Bab 2

31.6K 1.6K 21
                                    

        Ixora pulang ke rumah dengan keadan yang sangat penat. Hari yang sangat memenatkan bagi nya kerana seharian duduk di dalam bilik bedah. Pesakit kanser payu dara. 4 jam juga dia perlu menghidu bau darah.

      Bagi nya dia sudah sebati dengan darah manusia. Berubahlah realiti kehidupan Ixora.

     Esok adalah hujung minggu. Pengarah memberi nya cuti untuk rehat. Sebelum ni, dia bekerja tanpa henti. Walaupun hujung minggu.

      Deringan telefon pintar nya menganggu ketenangan Ixora. Nama Edward terpampang di kaca skrin telefon pintar nya.

      "Apa dia nak? Tak cukup ke aku tengking dia, marah dia beberapa hari yang lalu? Tak serik lagi mamat psiko ni." Dia hanya membiarkan telefon pintar nya berdering lama. Hampir 10 minit juga berdering dan akhirnya senyap.

     Ixora tersenyum sinis. Lemah! Lelaki lemah apabila bertentangan mata dengan perempuan. Mata keranjang!

      Hampir seminggu juga Ixora asyik menghamburkan kata-kata kesat kepada lelaki psiko tu. Dia tidak akan mudah terpedaya dengan kata-kata dan janji-janji manis lelaki. Takut nanti makan hati. Ixora lebih selesa hidup bersendirian daripada berpasangan.

      Ikatan rambut dirungkaikan. Butang baju kemeja putih dibuka. Dia masuk ke dalam bilik untuk membersihkan diri nya.

💞💞💞💞💞

       Tangan nya menggengam sesuatu. Mikhail memandang bodyguard di sebelah kanan kiri nya.

      Otak nya ligat memikirkan cara untuk melepaskan diri nya daripada pengawasan anak buah Tan Sri Tengku Hafidz.

      Untuk seketika dia melihat gambar yang dia berikan oleh Pak cik nya. Siapa perempuan ni? Kenapa Tan Sri Tengku Hafidz nak perempuan ni? Apa kaitannya?

     "Tuan muda, makan dulu. Kejap lagi kita akan pergi ke suatu tempat." Ujar bodyguard bernama Aliff.

        Mikhail hanya mengangguk. Kereta berhenti di sebuah restoren Pak Din. Mikhail hanya membuntuti mereka daripada belakang seperti penjenayah.

     Mereka yang duduk di restoren itu hanya memerhatikan Mikhail bersama 4 orang bodyguard serba hitam.

      "Bro, aku nak pergi tandas kejap." Ucap Mikhail.

      Mereka hanya mengangguk. Apabila Mikhail hilang daripada pandangan mereka. Fiq menyuruh konco-konco nya memerhatikan Mikhail.

      

TANGAN di tadah, air hujan menyentuh pada kulit nya sedikit demi sedikit. Ixora duduk sambil memeluk kedua lutut nya. Dia Hanya berpakaian baju putih dan seluar paras peha. Itu adalah pakaian nya apabila di rumah. Normal lah bagi nya sebab tiada sesiapa di rumah nya. Jadi dia bebas berpakaian apa-apa saja.

         "Mama, papa... kalau mama dengan papa masih hidup, Min nak bagi sesuatu dekat mama papa. Min nak bagi kejayaan Min pada mama papa." Ucap Ixora sambil bermain air di tangan nya.

        Ixora mengeluh lemah. Dia bangun daripada tempat duduk nya lalu masuk ke dalam.rumah apabila badan nya mula rasa kesejukan di luar rumah.

       Kayu api di letakkan pada unggun api apabila api tidak berbara dengan kuat. Ixora duduk di kerusi sambil menyelimutkan diri dengan comforter.

The King Of Aarayan (Completed)Where stories live. Discover now