Music on top please playing while you reading this chapter. I'm pretty sure you'll like this video. 😋😍
Perut nya kecut apabila Ixora sudah pun berada di dalam kereta dalam perjalanan ke Villa Phoenix seperti yang dijanjikan oleh Mikhail.
Tiba-tiba saja Ixora rasa gemuruh dan gementar untuk berjumpa dengan Mikhail walhal setiap hari tatap wajah suami nya tapi malam ni Ixora dapat merasa kelainan terhadap Mikhail.
Tubuh Ixora di tutup dengan blazer milik Mikhail kerana untuk menutup pada bahagian lengan dan dada yang terdedah daripada menyentuh angin malam yang sejuk.
Tanpa dia sedar, pintu kereta mewah sudah pun dibuka untuk nya keluar. Ixora pula yang takut nak keluar. Langkah nya terus keluar daripada perut kereta dan mulut nya ternganga luas apabila melihat red carpet dan taburan kelompok bunga ros pelbagai warna di atas red carpet membuatkan Ixora tidak terkata. Kelu lidah nya apabila melihat semua ni.
Namun langkah nya diatur masuk ke dalam Villa Phoenix tersebut mengikut red carpet dan taburan bunga ros. Sampai saja di gazebo berdekatan dengan swimming pool, semua nya sangat mengejutkan Ixora.
Ixora melihat sekeliling gazebo yang dipenuhi dengan lilin yang sangat romantik. Berserta alunan lagu yang dimainkan oleh seseorang. Seseorang yang sedang bermain piano. Sangat merdu dan handal.
Dan paling yang dia tak sangka terdapat banner Happy Anniversary ke-8 bulan. Ixora senyum. Tak ada sepatah kata pun yang keluar daripada mulut Ixora dari tadi. Yang ada hanya senyuman dan kejutan saja daripada nya.
"How? Is that good?" Celah suara tersebut.
Ixora menoleh ke belakang apabila dia dapat tahu suara tersebut. Dia makin kaku dan kelu apabila melihat penampilan Mikhail pada malam ni. Sangat... kacak... Handsome nak mati, serius weh, tak tipu, sumpah!
Sepasang tuxedo berwarna hitam di tambah lagi dengan wajah kacak Mikhail sejak azali, bertambah seri ketampanan suami nya.
Mikhail ketawa kecil apabila melihat isteri nya memandang diri nya tanpa berkelip mata. Hebat! Jari nya dipetik di depan mata Ixora.
"You're already melting, sayang." Ucap Mikhail dengan lunak suara yang cukup membuatkan semua gadis pengsan.
Ixora terus berkelip mata. Dia tersenyum sumbing. "Mika buat semua ni ke?" Soal Ixora.
"Yes, I'm. Abang dah lama nak buat benda ni, tapi tu la... rumah tangga pasti ada pasang surut nya, Abang dengan Min pun dulu tak berapa kenal kan, jadi abang nak kukuhkan lagi hubungan kita. That's why abang buat semua ni untuk sayang." Dagu Ixora dipagut dan dahi Ixora dikucup.
Ixora yang dengar, kembang secara tidak langsung apabila Mikhail berusaha dalam memperbaiki rumah tangga mereka. Nampak nya Mikhail benar-benar sudah menerima cinta nya dalam kehidupan nya.
"Terima kasih Mika." Ucap Ixora.
Mikhail hanya mengangguk. Dia melihat penampilan Ixora pula. Dahi nya berkerut pula. "Mana gaun yang abang suruh Min pakai?" Soal Mikhail
Ixora ketawa. "Ada dalam blazer ni, Min malu la nak pakai gaun ni. Tak selesa." Ujar Ixora. Takkan dia nak tunjuk depan suami nya. Dia sendiri pun malu bila pakai gaun singkat ni.
"It's okay baby, only me. Nobody here." Mikhail mendekati Ixora dengan perlahan lalu menanggalkan blazer yang dipakai oleh Ixora.
Lengan nya terus melekap menutupi bahagian dada yang jarang daripada dilihat oleh Mikhail. Wajah nya terasa panas membahang apabila Mikhail memandang nya tidak bergerak dan tidak berkata. Panahan mata Mikhail tidak mampu dilawan oleh Ixora.
![](https://img.wattpad.com/cover/134367346-288-k174993.jpg)
YOU ARE READING
The King Of Aarayan (Completed)
RomantizmGenre : Romance, Action Published : Kehidupan Ixora Yasmin hanya biasa-biasa saja. Bukan seperti cerita-cerita di dalam novel mahu pun drama. Bukan lelaki kaya seperti di dalam cerita novel. Ixora Yasmin hidup bersendirian sejak sekolah menengah. T...