Hari sangat sibuk. Ixora terpaksa mengejar waktu kerja dan waktu rehat. Untuk hari saja dia sudah masuk ke dalam bilik pembedahan sebanyak 2 kali. Itu pun sudah dikira banyak kerana operation memerlukan masa beberapa jam untuk selesai.
Ixora duduk di pantri untuk minum. Dia ingin berehat sekejap sementara pesakit tiada lagi. Semua nya berjalan dengan lancar seperti yang dia fikirkan.
"Hey doktor Min." Tegur Doktor Allia.
Ixora tersenyum nipis. "Hey."
Allia melihat Ixora yang sedang minum air. "Min, You tak penat ke? Dari pagi I tengok You ke sana ke sini." Ucap Allia.
"Dah tugas doktor untuk menyelamatkan patient. Kita cuma selamatkan patient tapi kesihatan itu Allah yang beri. Kita cuma buat saja sebagai tugas kita." Jelas Ixora.
Allia mengangguk. Dia menyentuh bahu rakan sekerja nya. "Min, I harap You jumpa jodoh cepat-cepat. I tengok You ni comel, cantik... takkan tak ada boyfriend?"
Ixora diam. Dia tunduk. Berkali-kali dia mendengar benda yang sama daripada mulut orang lain. Tak apa lah. Ixora, kau pasti mampu harungi tanpa pasangan disisi kau.
"Mungkin belum ada jodoh. Bukankah Allah sudah tetapkan siapa jodoh kita? Jadi, Min tak kisah pun kalau jodoh Min tak ada lagi." Cukup jelas apa yang diperkatakan oleh Ixora.
Allia hanya mengangguk faham. "I nak pergi kerja dulu. Ouh ye, Doktor Aidil hari ni shift malam. You boleh balik sekarang, dah nak maghrib ni."
Ixora hanya mengangguk. Dia melihat Allia pergi daripada pandangan nya. Dia mengeluh. Boleh balik! Akhirnya selesai juga tugas aku untuk hari ni!
💞💞💞💞💞
Rumah banglo dua tingkat dipandang sepi. Mikhail masuk ke dalam rumah Ixora semula kerana semua keperluan nya sudah disekat oleh Tan Sri Tengku Hafidz. Kad kredit, kad bank dan segala nya disekat. Tak guna!
Dia buka T-shirt kerana terasa jahitan luka terbuka. Berdarah pada tepi perut nya. Mikhail mengetap gigi nya menahan sakit.
Tolong lah! Tak tahan. Dia hanya mampu menahan luka itu daripada pendarahan yang banyak.
Deruan kereta di porch kereta, sedikit melegakan Mikhail. Ixora sudah pulang! Syukur!
Ixora masuk ke dalam rumah. Doa melihat darah menitik pada permukaan lantai. Darah siapa ni? Lama dia berfikir. Takkan lah...
Dia berlari mengikuti titisan darah pada lantai. Bilik aku? What? Ixora buka pintu bilik nya, kelihatan Mikhail sedang terbaring di atas lantai dengan darah pada tepi perut nya. Mesti jahitan nya sudah terbuka.
"Macam mana boleh jadi macam ni?" Soal Ixora. Dia terus memapah badan Mikhail di atas katil nya.
Mikhail hanya diam kerana menahan sakit. Ixora terus membuka balutan luka itu. Segala keperluan untuk membedah sudah ada di rumah nya. Jadi dia tidak perlu risau.
"Kenapa tak keluar lagi?" Soal Ixora.
"Kenapa? Kau nak aku keluar sekarang ke?" Soal Mikhail dengan kerutan dahi nya berlapis.
Tiba-tiba tangan kasar Mikhail menolak tangan Ixora daripada mengubati luka nya. Badan Mikhail yang lemah cuba untuk bangun dengan gagah walaupun dia tahu diri nya lemah.
YOU ARE READING
The King Of Aarayan (Completed)
Roman d'amourGenre : Romance, Action Published : Kehidupan Ixora Yasmin hanya biasa-biasa saja. Bukan seperti cerita-cerita di dalam novel mahu pun drama. Bukan lelaki kaya seperti di dalam cerita novel. Ixora Yasmin hidup bersendirian sejak sekolah menengah. T...