Bab 43 ( THE END)

32.1K 1K 44
                                    

3 tahun kemudian...

Tanah perkuburan Islam menjadi destinasi Ixora untuk melawat orang yang tersayang. Yassin dan Jug gelas berisi air bunga dibawa bersama dengan hati yang sebak.

Dia duduk berhampiran dengan kubur tersebut lalu dibuang daun-daun kering yang berguguran di atas kubur itu. Nama pada batu Nissan tersebut dilihat kosong. Tak sangka, insan yang dia sayang telah pergi dulu daripada nya.

"Danial, mama datang ni nak melawat kamu, nak." Ucap Ixora dengan hati yang sebak. Yassin dibuka lalu dibaca.

Andai ini adalah takdir dan ujian yang ALLAH telah di berikan kepadaku, aku redha dengan setulus hati. Sebuah hadiah yang sangat bermakna antara mereka berdua, sudah pergi jauh dengan tenang. Allah sangat menyayangi kamu, anakku.

Selepas kejadian ngeri bagi nya, Ixora disahkan keguguran dan janin tersebut sudah sempurna fizikal nya. Alangkah hancur hati nya apabila mendapat berita tersebut setelah insiden itu berlaku. Maafkan mama kerana tidak menjaga kamu dan membesarkan kamu dengan baik, tunggu mama di syurga ye, nak.

Ixora menyeka air mata nya setelah selesai membaca Yassin. Jug Yang berisi air bunga disiram diatas tanah kubur tersebut.

Dia melangkah keluar daripada tanah perkuburan seorang diri. Mujur ada pemandu yang memandu Ixora pulang ke istana kerana emosi Ixora masih tidak stabil setelah berjumpa dengan arwah anak sulung nya di perkuburan.

SELENDANG dibuka setelah masuk ke dalam istana. Ixora memandang sekeliling istana, segala-galanya sudah berubah seperti sedia kala. Dia berjalan naik ke bilik nya, penat.

Pintu bilik dibuka, sekujur tubuh yang sedang dibuai mimpi, berselebung dengan comforter. Ixora hanya tersenyum saja.

Ixora mendekati Mikhail yang masih nyenyak tidur. Perlahan-lahan dia duduk dibirai katil tanpa mengejutkan Mikhail. Dia tenung lama wajah mulus Mikhail hanya kumis misai saja pada wajah suami nya kelihatan.

Terima kasih kerana lindungi saya dan jaga saya seperti yang awak janjikan. Saya tahu awak kuat untuk hadapi semua ini.

Selama setahun, Ixora mengalami kemurungan apabila suami nya masih koma. Seperti nya dia sudah tiada harapan untuk menunggu Mikhail sedar daripada koma. Kehidupan nya seperti tiada makna lagi kerana orang yang dia sayang tinggalkan nya sendirian. Namun, syukur dengan izin Allah Mikhail sedar daripada koma. Saat itu, hanya Allah yang tahu isi hati Ixora apabila mendengar khabar berita suami nya sudah sedar daripada koma.

Banyak juga ujian yang mereka tempuhi sepanjang bergelar suami isteri dalam membina rumah tangga.

Kerajaan yang dirampas oleh Raja Amsyar kini menjadi rasmi kerajaan Aarayan selamanya. Rakyat dan Raja hidup aman dan harmoni seperti pengakhiran sebuah cerita dongeng.

Ixora mengusap pipi Mikhail dengan lembut. "Thank you my husband. I love you until Jannah." Bisik Ixora.

"I love you too, wifey." Balas Mikhail.

Mikhail membuka mata nya setelah mendengar bait-bait cinta daripada Ixora. Dia tersenyum melihat wajah isteri nya didepan mata.

"How lucky I am. Bangun-bangun je terus nampak muka sayang. Then, ada ucapan cinta from my wife. Sweet nya." Ixora mencubit pipi Mikhail. Geram!!!

Mikhail mengaduh sakit. Pagi-pagi dah kasi cubitan kasih. Mana tak sayang. Semua dia kasi sekali. Hahahaha...

"Wake up, abang pukul 10 pagi ada meeting, ye. Cepat bangun." Ixora menolak tubuh Mikhail untuk bangun.

"Tak mau. Abang penat lagi ni, malam tadi sayang ajak pun abang tidur. Balik bilik je, nampak sayang dah terbongkang atas katil." Mikhail memuncungkan mulut nya lalu menjeling mata nya ke arah Ixora.

The King Of Aarayan (Completed)Where stories live. Discover now