Bab 27

20.3K 975 34
                                    

Mikhail dan Ixora memasuki restoren mewah itu. Ixora pula teruja melihat struktur dan design restoren mewah itu. Suasana tenang dan damai sangat harmoni walaupun terdapat ramai pelancong yang ternama.

Seorang pelayan lelaki berbangsa Czech mendekati mereka berdua dengan sebuah senyuman. Sangat santun menyambut tetamu. Ixora memuji pekerja di restoren ni.

Kedengaran Mikhail sedang bercakap dengan pelayan tersebut dengan bahasa asing yang Ixora tidak pernah dengar. Ixora melihat sekeliling restoren. Cantik walaupun nampak simple.

"Hey you guys..."

Janna mendekati mereka berdua yang sedang berdiri. Ixora memandang Mikhail yang sedang berbual lagi.

Ixora hanya tersenyum sumbing. "Janna buat apa dekat sini?" Soal Ixora.

"Dia join makan malam." Celah Mikhail.

Ixora hanya mengangguk saja. Cari makanan sendiri takkan tak boleh? Gumam Hati Ixora.

Janna hanya mengukir senyuman. "You dah pergi mana je? Dari petang keluar tadi." Soal Janna.

Mikhail senyum. "Just pusing Old Town je. Tengok tempat yang menarik." Ixora bermain dengan handphone nya. Bosan! Ixora mengeluh.

Keluhan itu dapat didengar oleh Janna dan Mikhail. "Tak boleh ke suruh chef itu cepat sikit masak?" Soal Ixora.

"Min please jaga your manners." Bisik Mikhail.

Ixora tersenyum sinis. Manners? Baru tahu Mikhail ni ajar dia pasal manners, sebelum ni? Ixora memperlekehkan Mikhail dengan pandangan yang cukup menyampah.

Janna yang merasa tidak selesa terus meminta diri untuk pergi ke tandas. "I pergi ladies kejap."

Apabila kelibat Janna hilang daripada pandangan mereka berdua, mata tajam Mikhail terus beralih pada Ixora.

"Min nak apa sebenarnya?" Soal Mikhail.

"Nak balik Aarayan." Ixora bercakap tanpa riak muka.

"Sebab?"

"Min tak suka dengan rules ni."

"Rules no.2, Min tak berjaya. Min sebenarnya tak happy bila dengan abang, pura-pura happy, pura-pura bahagia, right? Sebab abang dah agak benda ni akan abang rasa. Walaupun tak seindah apa yang abang bayangkan." Suara Mikhail sedikit kendur tapi agak tegas. Dia masih tidak berputus asa. Takkan la dia terus mengalah, macam mana nak dapat hati Ixora semula.

"Yes I'm, puas? Obviously, I unhappy." Ixora terus terang.

Kelibat Janna muncul kembali, mereka terus senyap tanpa suara mahu pun renungan antara satu sama lain. It's weird.

"Min nak balik." Suara Ixora memecah sunyi di meja mereka bertiga.

"Min, please. Isi perut dulu, kata lapar." Mikhail cuba menahan Ixora daripada pergi.

"Aku tak ada selera." Tanpa kata panjang Ixora terus keluar daripada restoren itu. Meluat tengok Janna bersembang mesra dengan Mikhail walhal dia ada saja di situ. Memang tak lah dia nak makan malam dengan Si Janna tu. Harap saja muka cantik, tapi macam puaka.

Mikhail terus mengejar Ixora dan meninggalkan Janna yang masih tercengang tanpa kata.

Janna mendengus geram. Napkin yang berada di peha nya dihempas kuat. Tak guna punya Ixora, kau rosakkan makan malam aku! Lagi-lagi Ixora. Memang dia akui, dia tiada hak untuk memiliki Mikhail secara sah. Tapi perkara itu tidak menjadi masalah jika ia akan berlaku. Tanpa bantahan dan perbalahan berlaku. Janna tersenyum.

🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹

Mikhail mencari Ixora merata tempat. Masih tiada kelibat Ixora si tubuh kecil itu. Laju saja isteri nya hilang, ke mana saja isterinya pergi?

The King Of Aarayan (Completed)Where stories live. Discover now