Bab 20

22.7K 1K 87
                                    

"Saya nak cerai." Sekali lafaz itu membuatkan Mikhail terkedu dan kelu. Dia tidak bermimpi ke? Min.... apa salah abang.

"What are you talking about?" Tanya Mikhail dengan nada yang keras. Kadang-kadang sifat panas baran nya akan muncul tapi dia cuba untuk menahan nya.

"I said DIVORCE! Tak cukup jelas ke? Atau Min nak ulang buat kali ketiga?" Jelas nada sinis Ixora.

Mikhail meraup muka nya sesekali dia beristighfar. "Min cuba bagitahu abang apa salah abang. Min cakap perkataan tu, Min tahu tak perasaan abang macam mana? Min tahu tak hancur hati abang bila Min cakap perkataan yang boleh menghancurkan rumah Allah yang kita bina ni. Min sedar tak?" Suara Mikhail makin kendur kerana sedih dengan isterinya. Sangat kecewa dengan tindakan membabi buta isterinya.

Ixora senyap. Dia malas nak fikir. Dalam fikiran nya sudah set bahawa Mikhail ada skandal dengan Janna. Belakang dia! Mikhail tikam dia dari belakang. Lagi sakit hati dia sampai sanggup menunggu Mikhail pulang ke istana. Tup tup suami nya bawa seorang doktor untuk merawat penyakit nya.

Habis tu apa fungsi dia dekat istana ni? Dia juga doktor, dia juga boleh merawat penyakit suami nya sendiri. Mikhail tak fikir ke semua tu? Mikhail anggap dia sebagai apa? Kalau Mikhail tak cintakan diri nya, kenapa Mikhail menikahi nya? Atas dasar apa? Belas kasihan?

"Min... tolong lah cakap. Tolong lah bagitahu apa salah abang." Mikhail merayu. Dia mencium kedua tangan Ixora.

Ixora tersenyum sinis. Dia merentap tangan nya daripada pegangan Mikhail. "Awak cari kesalahan diri awak sendiri. Saya bagi masa 2 bulan, kalau awak tak sedar kesalahan awak.... ceraikan saya!" Ixora tetap dengan pendirian nya. Dia keluar daripada bilik meninggalkan tanda tanya kepada Mikhail.

Mikhail menyandarkan badan nya pada dinding. Rambut nya kusut. Nafas dan batuk silih berganti membuatkan Mikhail sukar bernafas.

Takkan lah Min nampak diri nya berpelukan dengan Janna dan sebab itu lah Min dingin dengan nya. Ya Allah! Apa aku nak buat ni?

💞💞💞💞💞

Ixora duduk di bilik Tengku Farisha. Sejak dia mengeluarkan kata cerai pada Mikhail, lelaki itu langsung tak ingin memujuk diri nya. Jahat! Memang betul lah Mikhail dengan Janna ada affair dekat belakang dia.

Tengku Farisha berdiri sambil bercekak pinggang. Teruk betul perangai Ixora, ingatkan dah besar panjang macam ni... otak pun dah matang, tapi masih lagi seperti anak kecil. Merajuk je, mula lah nak pergi jauh-jauh. Harap je doktor.

Punggung Ixora di tampar. "Sakit lah!" Ixora menggosok punggung nya. Tak guna punya Tengku Farisha.

"Pergi sana!" Tengku Farisha sudah menunjuk pintu bilik nya untuk menyuruh Ixora keluar.

Ixora tetap menggeleng kepala nya. Dia mencebik bibir nya. Penat la nak layan Mikhail.  "Just one day, please." Ixora merapatkan kedua tapak tangan nya tanda memohon pada Tengku Farisha.

Tengku Farisha mengeluh. Dia duduk bersila di depan Ixora. "Aku bukan tak benarkan kau tidur sini. Tapi aku nak ingatkan kau sekali lagi, Min jangan biarkan Mika duduk seorang diri dalam bilik. Min tahu Kan penyakit Mika tu bila masa je boleh datang. Min tak ingat ke?" Tengku Farisha cuba slow talk dengan Ixora. Harap Ixora lebih bersikap matang dalam rumah tangga nya.

Ixora menundukkan kepala nya. Dalam hati nya seperti berbelah bahagi, dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan.

"Lagi-lagi Dr.Janna datang untuk merawat Mika. Jangan sampai Min yang terasa dengan Dr.Janna sebab dia merawat Mika. Salah Min juga sebab tidak lebih mengambil berat terhadap Mika. Aku boleh tengok macam mana cara Min layan Mika." Tengku Farisha memegang bahu Ixora. Bukan setahun dia kenal Mikhail, bahkan daripada kecil lagi.

The King Of Aarayan (Completed)Where stories live. Discover now