Bab 33

20.8K 1K 21
                                    

Sudah 2 hari Ixora terlantar di atas katil. Janna juga ada mengatakan Ixora mengalami sakit di bahagian otak. Mungkin juga Ixora ada mengingati sesuatu kejadian pada masa lalu nya.

Ixora juga ada menunjukkan beberapa petunjuk formula yang dia ingat sedikit demi sedikit. Mikhail tidak mahu memaksa Ixora untuk mengingati semua nya. Isteri nya memerlukan masa untuk ingat semua nya.

Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi, tangan nya meraba-raba katil di sebelah nya. Tiada. Dengan perlahan mata nya dipisat dan membuka mata nya dengan perlahan-lahan.

Mikhail tiada di sebelah nya, ke mana suami nya pergi? Dengan keadaan yang masih mamai dan rambut serabai, Ixora keluar daripada bilik tidur dan mencari Mikhail.

Bila suami nya tiada di sisi, dia pasti tidak dapat tidur dengan lena. Bila Mikhail berada di luar negara, sebelum tidur pasti dia akan mendengar suara Mikhail dulu. Suara itu saja yang boleh membuai diri nya untuk tidur. Hebat kan Mikhail!

Pintu pejabat milik Mikhail di buka. Ugh! Tidak berkunci, bermaksud Mikhail ada di dalam ni! Tanpa mengetuk pintu, Ixora menerobos masuk ke dalam pejabat suami nya.

Kelihatan Mikhail sedang menyiapkan kerja di meja nya. "Hey sayang, why tak tidur lagi ni?" Soal Mikhail. Kerja nya terhenti apabila melihat Isteri nya masuk ke dalam pejabat nya dengan rambut serabai nya. Hahaha, ni ke isteri aku?

Ixora memuncungkan bibir nya dan mendekati Mikhail yang sedang menyiapkan kerja. Dia mendepakan lengan nya untuk diminta peluk daripada Mikhail. "Nak hug!" Ucap Ixora dengan suara comel nya.

Mikhail senyum. Eh, tiber je isteri nya nak bermanja dengan nya. Dia memeluk tubuh Ixora dan menghadiahkan sebuah ciuman di dahi Ixora. "Kenapa tak tidur lagi ni, princess?" Soal Mikhail lagi.

"Nak Mika." Jawab Ixora.

Mikhail senyum lagi, tapi kali ni lebih lebar. "Tapi Mika ada kerja nak settle, Min boleh tunggu ke?" Soal Mikhail.

Ixora diam. Dia melonggarkan pelukan nya dan memandang wajah Mikhail. "Okay, tapi Min nak tunggu sini." Balas Ixora.

Mikhail senyum lagi. Dia membetulkan rambut Ixora yang serabai itu. "Nak sangat jumpa Mika sampai rambut pun dah macam langsuir." Usik Mikhail.

Ixora mencubit lengan Mikhail. "Mika!" Tawa halus Mikhail kedengaran. Bertuah nya ada isteri manja seperti Ixora, perangai pun masih budak-budak.

"Okay, Mika settle kerja Mika dulu baru Mika dodoikan Min, ye sayang!" Hidung Ixora dicuit lembut.

Ixora senyum tapi tidak seperti Mikhail. Dia terus baring di atas sofa. Sisa tidur nya kembali mengusai nya tidak sampai beberapa minit saja Ixora terlelap di atas sofa di pejabat Mikhail.

Mikhail mengeluh. Dia meletakkan pen di atas meja. Otak nya sekarang masih keliru sama ada ingin membedah tubuh Ixora untuk mendapatkan cip formula tersebut atau tidak. Dia tidak mahu menyakiti Ixora, dia takut isteri nya sakit hanya kerana ingin mendapatkan cip tersebut. Jika tidak, sasaran musuh adalah Ixora kerana cip tersebut masih dalam tubuh Ixora.

💙💙💙💙💙💙

Rambut ikal matang di sikat lembut. Jam hampir menganjak ke jam 3 pagi. Namun Janna masih belum lagi tidur. Hati nya cukup terhiris apabila melihat kemesraan Mikhail dan Ixora kembali pulih.

"Mika, sampai hati awak lupa kan saya! Saya ni Elfina, bekas tunang awak, bekas kekasih awak." Ucap Janna di hadapan cermin sendirian di dalam bilik nya.

"Maafkan saya jika pemergian saya sangat menyeksakan awak. Saya ada sebab kenapa saya terpaksa tinggalkan awak." Omong Ixora dengan esakan. Semua nya sudah terlambat. Sejak awal lagi dia sudah menganggak Mikhail akan melupakannya.

The King Of Aarayan (Completed)Where stories live. Discover now