I K O N - J U S T F O R Y O U
Let's play the music while you're enjoy this story.
Btw, sis suka lagu ni. Suka sangat. Lirik nya suka. Orang nya pun sis minat. Hehehehehe...
Pintu bilik air dibuka, dia baru saja selesai membersihkan diri setelah penat lelah berjalan sana sini di Czech Republic bersama Mikhail dan Janna.
Ixora memakai kemeja milik Mikhail kerana baju nya sudah habis. Takkan nak pakai lingerie sexy tu? Aish, tak nak aku!
Dia mendekati Mikhail yang sedang baring di atas tilam. Mungkin penat. Ye lah, Mikhail yang teringin sangat nak jadi guide kitorang dekat Czech Republic, teruja betul lelaki ini menceritakan tentang sejarah Czech Republic. Nampak sangat lelaki ni sangat genius.
"Kenapa pandang?" Soal Mikhail. Dia membuka mata nya apabila merasa seseorang sedang memerhatikan diri nya. Dia menongkat dagu memandang Ixora yang baru saja mandi. Wow, it's smell good!
Ixora terus memandang ke tempat lain. "Masa bila aku pandang kau?" Soal Ixora. Dia menafikan nya.
Mikhail senyum sinis. "Sure? Okay..." Dia terus merebahkan kepala nya dan menutup mata nya kembali. Tangan kanan nya di letakkan pada belakang kepala nya untuk menampung kepala nya, manakala tangan kiri nya diletakkan pada atas perut. Sangat nyaman.
Ixora kembali memandang Mikhail. Entah kenapa dia suka melihat Mikhail yang sedang tidur. He like a baby while sleeping. So cute and adorable.
"You're staring me again." Mata Mikhail masih tertutup tapi mulut nya berkata.
Ixora terus menundukkan wajah nya. Kenapa lelaki ni mudah mengesan diri nya. Dia pakai ilmu apa ni!
"Why?" Soal Mikhail. Suara nya cukup tenang. Ixora masih diam.
"Aaaa...errmmmm... tak ada apa. Aku cuma tengok kau ni. Mesti penat kan?" Soal Ixora. Cepat-cepat dia mencari topik.
"Boleh lah." Mikhail bergerak seperti mencari sesuatu dengan mata tertutup nya.Ixora pelik melihat Mikhail. Apabila tangan Mikhail merayap pada peha nya, kepala Mikhail terus berada di riba Ixora dengan sebuah senyuman. Ixora senyum sinis. Pantang betul, bila duduk macam ni... mula lah nak baring atas riba aku. Bebel Ixora.
"Tak elok membebel." Pantas Mikhail menjawab.
Ixora terus menutup mulut nya. Takkan Mikhail boleh baca isi hati aku? Alamak, bahaya ni. Dia terus diam.
Tangan Mikhail mengambil tangan Ixora dan diletakkan di atas kepala Mikhail. "Belai... abang ngantuk." Ixora membuat mimik muka nya. Mula lah suara manja Mikhail. Ya ampun, suami siapa ni terlebih manja. Ixora hanya menurut saja. Dia membelai rambut perang lebat Mikhail dengan lembut.
"Aku nak tanya satu soalan." Ixora bersuara.
Mikhail hanya mengeluarkan bunyi saja.
"Bila kita nak balik Aarayan?" Soal Ixora.
Mikhail membuka mata nya. "Why ask that question?" Soal Mikhail.
"Aku..."
Mikhail senyum tapi kedengaran sinis. "Abang tahu, Min tak sabar nak pergi jauh dari abang." Ucapan Mikhail membuatkan Ixora kelu lidah nya. Suara lelaki itu seperti menjauh.
"Bukan..."
"Lusa kita balik. Jangan risau, abang akan tunaikan apa yang abang tetapkan syarat Min. Abang tak kesah kalau Min nak pergi jauh daripda abang, tapi satu je Min kena tahu... Abang takkan ceraikan Min sampai mati." Kata Mikhail. Dia bangun daripada riba Ixora. Tanpa memandang Ixora, Mikhail terus masuk ke dalam bilik air.
YOU ARE READING
The King Of Aarayan (Completed)
RomansaGenre : Romance, Action Published : Kehidupan Ixora Yasmin hanya biasa-biasa saja. Bukan seperti cerita-cerita di dalam novel mahu pun drama. Bukan lelaki kaya seperti di dalam cerita novel. Ixora Yasmin hidup bersendirian sejak sekolah menengah. T...