PL | BAB 16 🐬

4.2K 167 1
                                    


Chemistry is about love when two people being together because of connection between them just like proton and electron

MAJLIS resepsi diadakan dengan penuh gilang - gemilang di Hotel Perdana. Ramai orang yang hadir ke majlis Aysar dan Melissa bagi turut meraikan perkahwinan mereka. Yang turut hadir bersama ialah kawan - kawan sekerja mereka.

Aysar segak dalam tuxedo biru manakala Melissa pula mengenakan gaun biru yang penuh dengan diamond pada gaunnya tetapi warna biru yang jauh lebih muda daripada Aysar. Kata Aysar, warna pilihan Melissa itu tidak sesuai dengannya. Hilang machonya nanti apabila memakai tuxedo yang sedondon dengan Melissa. Namun apakan daya, dua - dua keras kepala. Masing - masing tidak mahu mengalah. Akhirnya mereka memakai baju pilihan masing - masing tetapi masih bertemakan warna biru. Nanti apa pula orang kata jika mereka memakai warna yang berlainan. Perangai tak ubah seperti kanak - kanak padahal kedua - duanya dah tua bangka.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Stewardess yang selalu menginginkan perhatian daripada Aysar turut hadir

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Stewardess yang selalu menginginkan perhatian daripada Aysar turut hadir. Mereka dijemput oleh Aysar untuk menghadiri majlis tersebut. Jelas wajah mereka menunjukkan bahawa mereka terkejut apabila melihat wajah pengantin perempuan. Amat berbeza dengan wajah yang mereka jumpa ketika di lapangan terbang beberapa bulan yang lalu.

Mereka berdua yang dikenali sebagai raja sehari pada masa itu sedang duduk di atas pelamin dengan penuh sopan. Ramai saudara - mara yang datang berhampiran mereka untuk sesi menepung tawar.

Airis duduk bersama keluarganya di meja VIP. Mikael juga berada satu meja dengan Airis atas arahan Aysar. Airis berpaling ke belakang untuk melihat keadaan dewan yang dipenuhi oleh orang ramai, tiba - tiba dia ternampak tubuh yang amat dikenalinya melangkah masuk ke dalam dewan. Dia mengecilkan matanya menginginkan kepastian sama ada betul atau tidak wajah itu.

Ya

Tidak sah lagi

Memang lelaki itu

Dia berpaling semula ke depan. Perlahan - lahan bibirnya mengukirkan senyuman yang agak lebar. Jantung turut berdegup. Namun masih dalam kawalan. Dia pun tidak tahu mengapa. Perasaannya terhadap lelaki tersebut masih sama seperti dulu. Masih ada sekelumit cinta jauh di sudut hatinya. Namun, dia tidak meluahkannya. Dia takut jika ditolak.

Paradise Love Where stories live. Discover now