Langkah nya terhenti apabila tiba di bilik bacaan. Dia ragu-ragu untuk masuk setelah perkara semalam masih lagi berlanjutan.
Malam tadi pun Mikhail tidur di tab mandi bilik air. Kejam sangat ke dia ni? Takkan nak pujuk, mana dia reti pujuk lelaki ni. Perempuan pandai lah.
Dengan kudrat yang ada, Ixora terus masuk ke dalam bilik bacaan milik Mikhail. Dia terpegun apabila melihat dekorasi bilik bacaan ni. Sangat cantik dan sesuai untuk si pembaca. Pandai dia pilih dekorasi ni.
"Kau buat apa dekat sini?" Suara yang cukup kenal oleh Ixora.
Ixora terus diam apabila Mikhail merenung nya dengan tajam. Takut pun ada. Kelmarin bukan main romantik teruk, semalam dan hari ni lain macam.
Dia mengambil tempat duduk di hadapan Mikhail. Setelah mengetahui penyakit Mikhail, hati nya seperti tidak sedap hati saat melihat Mikhail tidur di tab mandi.
ISPA atau nama saintifik nya adalah pneumonia adalah penyakit yang serius jika tidak dirawat secepat mungkin apabila pesakit mengalami effect yang teruk.
"Nenda cari awak. Dia cakap ada hal yang perlu dibincangkan." Ujar Ixora.
Mikhail mengeluh. Dia menutup buku dan pergi meninggalkan Ixora yang tercengang.
"Wait!" Ixora bersuara.
"What?"
"Sampai bila awak nak buat macam ni?" Soal Ixora.
"Sampai kau betul-betul tahu perasaan kau sendiri." Dengan selamba nya Mikhail berkata. Langkah nya diteruskan menuju ke ruang beristirehat.
Namun, kata-kata itu benar-benar terkesan pada hati Ixora. Kata-kata itu berulang kembali dalam ingatan nya.
💞💞💞💞💞
Kerja nya semakin bertambah setelah dia mengambil cuti selama seminggu. Dalam masa seminggu juga, Mikhail masih tidak berbual dengan Ixora, hati nya sedikit tawar dan kecewa apabila Ixora tidak pernah pun mengambil tahu tentang kehidupan nya.
Jika itu yang Ixora mahu, Mikhail terpaksa melakukan sesuatu. Nak tak nak, dia terpaksa melakukan cara ni. Tak tahu lah berkesan ke tak. Dia mengambil segala ubat yang berada di meja nya lalu dibuang ke dalam tong sampah.
Mungkin ini perlu kan pengorbanan pada diri nya sama ada untuk melihat Ixora masih mengambil berat tentang dia atau tidak.
Mikhail cuba untuk bernafas dengan teratur. Berharap Nenda tidak kan mengetahui tentang penyakit yang dia hadapi sekarang ni. Dia tidak mahu semua orang yang berada di istana, risau akan diri nya. Dia tidak mahu menunjukkan pada semua orang bahawa diri nya bukan lah seorang yang lemah.
Dia juga terpaksa membatalkan perancangan nya untuk pergi ke Morocco. Sorry Dalen, this is my future too.
💞💞💞💞💞
YOU ARE READING
The King Of Aarayan (Completed)
RomanceGenre : Romance, Action Published : Kehidupan Ixora Yasmin hanya biasa-biasa saja. Bukan seperti cerita-cerita di dalam novel mahu pun drama. Bukan lelaki kaya seperti di dalam cerita novel. Ixora Yasmin hidup bersendirian sejak sekolah menengah. T...