Chemistry is about love when two people being together because of connection between them just like proton and electron
_____PLAY THE MEDIA
_____MIKAEL bergegas menuju ke alamat yang diberikan oleh Hilman. Turut menemaninya ialah Izmeer dan Aysar. Baru sahaja tadi dia mendapat satu mesej daripada Hilman bahawa dia sudah dapat mengesan di mana keberadaan kereta itu.
Mikael juga menyuruh Hilman untuk memberitahu pihak polis tentang hal tersebut. Risau juga perkara buruk bakal berlaku. Lebih baik sediakan payung sebelum hujan.
Mereka bertiga akhirnya tiba di kawasan itu. Mikael yang menjadi pemandu memarkir kereta miliknya jauh daripada kawasan itu supaya kehadiran mereka tidak dapat dihidu oleh penculik itu.
Sebelum mereka keluar daripada kereta, mereka telah mengatur strategi terlebih dahulu bagi memastikan rancangan mereka berhasil.
Rumah yang agak usang itu menjadi perhatian mereka bertiga. Semak- samun menghiasi di persekitaran rumah.
Mikael berjalan melalui semak samun itu tanpa sedikit gentar pun. Matlamatnya sekarang ini adalah untuk menyelamatkan jantung hatinya yang menjadi mangsa penculikan.
Kelihatan dari jauh seorang lelaki sedang menjaga pintu masuk. Dia tiada pilihan lain selain bersemuka dengan lelaki itu. Sudah tiada jalan lain untuk masuk ke dalam.
PART NI KORANG BOLEH BAYANG JI CHANG WOOK DALAM THE K2 AS AFFAN MIKAEL 😂
" Woi ! " lelaki itu memandang Mikael. Dia segera menuju ke arah Mikael.
Satu laras pistol dikeluarkan oleh lelaki itu lalu dihalakan kepada Mikael. Dia melepaskan das tembakan kepada Mikael namun sempat Mikael mengelakkan diri daripada ditembak.
Izmeer dan Aysar yang mendengar bunyi das tembakan itu segera berlari menuju ke arah bunyi itu. Mereka melihat Mikael sedang bergelut dengan lelaki.
*****
BANG
Kedengaran bunyi das tembakan tadi menyapa gegendang telinga Airis.
Bu..bunyi apa tu ? Jantung tidak henti-henti berdebar.
Haris dan seorang lelaki masuk ke dalam bilik yang menempatkan Airis itu.
" Kau bawak Airis keluar dari tempat ni " arah Haris kepada lelaki yang memakai cap itu.
Lelaki itu mengangguk tanda mengerti. Kemudian Haris keluar dari bilik itu untuk menguruskan kekecohan di luar.
" No ! Kau nak buat apa ni ? Jangan sentuh aku ! " Airis menjerit kuat. Lelaki itu tidak menghiraukan Airis malah dia menutup mulut Airis dengan selotip.
" Bising aje mulut kau ni ! " setelah itu, dia mengangkat Airis lalu diletakkan di atas bahu. Lagipun, berat Airis hanya 47 kg. Mudah untuknya melakukan hal itu. Airis menggelepar namun masih tidak dipedulikan oleh lelaki itu.
Setakat perempuan, heh ! Tak affect sikit pun la !
*****
Mikael menyepak badan lelaki itu. Pistol di tangan lelaki yang berbaju merah itu jatuh di atas tanah.
Izmeer dan Aysar segera menghampiri Mikael. Izmeer mengambil pistol yang terjatuh itu lalu diselitkan ke belakang seluar tanpa sedikit rasa gentar pun. Lagipun, ketika dia kecil, dia telah mengambil kelas menembak.
YOU ARE READING
Paradise Love
Romance| 1ST ROMANCE | • WINNER OF AMAZING BOOKS AWARDS 2018 • COMPLETED ✓ Affan Mikael ? Siapa yang tidak kenal dengan jejaka terhangat ini. Dia merupakan pewaris lelaki tunggal Patinson Hotel iaitu syarikat perhotelan yang telah lama didirikan sejak zam...