Semua pakaian di lihat lama. Membeli-belah mengambil masa 4 jam hanya untuk memilih pakaian dan kasut. Lama lah juga mereka terperap dalam shopping mall.
Ixora mengambil baju yang sangat dia tidak suka. Kalau boleh, rasa nak buang je baju ni. Sumpah dia menyesal main rembat je baju ni. Kena sorok ni.
Ixora pergi ke laci untuk menyorokkan baju seksi ni. Sedang dia menyorokkan sesuatu, sesuatu telah jatuh ke lantai.
Buku yang dia pernah lihat bersama album beberapa bulan yang lepas. Tanpa rasa malu, Ixora terus mengambil buku tersebut lalu dibuka. Alangkah terkejut nya apabila melihat Mikhail bersama perempuan itu. Mikhail yang sedang mendukung perempuan itu ala bridal style membuatkan Ixora kelu.
Gambar ni jelas menunjukkan Mikhail sangat bahagia bersama perempuan itu. Sedikit sebanyak membuatkan Ixora berasa cemburu. Kenapa Mikhail lain sangat dengan situasi dia sekarang ni? Bukan seperti gambar ni.
Kertas di selak untuk melihat halaman yang seterusnya. Ia nya sebuah luahan hati daripada si penulis. Sebuah diary daripada dua orang insan. Maknanya, Mikhail dan perempuan itu menulis segala luahan di buku ni. Luahan cinta mereka.
Medina Elfina,
10/02/13Pertama kali saya berjumpa dengan awak, saya masih teringat kita bergaduh besar. Hanya sebab nak order makanan je. Takut makanan habis. Hehehe. Tapi sejak dari itu, kita seperti ditakdirkan berjumpa. Tak kira masa dan tempat, pasti kita akan bertemu.
Dari situ saya mula berfikir bahawa awak adalah jodoh saya yang selama ini saya cari dalam hidup saya. Dari situ, saya dan awak berdamai. Dan hari-hari yang selanjutnya, sikap dan perangai awak buat saya terasa saya adalah perempuan yang bertuah mengenali awak.
Mikhail 💖
Ixora tetap meneruskan baca nya walaupun hati nya seperti ditusuk dengan pedang. Sakit sangat!
Mikhail Afzani,
12/02/13Saat awak tersenyum, hati saya turut gembira apabila saya adalah penyebab awak sering tersenyum. Senyuman awak, sangat menawan hati saya sehingga dibayangi oleh mimpi.
Suara awak cukup membuatkan saya tenang, segala gelak tawa awak. Saya perhatikan saja awak selama ni.
Medina Elfina 💞
Ixora membaca halaman seterusnya. Setiap diary ni, mereka akan tulis selang dua hari selepas itu. Dia tetap tekun membaca sehingga ke hari pernikahan antara perempuan tersebut dengan Mikhail. Diary itu tetap ditulis oleh mereka, namun tarikh tersebut sudah jarak beberapa minggu baru perempuan itu akan membalas jawapan Mikhail pada buku ini.
Dia terus menyelak. Setelah Mikhail menerima buku tersebut. Perempuan ada menulis sesuatu sehari sebelum mereka diijabkabulkan.
"Tinggalkan saya dan jangan cari saya lagi. Sebab saya tak cintakan awak"
Satu ayat itu cukup Ixora memahami semua nya. Benarkah perempuan itu tidak mencintai Mikhail. Jadi, diary yang perempuan itu tulis selama ini, apa? Bukankah mereka sudah cinta mati?
Ixora menyelak sekali lagi halaman yang seterusnya.
Mencari cinta sejati bukan mudah. Tapi ternyata dia telah mempermainkan perasaan aku. Cinta tidak mengenal kaca dan permata dan aku adalah mangsa nya.
YOU ARE READING
The King Of Aarayan (Completed)
RomanceGenre : Romance, Action Published : Kehidupan Ixora Yasmin hanya biasa-biasa saja. Bukan seperti cerita-cerita di dalam novel mahu pun drama. Bukan lelaki kaya seperti di dalam cerita novel. Ixora Yasmin hidup bersendirian sejak sekolah menengah. T...