Hubungan kami semakin renggang sejak kejadian malam kelmarin. Mood Mikhail makin tidak menentu saat Ixora ingin berbicara dengannya.
Sehingga kan Ixora rasa nak nangis je saat itu. Terasa hampa apabila Mikhail tidak memperdulikan nya seperti dulu. Lelaki itu lebih banyak mendiamkan diri daripada berbicara.
Hari ni mereka naik pesawat peribadi untuk pulang ke Aarayan. Buat pertama kali Ixora kagum melihat pesawat peribadi. Sangat besar. Ye lah, dia pergi Czech Republic dalam keadaan pengsan. Bangun-bangun je dah ada dekat Czech Republic.
Ixora duduk sambil memandang tingkap pesawat tersebut. Bosan. Janna sudah selamat tidur dah. Perjalanan mereka mengambil masa 8 jam untuk sampai ke Aarayan, jadi Ixora sangat lah bosan sebab tiada apa-apa yang dia hendak lakukan.
Dia hanya melihat Mikhail sedang berbicara dengan beberapa orang yang memakai suit hitam dan berkaca mata hitam seperti bodyguard. Ixora mengeluh.
Dia masih teringat kata-kata Mikhail yang bermain di fikiran nya.
"Abang rasa tak mampu untuk bahagiakan Min."
"Why?" Soal Ixora.
"Sebab abang rasa...
"Kalau kau tak buang perasaan kau masih cintakan kekasih lama, baik tak payah. Sebab mungkin cinta aku bukan untuk aku." Terus terang Ixora walau pun hati nya sakit.
Mikhail senyum sinis. Perempuan ini ego nya sangat lah tinggi. Bagaimana dia nak atasi nya. Dia mendekati Ixora selangkah demi selangkah sehingga Ixora terperangkap di antara dinding dan lengan Mikhail.
"Kalau Min tak turun ego Min....sampai bila hati abang nak terima Min? Mungkin betul lah, Min nak balik Aarayan sebab tak nak ikut syarat-syarat abang. Tapi abang okay je." Mikhail membuat fake smile. Walhal hanya Tuhan saja yang tahu.
Ixora terus tergamam.
"Look at me." Mikhail bersuara
Lambat-lambat Ixora menatap wajah Mikhail. Dia tak kuat apabila memandang wajah Mikhail apatah lagi merenung anak mata hazel milik Mikhail.
"Do you remember our rules?" Soal Mikhail.
Ixora hanya mengangguk.
"Did you still remember your reward?" Soal lagi Mikhail.
Ixora angguk lagi.
Mikhail menyeluk poket dan mengeluarkan sebuah kunci seperti nya kunci rumah. Tapi siapa punya? Ixora mengerutkan dahi nya. Kunci tersebut di tayangkan di depan mata Ixora.
"Your house." Ujar Mikhail.
Ixora pelik. Kenapa your? Kenapa bukan our?
"Take it!"
"Why?"
"Because, bila kita sudah tiada keserasian dan bukan jodoh yang panjang, abang nak hadiahkan Villa Phoenix dekat Min. Ni Villa yang abang suka. Harap Min terima." Ixora sebak. Kenapa? Kenapa asyik cakap pasal ni! Dia benci bila Mikhail membangkitkan isu ni.
"Second reward, tapi benda ni bukan reward sebenarnya. Tapi lebih kepada wish! I want you kiss me , untuk kali terakhir." Ucap Mikhail dengan sebuah senyuman.
Ixora sebak. Tapi air mata ditahan. Why! Why! It's not fair. I hate you! "Aku tak! Aku tak nak cium kau! Aku tak nak Villa kau!" Ixora menolak tubuh Mikhail dengan kuat sehingga Mikhail terdorong ke belakang.
YOU ARE READING
The King Of Aarayan (Completed)
RomanceGenre : Romance, Action Published : Kehidupan Ixora Yasmin hanya biasa-biasa saja. Bukan seperti cerita-cerita di dalam novel mahu pun drama. Bukan lelaki kaya seperti di dalam cerita novel. Ixora Yasmin hidup bersendirian sejak sekolah menengah. T...