Tiada sepatah kata pun daripada Ixora apabila diri nya sudah pun memakai baju pernikahan nya. Dalam seminggu juga, dia tidak dibenarkan bertemu dengan Mikhail kerana itu merupakan adat bagi keluarga Aarayan. Banyak juga dia belajar daripada semua pembantu istana mengenai adat dan salasilah keluarga ni.
Nama Mikhail sebenarnya Tengku Mikhail Afzani. Aarayan itu hanya nama kerabat nya. Ixora serba sedikit tahu mengenai Mikhail daripada adik nya sehinggalah nenda nya sendiri. Nampak tak tu kegigihan Ixora untuk mengetahui tentang lelaki itu.
"Cik Ixora, pengantin lelaki sudah sampai. Mari kita ke depan." Ujar Aini yang merupakan pembantu peribadi kepada Tengku Maryam.
Ixora hanya tersenyum sumbing. Tak tahu nak bagi expression apa dekat muka ni. Nak kata sedih... sedih juga. Tapi dalam masa yang sama gembira sebab tak sangka ada juga lelaki yang dapat terima kekurangan aku. Tapi, hanya terpaksa. Yeah, dia tahu semua ni hanya terpaksa.
"Mari." Ixora bangun daripada bangku dengan perlahan. Tangan nya dipimpin bersama-sama.
Ixora berjalan sambil nafas nya naik turun untuk menghilangkan rasa gugup. Aish, takkan lah rasa gugup. Tak ada feeling langsung dengan lelaki ni. Mana boleh gugup, relax lah Ixora Yasmin.
Sedang rancak Mikhail dan Tok Imam berbual. Mikhail kaku apabila melihat personaliti Ixora sedikit berubah. Ni Ixora ke bidadari? Serius cantik!
Muka nya terasa agak bahang apabila Mikhail asyik memandang nya. Tolong la! Stop staring me like that! I hate it!
"Boleh kita mulakan Tengku Mikhail Afzani?" Celah Tok Imam tersebut.
Mikhail yang baru saja tersedar daripada lamunan nya terus tersenyum malu. "Boleh tok imam."
"Bismillahirrahmanirrahim, Tengku Mikhail Afzani... aku nikahkan dikau Ixora Yasmin binti Ahmad Adam dengan mas kahwin nya lima ribu ringgit tunai."
"Aku terima nikah, Ixora Yasmin binti Ahmad Adam dengan mas kahwin nya lima ribu ringgit tunai."
"Sah?!" Tanya wali kepada semua saksi.
"Sah!"
"Alhamdulillah." Hanya dengan sekali lafaz, Ixora sudah pun bergelar isteri kepada Tengku Mikhail Afzani.
Ixora kaku. Langsung tiada air mata gembira yang mengalir daripada mata nya.
Sekarang dia sudah pun memikul sebuah tanggungjawab yang besar. Seorang isteri kepada Tengku Mikhail Afzani yang harus akur terhadap suami. Itu adakah perkara yang paling wajib dia harus patuh. Hukum Allah, dia tidak berani mempertikaikan nya.
"Assalamualaikum." Ucap Mikhail.
Ixora memandang Mikhail yang sudah pun berada di hadapan nya untuk menyarungkan cincin kepada Ixora.
"Waalaikumussalam." Balas Ixora.
Selesai saja menyarungkan cincin. Mikhail meletakan tapak tangan pada kepala Ixora lalu membacakan doa.
Sungguh syahdu doa itu sehingga Ixora sebak. Nak menangis. Betul ke keputusan aku ni! Rasa nak tarik balik je lafaz akad nikah tu.
"You're so beautiful when wearing this hijab, my wife." Bisik Mikhail dengan senyuman manis. Sangat manis! Kalau letak perempuan dekat depan dia pun, mesti perempuan tu cair. Confirm!
Ixora tersenyum sinis. Nak malu? Entah lah, rasa macam perli pun ada sebab Ixora mana pernah pakai tudung.
"Awak perli saya ke apa?" Soal Ixora.
Mikhail senyum lalu menjentik dahi Ixora.
"Ouch! Sakit lah!" Marah Ixora."Cakap lagi macam tu. Aku buat lagi! Boleh tak kau action sikit macam orang yang lepas nikah?" Bisik Mikhail.
YOU ARE READING
The King Of Aarayan (Completed)
RomanceGenre : Romance, Action Published : Kehidupan Ixora Yasmin hanya biasa-biasa saja. Bukan seperti cerita-cerita di dalam novel mahu pun drama. Bukan lelaki kaya seperti di dalam cerita novel. Ixora Yasmin hidup bersendirian sejak sekolah menengah. T...