Mikhail mendekati Ixora yang sedang memasak. Kuah untuk spaghetti hampir siap! Boleh lah makan malam.
"Kau pernah kena ugut ke?" Soal Mikhail.
"Ugut? Tak pernah pula." Ixora meletakkan kuah di dalam mangkuk.
Spaghetti bolognese di letakkan di atas meja. "Makan ni. Jangan sampai sejuk baru nak makan." Ixora pergi ke tandas.
"Kau nak pergi mana?" Soal Mikhail.
"Toilet. Kenapa?"
"Jangan lama-lama."
Ixora mengerutkan dahi nya. Pelik. Dia pikir aku ni isteri dia?
Selang beberapa minit, dia Ixora melihat Mikhail hanya melihat spaghetti itu saja.
"Tak makan lagi?"
"Tunggu kau." Ixora mengerutkan dahi nya. Pelik nya. Tak pernah pun macam ni. Dia mencebik lalu duduk di hadapan Mikhail.
"Makan lah. Saya tunggu awak." Ixora hanya memandang Mikhail.
Mikhail baru makan. Ixora tersenyum sinis. Sejak bila jadi manja lelaki ni?
💞💞💞💞💞
Pintu bilik Mikhail di bukan sedikit. Segala ubat dia bawa untuk membersihkan luka lagi. Kelihatan Mikhail sudah pun tidur. Risau pula dia terjaga. Tapi, kena bersihkan juga luka itu, kalau tak busuk luka nya.
Perlahan-lahan dia mendekati Mikhail. Dia duduk bersila di sebelah Mikhail yang lena tidur.
Butang baju Mikhail di buka satu persatu. Dengan perlahan, dia membuka balutan itu. Kelihatan luka pada jahitan itu hampir membusuk kerana lama tidak dicuci.
Perlahan-lahan dia membersihkan luka dengan ubat yang dia miliki. Agak menggeletar sedikit apabila melihat kerutan dahi pada Mikhail. Mungkin menahan sakit pada luka ni.
Beberapa minit saja, Ixora sudah pun selesai membersihkan luka lelaki itu. Dia membalut luka itu perlahan. Tangan tersentuh pada perut Mikhail yang agak berotot. Boleh tahan seksi juga Mikhail ni, dari segi fizikal nya. Ada rupa macam Mr.Charming di dalam filem.
"Siap!" Ucap Ixora dengan perlahan.
Tangan nya tiba-tiba direntap. Ixora menutup mulut nya daripada menjerit. Dia terkejut apabila diri nya sudah berada dalam dakapan nya. Uish!!! Apa ni!?
"Mama, Mika rindu mama." Mikhail mengigau.
Ixora tersentak. Mama? Hati nya agak nya tersentuh apabila mendengar Mikhail menyebut mama. Ya, dia pun rindukan mama nya. Badan nya yang mengeras, menjadi normal. Ixora mengalihkan kedudukan nya, kini Ixora kelas melihat wajah Mikhail ketika tidur.
Handsome! Tidur pun handsome, blur pun handsome, senyum... lagi lah plus handsome dan macho. Memang betul macam Mr. Charming di istana seperti di filem. Putera Raja lah kira nya.
Cuma, ada sejemput janggut dan misai pada wajah lelaki ni. Haish! Wake up Ixora. Kau ni dah kenapa? Takkan dah suka dekat lelaki yang kau tak kenal? Entah dari mana lelaki ni, dia pun tak tahu. Perisik yang sangat dicurigai. Penjenayah yang dikehendaki. Konon nya!
YOU ARE READING
The King Of Aarayan (Completed)
RomantikGenre : Romance, Action Published : Kehidupan Ixora Yasmin hanya biasa-biasa saja. Bukan seperti cerita-cerita di dalam novel mahu pun drama. Bukan lelaki kaya seperti di dalam cerita novel. Ixora Yasmin hidup bersendirian sejak sekolah menengah. T...