanti "
" Ala..sekali-sekala bermanja dengan isteri. Bukannya salah pun. Opah dengan Aisha faham punya la " ujar Mikael selamba walaupun dia sedikit tergugat sekiranya Opah Yah dengan Aisha melihat keadaan mereka yang sedang berpelukan ini. Eh-eh bukan mereka tetapi Mikael yang sedang memeluk Airis.
YOU ARE READING
Paradise Love
Romans| 1ST ROMANCE | • WINNER OF AMAZING BOOKS AWARDS 2018 • COMPLETED ✓ Affan Mikael ? Siapa yang tidak kenal dengan jejaka terhangat ini. Dia merupakan pewaris lelaki tunggal Patinson Hotel iaitu syarikat perhotelan yang telah lama didirikan sejak zam...