Bab 22

22.4K 1.1K 69
                                    

Ixora berdiri di depan pintu bilik tidur nya sambil mengigit kuku nya. Dia sebenarnya teragak-agak nak masuk, takut menganggu Janna dan Mika berbual. Tapi... takkan lama?

Tangan nya sudah memegang tombol pintu. Nak masuk ke tak nak? Ixora memutarkan biji mata nya. Argh! Lantak la, buat apa nak takut, bilik Mika bilik aku juga.

Janna menyelimutkan Mikhail apabila lelaki itu sudah pun tidur dengan nyenyak. Pasti lelaki itu belum cukup tenaga untuk melakukan kerja-kerja harian.

Dia mengelus rambut lebat Mikhail yang sudah tidur. Sejujurnya, dia sangat merindui Mikhail dan dia sangat merindui diri nya dulu. Bukan senang nak pikat lelaki yang bernama Mikhail, kerana lelaki itu mempunyai pendirian yang sangat teguh.

Janna sangat terharu dan sedih apabila barang milik Elfina yang lama, Mikhail masih simpan. Adakah Mikhail masih mengingati Elfina? Masih adakah sisa cinta antara Mikhail dengan Elfina.

Dia mengeluh. Diri nya untuk mendekati Mikhail sangat lah mudah, tapi untuk memiliki hati nya sangat sukar. Akan tetapi kehadiran Ixora sedikit sebanyak merubah penampilan Mikhail. Lelaki ini, dulunya sangat suka berambut panjang sehinggakan Elfina menyuruh lelaki itu potong, tapi Mikhail menegaskan pendirian nya.

Mikhail juga pernah berjanji bahawa jika Mikhail dapat menikahi Elfina. Dia akan memotong rambut tersebut. Tapi... semua sudah berubah. Penampilan Mikhail sangat kemas dan rapi, wajah dulu yang berjambang, kini hanya tinggal kumis misai saja.

"Sudah selesai?" Soal Ixora tiba-tiba apabila Janna asyik mengelus rambut Mikhail.

Janna diam. Dia bangun. "Beware before you talk!" Bisik Janna kepada Ixora sebelum keluar daripada bilik.

Ixora hanya diam. Dia tidak bertindak untuk melawan kata-kata Janna sebalik nya menutup pintu bilik itu dan kunci. Panas juga hati nya sebenarnya, tapi disimpan saja.

Dulang tersebut di alihkan di tempat ruang rehat di bilik mereka. Ixora sudah mengantuk sebenarnya, tadi banyak borak je dengan Tengku Farisha.

Ixora melabuhkan badan nya di atas katil. Huh! Selesa nya. Dia menguap besar kerana ngantuk. Dia baring menghadap Mikhail yang sudah pun tidur.

"Hmmm... untung la doktor yang tidur kan awak." Ucap Ixora dengan sendiri.

Jari nya bermain di sekitar badan Mikhail. Setiap kali tidur, pasti dia akan memandang wajah Mikhail. Tak tahu kenapa, mungkin ini tabiat nya sejak berkahwin dengan Mikhail. Dan juga pertama kali dia dapat kawan seperti Mikhail. Walaupun mereka berdua sudah pun berkahwin, tapi Ixora menganggap Mikhail seperti teman tapi mesra. Kerana Ixora menginginkan persahabatan dulu daripada percintaan.

Dia tidak berapa kenal Mikhail dan benda yang lelaki itu suka pun, dia tidak tahu. Tapi Mikhail menganggap diri nya sebagai isteri dan kekasih nya. Bagaimana dia ingin menjelaskan kepada Mikhail bahawa dia ingin berkawan dengan Mikhail dulu?

Tubuh Mikhail berubah dan kini menghadap Ixora. Tubuh mereka bertemu. Ixora pula yang menjarakkan tubuh nya. Takut menganggu pula lelaki itu tidur.

Ixora menjarakkan tubuh nya, tapi tangan sasa Mikhail menjalar pinggang Ixora lalu ditarik Ixora kedakapan nya. Sangat rapat. Ixora automatik sudah dalam pelukan Mikhail. Diri nya cuba untuk melepaskan pelukan itu, tetapi gagal. Pelukan itu dikemaskan dan bibir Mikhail menyentuh dahi Ixora.

Ixora kaku. Mikhail ini tidur ke tak sebenarnya? Tapi mata nya tertutup rapat apabila Ixora melambai tangan nya di depan mata lelaki itu.

Dia mengeluh. Terpaksa dia relakan semua ini. Ixora menepuk belakang badan Mikhail seperti menidurkan baby.

💞💞💞💞💞

Tidurnya terganggu saat ada yang bermain dengan wajah nya. Ixora mengerutkan dahi nya. Mata nya dibuka perlahan-lahan.

The King Of Aarayan (Completed)Where stories live. Discover now