Bab 6

27.3K 1.4K 8
                                    

         Kepala nya terasa sakit. Mata nya berpinar-pinar apabila kepala nya terasa sakit apabila dipukul daripada belakang.

       Ixora membuka mata nya perlahan-lahan. Kelihatan ada beberapa orang perempuan yang memakai pakaian yang sama seperti orang gaji ternama.

      Dia mengerutkan dahi nya. Di mana  dia sekarang? Kenapa dia boleh berada di tempat yang asing bagi nya? Mikhail! Ixora terus bangun daripada baring.

       Kelihatan ada empat orang gaji sedang tunduk hormat pada Ixora. Ixora hairan apabila melihat kelakuan orang gaji ini. Dia melihat sekeliling bilik. Sangat mewah, seperti berada di dalam istana. Kalah bilik dia yang hanya sebesar berapa kaki saja daripada bilik ini. Siap ada closet, bilik air, tempat bersenam dan tempat bersolek. Fuh, memang istana betul ni.

       "Cik Ixora dah bangun. Mari ikut kami." Ucap salah seorang pembantu rumah itu.

     Ixora yang masih terpinga-pinga hanya menurut saja kata orang gaji itu. Mahu ke mana?

       Apabila keluar saja daripada bilik, mulut Ixora automatik terbuka luas kerana terpegun dengan sekeliling nya. Gila tak terbuka mulut, memang betul lah dia berada di istana. Ixora tersenyum apabila melihat hiasan di dalam istana ini.

      Terasa hujung lengan nya ditarik oleh seseorang pantas Ixora menunduk ke bawah. Seorang budak perempuan dalam lingkungan umur 10 tahun memandang nya dengan wajah yang kesian.

      Ixora merendahkan badan nya sama dengan tinggi budak perempuan itu. "Hai adik cantik. Apa nama adik?" Ramah Ixora. Tak salah kalau dia berkenalan dengan budak perempuan yang comel ni.

     Namun budak perempuan itu diam. Tapi dia menulis sesuatu pada sehelai kertas kecil.

      "Ailesha. Tapi orang lain panggil Lesha." Ixora bercakap apa yang ditulis oleh budak perempuan itu sendiri.

     Ixora tersenyum. "Ouh, nama adik cantik ni, Ailesha. Cantik nama, macam orang nya." Ailesha hanya tersenyum.

     "Cik Muda Lesha, dekat sini pun Cik Muda. Puas saya mencari." Ucap pembantu rumah itu.

     Ailesha tersenyum. Dia membuat isyarat tangan pada pembantu rumah itu. Ixora sudah faham kenapa Ailesha tidak bercakap. Bisu rupa nya. Kesian nya, budak perempuan secantik Ailesha kurang sempurna daripada fizikal nya.

       "Cik Ixora, Cik Muda cakap selamat berkenalan. Dia suka tengok Cik Ixora di sini." Ucap pembantu rumah itu.

       "Tak payah lah panggil Cik Ixora. Ixora saja sudah lah."
 
       Ixora memandang Ailesha semula. "Kak Ixora nanti jumpa Lesha. Kak Ixora ada hal sedikit." Ixora senyum lalu mencuit pipi comel Ailesha.

       Ailesha membuat isyarat tangan lagi pada pembantu rumah itu. "Cik Muda cakap, jangan lupa malam ni jumpa Lesha semula dekat tingkat 6 bilik hujung sekali."

        Ailesha mengangguk laju sambil tersenyum. Dia mengeluarkan jari kelingking nya. "Janji?"

       Ixora tertawa kecil. "Okey, kak Ixora janji akan jumpa dengan Lesha. Bye sayang."

       Ailesha melambai pada Ixora. Lalu dia memandang pembantu rumah itu. 'Kak Ixora sesuai tak dengan abang Mika?'

    Pembantu tu tersenyum. "Kita tak tahu siapa kak Ixora yang sebenarnya."

      'Tapi Lesha pasti kak Ixora sesuai dengan abang Mika.'

       Pembantu itu hanya mengangguk saja.

The King Of Aarayan (Completed)Where stories live. Discover now