PL | BAB 22 🐬

4.2K 155 13
                                    


Chemistry is about love when two people being together because of connection between them just like proton and electron

FIKIRAN Airis melayang entah ke mana. Runsing apabila memikirkan pinangan seseorang terhadapnya. Kata-kata daripada papanya tempoh hari sering bermain di kotak fikirannya.

What should I do ? Should I ignore like nothing happen ? Monolog Airis.

Malas untuk berfikir. Airis terus membuka fail yang berada di hadapannya itu.

Tiba-tiba ada ketukan kedengaran di gegendang telinga Airis.

" Masuk la " ujar Airis.

Pintu dibuka. Wajah Linda terpampang di sebalik pintu itu.

" La..akak rupanya. Ada apa akak datang sini ? " soal Airis lembut.

" Akak nak Airis recheck fail ni lepastu bagi kat akak balik..boleh ? " Linda menghulurkan fail hitam di tangannya kepada Airis.

" Boleh kak..fail ni akak nak cepat ke ? " Airis menyambut huluran itu.

" Tak la..nanti Airis dah nak balik, Airis singgah la office akak. Senang "

" Ok la kalau macam tu "

" Akak pergi dulu "

" Baik kak " Linda tersenyum manis sebelum keluar dari office Airis.

*****

Waktu bekerja sudah tamat. Airis mengemas barang-barang di atas meja kerja. Laptop di hadapan pula disimpan di dalam beg. Setelah itu dia menyangkut beg laptop di bahu kiri manakala sling bag disangkut pada bahu kanan.

Sebelum keluar, dia menutup lampu serta aircond bagi memastikan tidak berlaku pembaziran elektrik.

Dia mengatur langkah menuju ke office Linda.

Pintu yang berkaca itu diketuk.

" Masuk la " ujar Linda dari dalam.

Airis masuk ke dalam setelah diberi keizinan. Dia melihat Linda masih duduk di atas kerusi sambil menghadap laptop di hadapan.

" Ni fail yang akak nak tu " Airis menghulurkan fail itu kepada Linda.

" Terima kasih Airis " ucap Linda.

" Banyak lagi ke kerja kak ? Dah pukul 5.30 petang ni " Airis melihat waktu pada jam tangannya. Waktu pulang adalah pada jam 5 petang.

" Sikit je lagi ni.. Kejap lagi akak balik la "

" Kalau macam tu, Airis teman akak la..Risau pulak kalau duduk sorang-sorang "

" Eh, tak apa ke ? "

" Tak apa "

" Kalau macam tu, duduk la " mata Linda terarah pada kerusi di hadapannya.

Airis pula duduk. Penat juga berdiri dari tadi.

Dia mengeluarkan iPhone 7 miliknya lalu ditekan aplikasi Whatsapp untuk memaklumkan kepada mamanya bahawa dia akan pulang agak lewat bagi menemani Linda.

Paradise Love Where stories live. Discover now