Bab 24

21.4K 1.1K 69
                                    

Mata nya dibuka perlahan. Sinaran matahari menganggu nya untuk terus tidur. Ixora mengerutkan dahi nya kerana satu malam dia menangis tanpa henti mengenang nasib nya.

Ixora melihat sekeliling, dia berada di atas katil milik Mikhail. Pasti lelaki itu yang membawa nya ke sini. Dia melihat kaki nya sudah siap dibalut dengan bandage. Dia cuba mengingati kejadian malam semalam.

Ouh ... dia tertidur di atas kerusi berdekatan dengan kolam renang. Pasti nya lelaki itu yang membawa nya ke sini.

Ixora terus bangun untuk keluar daripada bilik lelaki itu. Tidak betah untuk terus berada di situ. Dia tidak layak. Sama sekali tidak layak.

Pintu bilik di buka, namun tubuh sasa berdiri di hadapan pintu sambil memegang dulang yang berisi makanan dan minuman untuk sarapan pagi.

"Min nak pergi mana?" Soal Mikhail.

Ixora tersenyum sinis. "Kau tak payah sibuk la."

Agak tersentak sebenarnya apabila panggilan 'awak-saya' sudah hilang di lidah Ixora yang bertukar kepada 'aku-kau'.

"Tapi Min kena breakfast dulu. Kaki Min tu masih sakit lagi." Tegah Mikhail. Dia cuba untuk mencairkan hati isteri nya kembali seperti dulu.

Ixora memutarkan biji bola mata nya. "Aku tak nak. Buang lah."

"Min, please... abang mohon tolong dengar apa yang abang nak explain." Mikhail cuba untuk membuka langkah perdamaian.

Ixora berpaling menghadap Mikhail sambil bercekak pinggang. "Kau nak explain apa lagi? Sudah terang lagi bersuluh, yang kau... tak...cintakan...aku!!!" Ixora menahan nada sebak nya. Dia tidak fikir ini cara dia layan suami nya, tapi bila hati sudah tawar untuk menerima cinta yang di buang tanpa di capai, diri nya tidak sudah untuk melihat wajah Mikhail.

"Min, kenapa? Min bukan macam ni. Tolong bagi abang masa untuk explain semua nya." Mikhail merayu. Dia rela melutut, cium kaki Ixora semata-mata untuk penjelasan saja.

Ixora terus menyilangkan tangan nya. "2 minutes only."

"Okay... I'll explain start A till Z."

"Time is running. Tik tok tik tok." Ixora sudah muak dengan penjelasan Mikhail.

"Min, tolong... Abang ssebenarnya ...

"Time up!" Ixora terus pergi meninggalkan Mikhail yang masih terpinga-pinga.

Mikhail meraup muka nya. Susah sangat ke Min nak terima kenyataan semua tu? Kenapa susah sangat nak menangi hati Min? Kenapa Min dah tak macam dulu lagi? Kenapa? Abang rindukan Min yang dulu. Seorang yang pemalu dan gagap apabila berhadapan dengannya. Tapi semua nya berubah kerana dia sendiri.

🔹🔹🔹🔹🔹

Baju kemeja besar berwarna putih dipakai oleh Ixora. Butang atas dibuka, terdedah sedikit leher putih jinjang. Seluar pendek paras peha dipakai. Jelas sekali kelihatan sangat seksi. Rambut nya di sanggul messy bun.

Ixora pergi ke ruang keluarga. Hari ini dia sangat malas untuk menukar pakaian formal. Tak tahu kenapa, dia lebih selesa menjadi diri nya yang dulu sebelum berkahwin dengan lelaki itu.

Tengku Farisha yang melihat perubahan Ixora, terus ternganga mulut nya. "What tha? This is your?" Soal Tengku Farisha.

"Hehehe... Min yang dulu, macam ni." Selamba saja Ixora duduk sambil bersilang kaki.

"Kau ni seksi juga ye?" Tengku Farisha senyum. Serius memang seksi, patut la Min minta cerai, Mika tak izinkan. Walaupun Min seorang yang pemalu, tapi tubuh badan nya jelas mudah menarik perhatian semua jejaka yang berada diluar sana.

The King Of Aarayan (Completed)Where stories live. Discover now